Thursday 26 March 2015

Perjalanan Umrah Ku ( Part ke Rawdah Masjid Nabawi Madeenah )


Assalamualaikum

Hari ini khas aku nak ceritakan perjalanan ku ke Rawdah, yang terletak dalam masjid nabawi. Rawdah adalah satu tempat atau salah satu taman Syurga di mana tempat paling mustajab Doa dan  Juga tempat yang paling hampir dengan Makam Rasulullah. Ada sesetengah cerita mengatakan di situ la rumah nabi ( wallahualam ).

Hari pertama dan Malam pertama di bumi Madinah apatah lagi berhampiran masjid nabawi pasti tak kan lepaskan peluang ke Rawdah dan solat 5 waktu di Masjid Nabawi. Rawdah di buka untuk jemaah wanita hanya la slepas Subuh, Asar dan Isya. Masih belum hilang penat menaiki pesawat ke Jeddah dan seterus nya ke Madeenah yang mengambil masa 4~5 jam perjalanan, Sedang menunggu Isya tetapi mata da terasa terlalu berat, lihat jam rupa nya da jam 1230am ( waktu Malysia ) patut la ngantuk sangat.Slepas isya, makan malam terus ke masjid untuk ke Rawdah. 

Pengalaman pertama ku, memang aku tak tahu Rawdah tu di mana, kerana Masjid sangat besar . Aku dipesan supaya tidak membawa apa-apa, dikhuatiri nanti payah dan macam-macam hal.
Maka ak perg dengan berjubah dan berselendang hitam shaja tanpa membawa apa-apa. Aku masuk ke dalam masjid, di tahan arab penjaga masjid, tapi tah macam mana aku dapat menyelinap masuk. aku bersendirian tanpa teman, sebab teman ak da terkandas di pintu masuk. hehhe.. Tertanya-tanya mana Rawdah, Masuk lagi dan lihat ramai yang sedang solat, ada beberap group. Tiba-tiba ak ternampak satu grup berlari-lari ke suatu pintu, aku ikut, tengok lag ramai orang. Mana Rawdah?? Ak di tahan lag, tapi ak tetap menyelinap di celah-celah ramai nye orang. Ak nampak ad signboard beratur, bersabar dan exit. Orang berpusu-pusu. Ak fikir itu la rawdah kot. Ak masuk lagi, Orang berasak-rasak, ad yang menjerit-jerit, menangis, bising, aku bingung, ak terus peluk satu tiang, Jantung ak macam nk tercabut, ak takut, nk patah balik meredah arus, Nak keluar kat mana?? aduhhh~ 



ak tanya seorang arab


 "Rawdah?? " 


dia jawab dalam bahasa Arab sambil menunjuk-nujuk ke hadapan. ak bingung. Rawdah mana sebenar nya. Setahu aku rawdah tu karpet dia hijau, tpi ak masih berdiri di atas karpet merah. Manusia da berasak-asak kat dalam tu. Ak pandang depan belakang berfikir-fikir. Tiba-tiba ak nampak ad 3 orang wanita indonesia. Ak sentuh bahu salah seorang 



" Ibu, nk ke Rawdah??

"ya"

"Saya ikut Ibu ya??Saya takut "

Saya pun ikut 3 Jemaah indonesia itu, ke kiri ke kanan mencari ruang kosong, tiba-tiba bebrapa langkah wanita itu tnjuk ke bawah dan berkata "RAWDAH!! RAWDAH!! RAWDAH!!"

RAWDAH sbenarnya da berada di hadapan ku sejak dr tadi.

Aku tunduk,Subhanallah KARPET HIJAU!!, Apa lagi terus ak bersujud dan menitiskan air mata. ya RAWdah adalah kawasan yang sangat kritikal di mana smua orang nak ke situ dan kawsan nya sangat kecik, tapi anda haru fokus dengan solat dan doa anda sahaja, Hirau kan hiruk pikuk jerit pekik penjaga masjid. kemungkinan ada yang melangkah kepala anda ketika anda solat. solat anda mungkin akan ke kiri ke kanan dek kerana ramai nya orang. Berdoalah supaya urusan anda dipermudahkan.


Subhanallah,begitu indah berada di Rawdah, ak dapat mengambil peluang berlama-lama di Rawdah dan solat beberapa rakaat ( walaupun baca yang wajib sahja ). Hati berat nk keluar dari kawasan Rawdah. akhir nya ak keluar. Nak keluar pun satu hal. kat Mana?? ak hanya ikut arus manusia. Tiba-tiba ak U turn balik dan perg Rawdah lagi sekali. Ya allah ak rasa da macam lawak pun ad jugak. Nasib baik arab tu bagi masuk. Tuk kali ke~2 itu ak berlegar-legar berhampiran Rawdah dan menikmati suasana di situ, Bahagia, tenang, sayang, rindu pada rasulullulah, Tak tergambar keseronokan dan nimkat itu.  

Aku pulang ke bilik jam sudah 5 pagi ( waktu Malysia, 12 tgh malam waktu tempatan ) ak masih belum tidur tuk seharian itu. kepenatan, bahagia. tidur bersedia untuk har ke dua. berniat supaya malam esok nya dapat ke Rawdah lag.

Alhamdulillah~ Ya allah kembalikan aku dan kami semua tetamu madeenah ke sana lagi dan jemput la sesiapa sahaja hamba-Mu yang belum pernah merasa nikmat yang ku rasai ini.

~RINDU~

Sekitar kota Madinah al munawwarah


Assalamualaikum

Sambungan entry lepas sambil menunggu sahabat sebab terawal sejam, berjalan-jalan sekitar masjid nabawi, Subhanallah tenang, damai, udara yang dingin-dingin x berapa nak panas

Kawan saya Aini Salim dan suami datang tepat pada waktu yang dijanjikan. Slesai bertanya khabar dan bersalam-salaman, Syukur akhir nya barang yang dikirim bertukar tangan. Mereka bawa kami ke tempat-tempat yang travel tak bawa dan mungkin lalu sahaja. Memula kami singgah di Universiti Madinah, Memandangkan Uni ni hanya lelaki sahaja, maka kami hanya begambar di luar, Nampak macam panas, tapi biasa-biasa sahaja. Windy ~


Bersama Sahabat di Universiti Madinah


Universiti Madinah

Depan maktabah Universiti Madinah




Then kami ke Masjid Qiblatain ( masjid dua kiblat atau peralihan kiblat ). Menurut mereka, slalu nya travel hanya lalu dan tak stop di masjid ni. Alhamdulillah dapat menunaikn solat sunat 2 rakaat di masjid ini. 





Kemudian kami ke masjid Tujuh di mana perang Khandaq ( parit ) berlaku. Hanya begambar sahaja





Sekitar masjid Khandaq



Selseai berjalan-jalan, kami ke kedai air buah yang memang terkenal dia arab saudi yang buah nya 100% asli. Slesai kami ke rumah mereka, bersembang, berjamu, dan azan zohor berkumandang terus ke masjid Nabawi.





Di kediaman Sahabat yang terleteak berhampiran Masjid Qiblatain



Alhamdulillah selesai tugas ziarah walaupun sekejap tapi sangat bermakna, semoga ukhuwah dan silaturahim akan berterusan.

Rindu nya Bumi Madinah, Terlalu rindu
Selawat ke atas nabi

~continue~
entry seterus nya perjalanan ke Rawdah masjid nabawi ( taman syurga )
Nantikan

Tuesday 24 March 2015

Perjalanan Umrah ku ( part 2 )


Oleh kerana aku mempunyai sahabat di Bumi Madinah ini, maka kami telah membuat temu janji dan beliau juga ad mengirim barang dari Malaysia.

Hari ke-dua selesai subuh sambil menunggu sahabat, tesalah tengok jam terawal sejam, hehhe. Berjalan jalan










sambung lagi nant nyte


Perjalanan Umrah ku ( Part 1 )

Assalamualaikum Semua

Hari ini nk story pasal perjalanan umrah ku. Entry lepas ada ckap pasal cita-cita nk umrah dan haji, Alhamdulillah selesai dan tercapai umrah ku. Setinggi-tinggi syukur yang tak terucap. Baru dua hari pulang ke Tanah Air pulang dari dua Tanah Haram.Smua orang Islam pasti nk ke umrah dan Haji. Siapa tak nak kan?? walaupun sekali seumur hidup ckup la.


Pasang niat nak umrah masa decide nak kawen, nak pergi dengan suami dan kalau boleh satu keluarga. Tapi Allah yang menentukan segala nya. Setelah setahun 7 Bulan menjadi isteri akhirnya dapat menjejak kan kaki di Tanah Haram. Itu pun selepasa macam-macam planing dan research serta confrmtaion yang akhir nya semua tak menjadi dan last-last pakai ejen jugak. Ialah aku kan kaki travel, peruntukan yang sama tapi ak boleh fully utilize 30 hari visa tu di Tanah Haram dan mungkin juga ke Turkey. Walau apa pun isteri perlu ikut suami, tak boleh memandai sendiri ye dop?? Kalau orang dengar cara aku ni mest semua musykil dan suruh ak buktikan berjaya ke tidak. Bila da pergi maka suami 100% yakin next time umrah style Backpacking. Tapi entah bila nye la kan, Nant umur semakin tua. Tapi In sya Allah. Allah tentukan. Rasa macam nak taun depan jugak!!!

Seminggu sebelum berangkat baru aku setuju bayar kepada ejen setelah hasil memujuk suami tuk pergi sendiri tidak berjaya dan suami ak telah memberi kelongran tuk ak memilih perg bersama siapa saja mahram ku. Tapi harus la aku memilih suami kn u olls. Kalu nak fikirkan duit, ak memang tak de duit. Tapi alhamdulillah allah permudahkan segala nya.Alhamdulillah. Aku doakan kalian semua dapat ke sana.

Tanggal 9 march ak berangkat ke Jeddah , sampai di Jeddah naik bas kecik yg hanya ad 12 orng je ke Madinah.( best kan?? rezeki aku. ) Subhanallah waktu pertama solat di masjid nabawi waktu asar, Perasaan tu tak tergambar, aku sudah berada di Masjid Nabawi, di bumi Madinah yang penuh berkat. Ya allah mohon berkati smua jemaah dan perjalanan kami yang telah berlalu dan akan datang. Jemput la kami smula.

Solat di dalam masjid nabawi yang bumbung nya boleh terbuka nampak langit. Indah nya, tenang nya, air zam-zam di mana-mana. Kebtulan di madinah adalah penghujung musim sejuk. Maka udara nya begitu nyaman.




Sebelum berlepas


Selepas 9 jam 20 minit terbang
Jeddah terminal


Selesai Asar



Beriktikaf di dalam masjid nabawi di bawah langit malam. ~indah~


To be continue






Bagaimana Mencipta Kebahagiaan


Assalamualaikum,

Topik hari ini Tanda-tanda kebahagian ada TIGA, 


-Tungangan yang baik
-Rumah yang apabila kita berada di dalam nya berasa lapang
-Jiran yang baik ( jiran yang berkat )

Jom kita bincangkan satu persatu.Yang dimaksudkn tunggangn yang baik tak semesti nya BMW, Audi atau bentley, tapi sesuatu kenderaan yang selesa dan tak memberi msalah pada tuan nya. Contohnya kereta tak rosak, Bila pakai Honda accord pun kalau asek rosak, tayar pancit, tayar bocor maka nya itu tungangan tak berapa baik. Tapi jika anda memiliki BMW, Audi atau bentley silakan

Yang ke dua Rumah yang apabila kita berada di dalam nya kita berasa lapang. Rumah besar tak semestinya lapang. Kadang-kadang ada orang rumah banglo RM1 juta, tapi bila masuk rumah rasa kusut tu pasal asik ke luar rumah. Tak reti duk diam dalam rumah. Tapi ad keluarga yang rumah sederhana tak kecil tak besar tapi merasa lapang bila berada di rumah, banyak berada di rumah dari di luar. Ini adalah tanda-tanda keberkatan dan kebahagiaan

Yang ke tiga, adalah jiran yang baik dan jiran yang berkat, perhatikan jiran-jiran anda lebih mengetahui siapa jiran anda.

Keberkatan dan kebahgiaan bukan datang pada banyak nya sesuatu atau cantik nya seseorang tetapi ia datang dari Allah. Berapa ramai jutawan di dunia tak merasa bahagia, dan berapa ramai yang memiliki isteri yg jelita tapi di akhiri dengan penceraian atau perpisahan kerana tak bahagia. Renung-renungkan.


Kita hanya perlu mohon dan mahu Allah mudahkan, lapangkan, luaskan apa yang kita perlu itu erti bahagia dan berkat.

Sekiann ~