Monday 22 June 2015

Tips nak mulakan chambering (BORANG 1 dan Borang 2)


ASSALAM

Step pertama nak chamber kita kena file petition for chambering di High Court KL. Tak kisah la korang chamber kat mana tapi tetap kena filing kat kl, apa yang nak di filing? Borang 1 & 2. Aku pun baru tahu benda ni masa 1st day join firm (  bakal lawyer tak bertauliah .. haha)

Da complete semua documents
1 -IC copy
2-Birth certificate copy
3-Graduation letter
4-Master information ( boss korang )

Lepas tu u alls kena complete kn borang 1 dan 2.

Pagi- pagi drive pergi Melaka Central, bukan drive pergi KL, hihihi. Get the 8am bas to KL ( TBS)  malang nya bas to lembab, so ada delay dalm 15 min kot.Then took KTM to station segambut . Lepas tu naik cab pergi mahkamah Jalan Duta tambang RM10. Penah baca kat blog orang ada bas rapid KL yang tambang RM2,  tapi naik kat central market. Kekerapan dia 75 min. Tak tau la sejauh mana kebenarannnya.

Da sampai di perkarangan mahkamah, terasaaa begitu waaaaaah sekali, kiri kanan tengok young lawyer with smart attire, berkasut tumit tinggi keletuk keletak, yang lelaki dengan kot & tight in hensem sangat la tu konon , dalam hati berkata " stylo sangat ke jad lawyer ni?? Wahahahaha!!! " k fine sudah la merapu.

Da sampai dalam pintu masuk terus pergi sebelah kiri dalam tu untuk bayar pesuruhjaya sumpah dan affirmkan borang yang korang da isi tu, bayar RM8. lepas tu opposite bilik tu cross bawah tangga ad lag satu section korang kena amek nombor giliran pastu nanti kaunter panggil bayar RM50 tuk e-filing, da scan borang and document korang tunggu tuk bayaran seterus nya RM196. SILA BAWA WANG YANG CUKUP. Selepas tu pergi kat cafe ada kedai buku n photostat borang 2, 32 copies, i pun x tau kenapa 32. Total fotostat RM11.80
 Habis semua duit dalam purse, withdraw la duit tuk Perjalanan balik pulak.

Sebelum pergi memang da withdraw RM200, and ada baki sesikit lg duit dalam purse, x sangka la pulak tak cukup rupa nya, kwakwakwa..mahal jugak nak filing jadi chamber stdudent ni.

Da selesai semua pergi naik tingkat 2 bahagian pendaftaran hantar la semua borang photsotat tu. Done!! Tapi officer tu cakap kena pegi bar council pulaK. Tapi i tak pergi pun sebab da tak sempat, naik public transport je, KTM da la lambat, bar  council kl kat area masjid jamek nanti confirm sampai sana da kul 4 petang ofis da nak tutup semua, so message boss tanye dia, dia cakap balik je terus, so i pun balik.

Itu sahaja kisah perjalanan filing petiton as a chamber studet.



Tak pandai selfie







Check list



RM 8- Pesuruhjaya sumpah

RM50-Efilig
RM192.-Petition penerimaan masuk

RM11.80 -Fotostat



Sekian

Lepak-Lepak di Shah Alam

Assalamualaikum

Jumaat lepas ( whic is 13 june ),  pagi-pagi gerak balik Pahang sebab nak ambil dan hantar family ke KLIA, 8 orang semua nya. Mereka nak pergi mengerjakan umrah. Plan nye nak ikut dorang jugak tapi da polisi arab saudi yang 6 bulan tu maka tak pe la. 

Sampai rumah parents tolong adik adik gugurls i packing barang, since i da penah pegi so i have idea la nak tolong dorang pack, da siap packing, lepas tu da makan kenyang semua we alls decide nak overnight kat umah kazen sebab check in esok nya jam 9 am. Rumah cousin tu dekat je dengan airport.

So berangkat ke KLIA, dorang semua guna perkhidmatan Andalusia sebagai ejen. Oleh sebab satu family yg pergi termasuk nenek ( faher side ) n aunty ( mother side), mcam da ada dua big family berkumpul di airport.. Best jugak sekali sekala.

Pas dorang da check in konon macam nk jenjalan dalam KLIA2 yg besaq tu. Tapi cam penat and ngantuk la. Hantar kete abah g rumah kazen. Oleh sebab takde apa plan sangat sebab wekend nk masuk KL, mesti la jem , so decide lepak rumah kazen i kat shah alam, since dorang pun tak de beby lag. Main masak masak la kitorang. Wife kazen i ni plak pandai sangat masak. Sempat buat choc lava n spagheti carbonara. Pastu pillow talk. Rumah dorang besar sangat tapi tinggal berdua je, rasa macam percutian LIMA bintang.

Till we meet again





Thursday 18 June 2015

My Pupilage Story ( Apa itu "Chambering"?)


Assalam, 

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapat tempat untuk chambering iaitu pelatih dalam kamar selama tempoh 9 bulan yang telah ditetapkan. Tak banyak tugasan yang aku dapat minggu ini. Hanyalah mengisi borang 1 dan 2 untuk filing di Mahkamah Kuala Lumpur untuk megesahkan aku sebagai seorang pelatih dalam kamar. Latihan sembilan bulan ini adalah wajib untuk semua pemegang ijazah undang-undang yang mahu beramal ( practice ) atau bahasa mudah nak jadi seorang lawyer la. Walaupun seseorang itu memegang ijazah undang-undang dia belum lagi seorang pengamal undang-undang jika mereka tidak melalui tempoh latihan ini. Contoh nya FAHRIN AHMAD, LISA SURIHANI, mereka semua pemegang ijazah undang-undanh tetapi tidak pernah beramal ( practice ) kata lain mereka tak chamber.

Sebenar nya aku agak terlewat sedikit, jangkaan aku nak start chamber adalah pada 1 jun 2015. Setelah akau mendesak dan call sebuah firm ni untuk interview dan akhirnya ak berjaya mendapat tempat di firma guaman di sini. Master aku ialah seorang lelaki india Muslim. Aku start masuk ofis serta merta selepas interview. Alhamdulillah selepas 3 hari berada degan mereka, ak selesa, keadaan ofis pun tak serabut dengan file-file atas meja. Semua file pun kemas susun di rak-rak. Senior clerk pun ramah dan mesra.

Tetapi, tiba-tiba datang ujian, satu firm yang dimiliki oleh seorang Dato call aku dan ajak aku chamber dengan dia. Firm tu aku da email kan application last month tapi sekarang baru Dato tu return call. Ujian sangat sebab firm tu dekat dengan rumah, kawasan sama, jalan kaki pun sampai. Tapi tak pe la, aku da janji dengan boss aku, semua document dah pun siap dan in sya allah isnin ini aku akan file ke KL Hight Court.

Sangat la borink sebab tak de keje sebenar nye. Aku berjaya juga study sikit-sikit pasal islamic Financial. Aku ni da memang financial islamic consultant, tapi aku hanya sedikit arif tentang takaful, simpanan haji, dan beberapa produk lain. Tapi di firma ini ada kes loan, hire purchase, account saving, banckruptcy dan macam-macam lagi yang perlu aku belajar dan kaji.

Please pray form me supaya ak dapat jalani latihan 9 bulan ini dengn happy

Sekian

Thursday 11 June 2015

Hukum Faraidh: Pembahagian harta pusaka

Assalamualaikum

19 mei lepas NH hadir short talk by a speaker yang berpengalaman meguruskan harta pusaka dan Pembahagian mengikut faraidh di Level 1, block B Hong Leong PJ city.

Walaupun ada jugak sedikit sebanyak pasal faraidh tapi banyak yang tak tahu. Wahai suami, isteri, kakak, abang sekalian. Faraidh ini Wajib ke atas ummat Islam, boleh rujuk surah annisa.

So, kali ini NH nak kongsi apa yang NH dapat dari talk pasal faraidh ni. Ada salah silap mohon tegur, sebab ni hanya perkongsian ringkas

First diberi masalah Contoh jika si suami meninngal dunia, harta si mati automatik jadi harta pusaka dan wajib difaraidhkan. Harta terbahagi kepada dua harta tak alih dan hrta alih ( movable and immovable property ). Harta tak alih contoh tanah atau rumah dan harta alih, pinggan mangjuk, baju, kereta hatta sebatang pen menjadi harta pusaka.

First sekali waris terdekat perlu uruskan jenazah ( kafan-solat-kebumi ) kat sini waris boleh guna harta si mati. Owh take not bawaha kenduri tahlil arwah adalah tidak wajib  dan mana-mana amalan tak wajib maka tidak boleh guna harta si mati. Yang kedua perlulah melangsaikan hutang si mati. Lebihan harta tersebut baru la dibahagikan kepada waris terdekat.

Siapa waris terdekat?? Contoh suami meninggal maka waris ialah Ayah, ibu, isteri, anak-anak si mati. Jika semua waris ini tiada barulah pergi kepada adik beradik, bapa saudara, dan seterusnya ke tempat-tempat kebajikan seterus nya ke baitul mal.

Berapa bahagian setiap sorang?? ayah dan ibu si mati peroleh 1/6 dari keseluruhan harta selepas selesai hutang. Isteri 1/8. ingat ye isteri 1/8 sahaja, jangn ambil lebih makan HARAM nanti. Jika si mati tiada semua waris ni maka baru pergi kepada adik beradik, bapa saudara, anak yatim, seterusnya baitul mal.

Wasiat kepada waris adalah tidak sah. Wasiat hanya sah kepada bukan waris tetapi limit 1/3 dari harta pusaka.

Maka apa pilihan yang kita ada?? Kat sini datang nya kepentingan Hibah, dan kat sini jugakla penting nya kita bertakaful kaum-kaum isteri dan ibu sekalian

Dalam plan takaful yang saya ambil, ada bahagian supaya duit perlindungan dan simpanan di Hibahkan supaya tidak timbul masalah selepas kita meninggal dunia.

Orang kata, "alaaaaaaaaaa, nanti da mati tak pikir da harta-harta ini semua..." Tapi ingat, penting nya kita neninggalkan ahli keluarga dengan aman dan damai. Nanti keadilan tetap akan dituntut di akhirat kelak.

Selain itu, bertakaful jugak menggalakan kita saling bantu membantu dalam masyarakat kerana konsep takaful itu sendiri adalah sebuah pengurusan risiko dan musibah yang kita tak pasti bila datang menjemput.

Maka semua JOm la kita sign up pelan takaful.Da terlalu banyak syarikat yang menawarkan pelan-pelan yang bagus. Tapi NH plih MSIG sebab duit yang kita bayar 100% adalah saving kita. Macam mana dia boleh 100% ?? Sebab syarikat ini betul-betul menepati syariah compliance yang tidak menindas pencarum.
Walaubagaimanpun ada beberapa terma dan syarat yang kita perlu faham.

Siapa yang tengah mencari dan nak buat perbandingan boleh la hubungi

0173820636
Atau terus ke Level 5 Block B Bangungan HLA PJ city, Selangor Darul Ehsan

Sekian


Wednesday 10 June 2015

Nota Dari Jeddah ( Tip-tip pesanan Umrah )


Assalam

NH nak habiskan story last day di Haram. Seronok, sedih, tak puas, semua perasaan ada. Ok as usual, Bila kita di Haram ( Makkah ) of course la sebelum subuh da berlaju-laju ke masjid. Kami decide nak wida' ( tawaf selamat tinggal ) selepas Subuh. Masa itu tiba- tiba rasa tak nak tinggalan masjid, tengok kaabah, dalam hati doa semoga allah sampaikan kami ke sini lagi. Tak puas tengok kaabah. Tengok je pun da dapat pahala tau? tapi walau macam mana pun perpisahan tetap terjadi. Till we meet again Haramain. ( tanah haram ).



Lepas wida' kami plan nak ke rumak ibu saudara di Jeddah, Asal-asal aunty janji nak ke Makkah, Umrah sama-sama, tapi tak diizinkan. Kami berkemas-kemas dan meninggalkan jemaah lain dan berjanji jumpa di airport sahaja nanti. 

Kata orang, tak baik tinggalkan Jemaah, tapi niat berziarah ke rumah ibu saudara sudah dari kecil lagi. Ibu saudara memang sudah menetap di Makkah/Jeddah sejak dari NH kecil kerana suami nya bertugas di sana dan sudah mendapat PR di sana atau mungkin memang rakyat sana saya kurang pasti. Untung kan rezeki dia menetap di sana. Beliau juga ada sebuah rumah di Makkah, sebelum zam-zam tower dan hotel-hotel mewah dibina di sekitar masjid, rumah nya hanya lebih kurang 1km dari atas bukit ke Kaabah. Masya-Allah, nikmat nya yang allah berikan pada beliau. Semoga allah merahmati kita juga.

Kami ke Jeddah naik 'teksi sapu' kot. Innova tambang seorang 10 Riyal, tapi kena penuh kan keta baru dia gerak.Dapat tau pasal ni pun dari seorang Indonesian yang bekerja di sana, terima kasih Bang Suhail.( terlupa nk minta profile FB ) Klau tak terkial-kial la kami nk ke Jeddah dan mungkin da kena pau beratus-ratus.

Alhamdulillah selamat sampai di hadapan pintu rumah mak chik, mengantuk tu memang la tapi seronok nya berbual sebab dah lama tak berjumpa, macam-macam la kami bualkan, seronok betul.

Esok nya dah nak berangkat ke airport, sebelum tu singgah di Masjid terapung Jeddah, Subhanallah pemandangan nya. Sempat la kami berkelah-kelah makan nasi arab bersama-sama di sana sebelum berangkat pulang dan tak lupa solat sunat di masjid. Bila anda di sana, keadaan nya memang begitu, berlumba-lumba dan tak lepaskan peluang untuk solat sunat di setiap masjid yang anda siggah. Moga-moga dapat dipraktiskan di tanah air.




bersama 'tuan rumah' Achik Nora


Keindahan






Bersama Keluarga Kecik di Jeddah


Sekitar kawasan Perumahan Jeddah




Orang sopim kurma, kami sopim roti bawa balik untuk saudara di Malaysia
Sedap kot roti ni perisa chocolate





Alhamdulillah sampai di sini sahaja perjalanan Umrah saya bersama suami, walaupun di dalam hati tak berasa begitu puas, mungkin dek kerana pertama kali dan sedikit keletihan, tetapi NH tak putus berdoa supaya dapat megerjakan Haji dalam masa terdekat dan Umrah lagi. Satu hajat yang tak kesampaian mendaki Gua Hira. ~ hurmmm.. Too bad. in sya allah soon. 



Sekian
Selamat umrah buat bakal-bakal umrah sekalian

Tip dan pesanan untuk Jemaah Umrah

Assalam


Alhamdulillah sampai di sini sahaja perjalanan Umrah saya bersama suami, walaupun di dalam hati tak berasa begitu puas, mungkin dek kerana pertama kali dan sedikit keletihan, tetapi NH tak putus berdoa supaya dapat megerjakan Haji dalam masa terdekat dan Umrah lagi. Satu hajat yang tak kesampaian mendaki Gua Hira. ~ hurmmm.. Too bad. in sya allah soon. 



Tip-tip beribadat semasa di Tanah Haram

1- Jaga diri, jaga harta benda, hati-hati di jalan raya.



2-Tak perlu packing barang terlalu banyak, cukup la dua tiga helai jubah kerana anda pasti tergoda dengan abaya yang cantik di sana dan ad juga yang murah, beli pakai terus. ( jika mampu ) bawa sedikit sabun basuh nanti basuh baju jemur esok da kering.

3-Pergi masjid awal dan solatlah di dalam masjid. Jangan terikut sesetengah bangsa lain yang suka solat di dataran masjid. Pahala solat adalah di dalam masjid lebih berat.

4- tawaf la sebanyak semana mampu yang boleh kerana ibadat ini hanya boleh dilakukan di Masjid Haram sahaja. Solat sunat anda boleh lakukan bila-bila masa sahaja.



5-Banyakkan waktu di masjid, mengaji, tawaf, iktikaf, bukan berlama-lama di hotel atau sopim. Bukan tak boleh sopim tapi beringatlah mana kepentingan kita di sana.

6- Bagi yang muda, ambil la kesempatan sihat ini untuk beribadah lebih, dan bantu la memudahkn urusan mereka yang memerlukan di samping anda.

7-berdoa la sebanyak-banyak nya. In sya allah doa anda dimakbulkan
8- Siapa yang berhajat untuk umrah dan nak ke Tanaim untuk ambil niat, tawarlah dengan teksi harga berpatutan, tanya mutawif anda. Dah sampai destinasi baru bayar, Jangan bayar dulu, selalu nya arab akan bermanis-manis mulut minta anda bayar lebih-lebih
9-semasa naik teksi lelaki naik dulu, semasa keluar perempuan naik dulu.
INGAT!!


Tip membeli belah
1.peruntukkan hanya sedikit sahaja masa untuk membeli belah, contoh di Madinah NH cuma ambil masa satu hari, itu pun selepas solat subuh dan sekali selepas waktu zohor. CUKUP!!! begitu juga di Makkah, hanya selepas isya semasa jalan balik ke hotel. CUKUP!!!

2- Ada peluang beli dan makan buah buahan di sana, kerana segar dan sedap, tapi anda harus pandai menawar.

Sekian







Wednesday 3 June 2015

Jalan-jalan makan-makan johor bahru

Assaalam

Sambung lepas jalan-jalan melaka, kitorang aplan nak jenjalan johor pulak, tujuan utama my sis nk buar rambut dkat saloon my bff, dia buat rambut kemas sngaat. For ladies only pulak tu. Memang la best.

So we alls gerak kul 3pm sebab  tunggu my sis lagi sorang dari tanjung malim. Oleh sebab last month dapf petrol voucher dari company so belanjan la dorng ni jenjalan sekt. Best gila da la dapt payment, petrol voucher pun dpaat. Kaching$$$$$. Da sampai JB check in seri malaysia aje lepastu terus perg saloon kampung melayu JB. Konon ad plan nak ziarah aunty, uncle, cousin di JB, tpi nya dorng semua not available. We alls makan-makan kat kampung melayu depan masjid. Mee rebus, murtabak cheese, mee bandung, soto. Portion semua besar-besar, boleh share 2 orang makan.




mee rebus tulang RM9

Murtabak cheese RM12




Second day, after breakfast check out terus jalan-jalan country garden je, jenjalan naik kete, pastu nk perg JPO, lat-last tak jadi terus balik melaka aje. Da call hubby ckap jom kita lepak makan seoul garden dekat mahkota parde je.

So petang tu kitorang makan n lepak makan seoul garden and jenjalan area situ je.

Malam as usual kena balil cepat sebab ad kelas tutorial tuk student.























Sampai melaka lepak seoul garden
currently harga lunch student RM32

Dulu-dulu RM19 je, 5 tahun lepas..

Tata