Sunday 18 December 2016

Jawatan Kosong Sebagai Tutor di ARIF EDUCATION STUDIO

Assalamualaikum

Kami dari Arif Education Studio ( AES ) sedang mencari anda yang

1.berminat dalam bidang akademik, mengajar sementara atau tetap
2. Mahir dalam Facebook, Instagram dan sebarang jenis information technoly masa kini
3. berkelulusan sekurang-kurang nya diploma
4. Student universiti juga diterima
5. boleh memberi komitmen sekurang-kurang nya 3 ke 6 bulan.
6. Berbahasa mandarin adalah kelebihan yang kami cari.
7. Sedang menunggu tawaran bekerja atau belajar juga boleh memohon

Boleh hubungi 0173820636
email: mustaqimNH@gmail.com
arif.hassan@gmail.com
kami berada di sekitar MELAKA

sekian terima kasih

Wednesday 7 December 2016

Pelaburan Hartanah di Forest City Johor

Assalamualaikum

Minggu lepas berkesempatan pergi tengok property di Johor. Itupun sebab kebetulan kakak ipaq cakap nak pi Forest City, pusing-pusing ambil gambaq. NH ingatkan tempat macam lego-land ke apa, sekali masuk entrance macam ni tempat galeri jualan. Lepas da shoot gambaq satu dua while waiting kakak ipaq yang nak berfoto dengan features kat garden tu so NH dengan suami pun pergi showroom. we managed to visit all showroom. WOOOW!!! it really "tempting". After that we seat for "price talk" sessions.

Punyalah ramai orang nak beli property sampai satu hall tu penuh and susah nak cari table untill we share with ohers. And boleh nampak dalam beratus orang kat situ tak sampai 10 pun Malay.During that talk sessions, they said 70% buyer is chinese not from Malaysia. Again WOOOW!! and question my self, where is malay??? what happened to Malay? its our country but we not afford to buy this, and i am pretty sure tak ramai pun malay tahu about this project. Dan yang paling shock they said over thousands units sold everyday. Even the agent property are not from Malaysia, impoorted from CHINA. And my feeling even untill now bercampur-campur. Semestinya ada privilege untuk Malay dari segi price and lain-lain.


The price is RM1000-RM2000 satu kaki persegi. so the smallest unit pun dah almost RM600, 000++
The property build with modern technology and go green concept, all with the CCTV and smart door ( guna fingerprint untuk unlock anda auto light ). Tambahan ada unit yang kita boleh tanam pokok and they provide automatic watering system. Waaaaaaaaaaaah sangat.Lagi satu ID showroom haruslah cantik boleh la dapat idea sikit-sikit kan kalau sape nk renovation rumah,

















Ok for those yang rasa tak mampu nak letak downpayment and deposit over RM10k yang kena bayar on that day jugak tuk lock kan u punya units. Dont worry ada jugak cara lain u alls nak invest, Contoh nya Jom la kita beli emas banyak-banyak tapi secara beransur, mana la tau lepas setaun dua u alls cash kan emas tu boleh beli property cash, NH pernah share banyak entry sebelum ni tentang emas and mana nak beli, boleh contac terus 0173820636.

Pengajaran dari lawatan kali ini ialah, sekurang-kurang nya kita buka la minda, Bangsa lain datang untuk beli property tapi bangsa kita datang sibuk nk berselfie sebab tengok kat FB view cantik, Ye, memang tak salah, tapi sampai bila kita nak life macam ni je kan. Our mindset is too low kawan-kawan.

Siapa nak tahu pergi lihat sendiri, mengikut info dari property agent, they start selling on march this year ( 2016) tapi fasa 1, 2 ,3 dah sold out!!! how fast, but tak ramai pun yang antara kita yang tahu.


Selamat Maju Jaya!!

P/s: Kalau tak nak beli sini beli tempat lain kan??

Till we meet again next entry

Thursday 1 December 2016

Sebuah kematian dan sebuah kehidupan

Assalamualaikum


Last week masa balik kampung bulanan ( dah macam asrama pulak), pagi second day bangun awal sebab nak spend time dengan family, nampak je muka mak, mak cakap 

" isteri uncle bob meninggal malam tadi"

And my first respond was

"Anak dia macam mana?"

Mak jawab " entah, awak ambil la satu jaga nanti " 

I was "gulpppp"

Ok shock jugak dengar berita kematian itu, uncle bob ialah family friends and uncle bob jugak la yang arrangekan pendakian gunung kinabalu 10 years ago. it was such a moment hiking with him and my family.  Masa tu uncle bob still single eventhough his age da about 40 plus masa tu. and tak lama lepas tu few years macam tu he married to a woman yang muda jugak la dalam linkungan 30an, everyone is happy. 

So memang da lama tak jumpa uncle bob until my weddig, masa tu ad dua kids. Both of them boy. sorang tu baby lagi and it was 3 years ago. And suddenly heard about the news so memang respond macam tu la.

Parents ajak pergi ziarah di rumah mayat hospital sebab semua setlekan kat situ, and i met the boy, the younger umur lebih kurang 3-4 years macam tu,memang dia tak tahu apa-apa pun about his mom. I am so touch. Dia cakap mak dia sakit lepastu mak tengah mandi. But "mandi" tu adalah mandi yang terakhir sebelum berangkat menuju pencipta. nangis~

Cannot tahaaan, and yes, mati tak kenal usia, tua muda sakit sihat semua orang akan mati. Semoga allah merahmati si mati. And boys, please be strong, semoga both of u dapat menjalani hidup tanpa ibu di sisi, both of them belum umur 6 tahun lagi. kecikkan diorang. 

Till we meet again boys. Memory yang membuatkan aku banyak fikir tentang kematian tentang kehidupan. 

Im so sorry it not easy to adopt kids. 

Innalillah

Friday 18 November 2016

THE STERLING BOUTIQUE HOTEL ( REVIEW )

Assalamualaikum

Nak review pasal satu Hotel ni nama dia THE STERLING, location kat melaka. Hari tu sempat check in kejap, untuk ambil mood nak buat kerja dan relex sikit.Ni hotel kedua lepas the pines yang kitorang buat style macam ni, 

Booking pun the same day, kitorang book the only one room yang ada kat hotel tu-celebration double suit. Memang best la sebab ada extended living room. Hotel ni jenis konsep spa bath, semua bilik ada jacuzzi and spa bath.

Range harga korang boleh tengok kat internet, around RM250-RM300 (include tax ), sebab lain website lain harga, kot-kot dapat groupon ke kan. rezeki tu.

Bila da dapat bilik macam ni, memang menikmati bilik je la. Tak keluar-keluar, keluar kejap je beli makan, pastu masuk bilik balik.










Till we meet again next Hotel

p/s: before payment p check bilik punya aircond dengan internet ok ke tak, kalau tak lupakan je la



Nak Buka Current Account yang mana?

Assalamualaikum

Hari ini nak share Macam mana nak buka Current Account ataupun akaun semasa dan bagaimana nak apply. Akaun semasa ni penting untuk peniaga yang nak expand business (especiallay yang baru nak mula macam entreprise ) in future. Kalau siapa yang jenis nak betapak macam tu je anda tak de nak BIG DREAMS sangat, mungkin tak perlu.

Pertama, korang kena decide korang yang jenis support bank islamic atau jenis main hentam je, atau jenis nak pilih bank china atau bangsa-bangsa lain ( bukan apa sebab ada orang very particular about this, terpulang pada masing-masing )

Untuk nak expand business haruslah ada current account dan pergilah buka file di LHDN. Tak perlu risau dengan tax, Sebab keuntungan yang besar je baru bayar tax dan banyak cara nak release tax, janji korang simpan resit.

Kat sini ada beberapa jenama bank yang NH ada tanya pegawai dia, kalau salah info tak tau la, mungkin lain pegawai lain explanation

 MAYBANK

  • yang ni kena tengok nak patnership atau tak .
  • deposit RM2000, maintain RM1000,
  • kena ada SSM
  • Rubber Stamp Company
  • intoducer ( siapa yang ada current akaun atau akaun maybank- Info dar pegawai bank di Temerloh)
  • ( introducer ialah siapa yang ada SSM dan berniaga, Info dari Pegawai Bank kat kiosk AEON bandaraya Melaka )
  • untuk maklumat lanjut boleh betul-betul refer bank sendiri
  • boleh online banking ( transfer, check balance, deposit )
  • tiada ATM card
  • boleh pilih nk buku cek atau pun tak ( kalau nak, ada charge yang diekenakan )
  • pengurusan kauter dan machine bergantung pada branch bank, so far maybank sangat efficient, cuma terlalu ramai orang.


CIMB

  • deposit RM1000
  • Ada SSM
  • Rubber Stamp Company
  • Introducer yang ada SSM
  • Ada CIMB Clicks (online banking)
  • kaunter pun ok jugak, tak la jenis lama menunggu.


Hong Leong Bank

  • Deposit RM2000, 
  • Maintain RM1000
  • Intoducer ialah pemegang akaun Semasa HLB yang aktif
  • Online banking
  • untuk pengurusan kaunter sangat-sangat suka, sebab hampir tidak menunggu nombor giliran treus naik
  • machine sangat banyak dan laju dan always machine terkini



Bank Islam

  • Deposit RM1000
  • patnership/sole prop
  • apply buku cek
  • SSM
  • online banking tak efficient,boleh tengok balance sahaja. 
  • tiada ATM card
  • kaunter slow
  • machine pun slow
  • machine untuk deposit cheque sangat old school.
  • sangat-sangat tak recommended tapi kadang demi nak support BANK ISLAM, boleh laaa
  • Cheque clear sangat cepat within 2 hours done.

Ramai kata paling recommended ialah Maybank Berhad. Tapi NH pilih Hong Leong Berhad, sebab servis tak pernah fail, dari dalam kaunter sampai machine, staff sangat ok, machine canggih walau kat mana-mana branch ( yang pernah singgah, kuching, Batu Gajah, Temerloh, Mentakab, Melaka, Ipoh) tak pernah kecewa. Online banking dia pun best. Semua la best.

Pasal maintain wang tu pulak tu adalah dasar bank sahaja supaya nanti kalau siapa yang issue cheque tak reject kalau duit tak cukup, actually boleh je nak keluarkan semua, cuma makesure bila issue cheque atau apa-apa transcation maksure balance dalam akaunm adalah mencukupi termasuk caj.

Sesiapa yang ada info yang lebih baik boleh share di ruangan komen.

Sekian, Terima kasih






Wednesday 26 October 2016

Simposium Tutor Profesional

Assalamualaikum



 24-25 September yang lepas, berlangsungnya Simposium Tutor Profesional. Simposium ni macam ala- ala konvensyen konsep sharing macam tu la.  Only once a year. Untuk tahun ni berlangsung di Fakulti Sains Sosial di UKM, Bangi.



Isi kandungan program ni Alhamdulillah bagus la untuk semua kategori pendidik sekolah/universiti/kolej atau mana-mama institusi pendidikan milik kerajaan, swasta mahupun sendiran berhad. 



Pihak penganjur telah menjemput 8 orang speaker hebat untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang pendidikan serta bagaimana mengusaha dan meguruskan sesebuah pusat pendidikan seperti pusat tusyen/home tusyen dan sebagainya. Ilmu pemasaran juga termasuk dalam topik perbincangan dan perkongsian bagi sesiap yang mengusahakan pusat-pusat pendidikan di seluruh Malaysia.



Maka peserta seperti kami ( me+hubby ) sangat sesuai untuk attend program macam ni untuk kami mengembangkan lagi legacy home based tusyen ni. Boleh la kami apply ilmu-ilmu dan tips yang berguna masa simposium lepas.


Selain mendapatkan ilmu dari sesi 'sharing' oleh mereka-meraka yang berjaya, dapat jugak kenalan-kenalan baru. Harapan untuk simposium yang akan datang, peserta lebih ramai dan kami pula telah ada kemajuan yang banyak.







Next entry nanti NH akan share kan tips dari salah seorang speaker.



Till we meet again



Wednesday 21 September 2016

Short Trip to Penang after Eid Adha,

Assalamualaikum


Eid Adha tahun ni biasa-biasa je ( raya tahun ni memang semua biasa-biasa je, Haizz ) selesai solat sunat Eid Adha, terus berangkat ke kampung Parents In law di Perak. Singgah sebentar di Batang Kali ziarah rumah sedara hubby meninngal. Heading To Perak, dalam petang sampai, Alhamdulillah. 
Plan kali ni balik seminggu. Maka wujud la planning heading to Kedah & Penang. 

At first pakat dengan my uncle dari Johor nak p Kedah visit aunty baru deliver baby ( owh my aunty still young,hihih) last-last tak jadi pun. Nak bawa parents in laws and family jenjalan short trip p Penang. Tapi total 6 of us, tak muat plak kete, pastu FIL plak tak nak ikut, katanya ada plan lain. Jadi rembat hubby punya aunty. ( Pun boleeehhhh ).

So kitorang p Penang bertiga. ( Aku yang post surgery ni belum baik menggedik nak jenjalan ) sekadar menghiburkan hati. Alang-alang da separuh jalan kot.

Start singgah IPOH tempat wajib Mee Kari ( Mee Kicap )Mat Jasak, cousin's hubby punya perniagaan yang femes kat ipoh tuuu.. ( dah la baru-baru ini singgah rumah i olls kat melaka, terharu pulak )Singgah sebentar di sungai dua rumah my cousins, pekena laksa penang buatan sendiri, awesome nye, mengenangkan luka operation belum baik lagi, so sangat berpada-pada makannya, Then Heading To the Island naik jambatan, huhahuha sangaaat.

1st place check in - BUKIT BENDERA






Masya allah ramai nye orang, OK, fine cuti sekolah kot, dah hampir nak cancel beratur beli tiket daaaaaa... OH MY!! tapi tabah kan jua. 3 hours spent there. Sangat lama la for me, sebab selalu memang jenjalan time weekdaya and bukan peak season. 
Then, pergi area Fortcornwallis makan makan, pastu baru terhegeh-hegeh nak google cari tempat penginapan, Alhamdulillah dapat grab satu yang berhampiran kat situ, tapi tragedi order bilik lain dapat bilik lain tu yang menyakitkan hati sikit sebab kitorang bertiga kot. Tapi ok je bilik pun besar, Nice, puas hati jugak walaupun katil single terpksa digabungkan and I kat tengah-tengah. 

The next day, kasi hubby @driver rehat puas-puas sebab I belum boleh drive lagi. Check out kul 11am. 



2nd Place Check In - PADANG KOTA LAMA



3rd Place- PENANG STREET ART, 

Susah jugak nak cari sebab drive, jalan dah la sempit, ni la perangai orang tak boleh jalan lagi ko da menggatal nak jalan, berehat je la kat umah diam-diam da tahu tak sihat lagi, kihkihkih, Tapi nak jugak take foto kat Street Art tu satu pun jadi la. Punya kempunan tak hengaat. hahhaha. ( Good suggestion is Jalan Kaki, or rent a bycycle )





4th place chek in- NASI KANDAQ PELITA

( Area lain semua pack and tak de parking )

on the way back lalu KOMTAR

5th Place- Masjid Negeri Pulau Pinang.

6th Place- BATU FERENGHI

a bit sad sebab yang untuk public punya da tnggal cinonet, lain-lain semua da jadi private oleh Hotel-Hotel mewah kawasan situ.

The end of the journey.

DILEMA BEKERJA SENDIRI/MAKAN GAJI

Assalamualaikum


Pasti ramai yang dilema nak kerja sendiri atau makan gaji. Kadang-kadang ada yang jenis da set-up bussiness sendiri dan pencapaian pun alhamdulillah, tapi still dapat feedback dari parents and saudara mara yang kita ni tak de kerja. Walhal graduate degree master professional certs macam lawyer, engineer, doctor. Doktor lazim nya memang at least akan practice before dorang masuk line bussiness tapi lawyer and engineer selalu nya ada yang memang tak pernah practice langsung.

We all pun facing the same Dilema, dalam masa yang sama nak kejar impian sendiri dan buat apa yang kita suka dan selesa, tapi dalam masa yang sama tak nak hampakan ibu bapa yang da banyak invest duit tuk kita belajar. Dulu-dulu orang cakap, parents ni risau sebab nanti takut hidup melarat, so u just have to prove them u memang boleh survive, but sometime after u achieved certain level, your parents still timbulkan isu lain lagi dan lagi sampai mungkin u alls kena prove dalam akaun ada duit berjuta pun maybe parents u jenis nak tengok u kerja 8am-5pm kat office kot.  Somtime ada yang earn 6-8k monthly without makan gaji but parens still question and said " anak menantu saya dah habis belaja tapi tak de kerja" walaupun gaji starting RM1900, tapi yang tu yang dorang nak. Harap korang bersabar dan bertabah.

As my opinion, pandai-pandai la korang handle parents korang, cakap la baik-baik tanpa melukakan hati mereka. walaupun korang da ada based apa yang korang buat, tapi fikir and consider la kehendak parents korang, lagi pun korang ada certificate yang tak semua orang ada. Pandai-pandai la u all create situations and reason. Yeah..its hard, sebab tu parents kita kan. Selagi kita tak menggembirakan hati mereka selagi tu la takkan puas. Bila korang da ada kerjaya sendiri ( meniaga ) susah, senang, merangkak, tergolek, makan nasi dengan telur, tak de duit nak beli lauk, atau balik raya pun tak berduit, biarlah hanya korang je yang tahu. Sesungguhnya bila korang da berjaya walaupun sikit pasti korang rasa kemanisan tu. 

Mak pernah pesan, "balik kita tunjukkan yang baik-baik sahaja, kongsikan yang positif, yang buruk, pahit, kelat, sendiri simpan"

Orang lain mungkin senang je akan cakap, tinggalkan je la apa yang ko da buat and jump to other industry or makan gaji or apa-apa2. But the hardship korang yang tanggung selama ni  Sampai mungkin ada yang drive lori punggah barang sana sini, kutip barang-barang orang dah buang sebab nak started ur own empire. Tak de sorang pun yang tahu the hardship, tak kan korang nak buang macam tu je kan. Memang tak laa.

So my last opinion and humble advise ( maybe i think is right, might not aplicable to all or maybe yes ), at least dalam hidup buat la apa yang korang seronok, enjoy dan apa yang korang teringin nak buat, Buktikan pada semua yang korang boleh berjaya jugak walau tanpa slip gaji. Telan je la hinaan dan statement orang yang korang ni tak de keje ( padahal ada yang dapat banyak offer job tapi tolak ). Yang parents korang kadang malu nak jawab bila kawan-kawan tanya " anak and menantu you tu kerja apa" ( mungkin tak standard la kalau tak dapat jawab anak i lawyer menantu i engineer, some sort of it ) . Be proud of wat u have done. In sya allah satu hari nanti they will accept who u are. As long as dalam hidup korang ada sumbangan pada agama, bangsa, keluarga dan ummah.

By the way i would like to thanks my parents for all the supports till who i am now, even though i am not practice yet, i try to prove and make my parents happy with my decision.

To my husband, only u know what i want, and only u know how i handle my hard.
Thanks for being such a good partner in my life and we build our empire together every single day. In sya ALlah, May Allah bless us.

Good Luck Korang

Wednesday 31 August 2016

Tun Hussein Onn National Eye Hospital

Assalamualaikum

Musibah Hari Raya

Hari Raya kedua di timpa musibah Kornea Mata terkoyak, waaaaaaaaa~ dahsyat kan??


Make it short lepas je guest balik Hari Raya Pertama tu, penat maka nya duduk berehat di living room. Mata tetibe cam itchy sangat cari eye drop tak de pulak. Satu rumah 5-6 orang pakai lense sorang pun tak de eye drop. Rasa mnenyirap pun ado, nampak sangat tak guna dengan cara yang betul, End up mata ras atak selesa. Decide nak tidur je nant bangun-bangun da elok konon fikir  macam tu


Malam tu satu malam tak boleh tido, dalam kul 1am, mata sakit sangat, pergi bilik adik ngadu sakit sangat mata. Rasa macam nak g hospital malam tu jugak tapi tak tau hospital buka ke tak, Sabar dan tunggu sampai subuh, Da niat pagi-pagi subuh je nak pergi KL KPJ ke apa ke janji swasta nak pergi check jugak. tapi ifkir jugak doc ada ke RAYA-RAYA ni, hosp memang buka tap kalau doc tak de tak guna gak, satu lagi nak car hospital yang ada machine khas/lense khas tuk tengok korne mata kita tu je. Pikir tu nak pergi sebab KL dengan Temerloh boleh tahan 1jam setgah jugak, dah la tengah sakit kang da sampai tak de pulak sia-sia idup.

Maka nya esok tu calling session bermua sambil pegi 24hours klinik tuk dapatkan 1st help dia pun cadang pergi hospital mata. Sebab memang da teruk sangat, mata sakit dia macam kena hiris-hiris plus memang tak boleh buka mata langsung, senang cite hari tu meman jadi orang buta temporary.

Call punya call sampai tengahri satu hosp pun tak berjawab kalau ada yang jawab kat situ pulak tak de bahagian OFTAMOLOGI. Ya allah aku memang sabar sangat time tu da muhasabah diri segala bagai. Start lepas zohor dah bunyi meriah riuh rendah sepupu sepapat datang yearly punya acara. Hati jeles sangaat, tapi sakit membatasi segala-gala nya.

Da lepas asar macam tu sekali lagi try call Tun Husseion Onn National Eye Hospital, sebenar nya dari malam tadi aim situ je tapi kalau phone tak jawab cemana. Dalam hati fikir takkan la satu KL tu tak de klinik mata yang buka macam tak lojik pun ado. Cite dia try nasib call dua kali ada orang pick up, kata nya datang segera jagan tunggu esok, Apa lagi Jom kita. Raya kedua malam sudah tentu lebuh raya KL-Karak sanagat la sesak tapi harungi jua. Dalam 3 jam lebih jugak baru sampai weyh, Masa tu da kul 11pm. gerak dari Temerloh kul magrib macam tu.

Sesampai je kat hospital kena marah pulak kenapa tak datang terus semlam. eyh?? korang yang tak pick up phone macam mana nak tau. Rupa-rupa nya Hosp ni buka 24 Jam, jadi siapa yang ada kecemasan macam aku ni boleh la terus pergi ke sana.

Memang ak sorang je la ada kat situ, Bila doktor da periksa dia bagi tau Kornea mata ak koyak weyh. Erk~ jugak la dengar, tapi masih bertenang sebab jenis memang takut hospital and benda-benda klinikal. Suggestion dia ialah kena pakai satu contact lense ni selama dua hari. bagi luka tutup. Lepas dua hari p jumpa doc balik tuk cabut kanta and doc cakap da semakin recover. Gitu je la raya aku dari pertama sampai ke 5, memang tak buat apa la, sedeh kan?? 

Lain kali berhati-hati, kalau da pakai lense sila la beli lubricants atau eye drop setiap 4 jam sekali titiskan 


Cerita dia tahun ni sangat sadis, and memang tak beraya sangat, tungu la ad rezeki kita jumpa lagi dua tahun

Till we meet again


Mudahnya Bila Ada Medical Card ( Pelan Takaful ) - Review

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru-baru ini telah dijadualkan untuk menjalani rawatan pembedahan di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hospital ni memang mahal dan sangat ekslusif bagi saya seorang yang biasa-biasa. Layanan staff nurses dan staff hospital sangat 1st Class dengan bilik single bed siap dengan Menu Order Western pun ado. Masya-allah Kalah  Hotel 5 Bintang.

Total Bil Hospital Semua adalah RM16,000.00. weyh 16k tu, sape nak bayar?? Alhamdulillah bukan saya yang bayar tapi syarikat takaful yang saya carum setiap bulan yang bayar. Bila kita ada pilihan, maka kita boleh buat pilihan, Tapi kalau da tak de pilihan mamca mana?? Nak merayu minta derma bergadai harta. Minta Jauh. Bila da sakit  kalau boleh kita nak kan rawatan yang terbaik yang kita boleh afford. Ikutkan 16 ribu ni saya pun tak mampu. Kalau ada saving pun mungkin ada yang lebih penting tuk difikirkan mungkin boleh pilih Hospital Kerajaan yang waiting list nye panjang dan kurang keselesaan. Ada juga kawan saya yang perlu kan rawatan berjumlah sebegini tapi dittangguhkan dek kerana tiada mengambil apa-apa skim perlindungan. Di sini la baik nya Takaful/Medical Card

Semasa di Hospital, oleh kerana proses yang sangat cepat memang tak sempat nak beritahu semua orang, tau-tau je everything da selesai, hanya sempat beritahu kawan-kawan terdekat sebab rindu nk jumpa mereka jadi ini boleh jadi kesempatan untul berjumpa dan mendapatkn doa dari mereka. Hanya Family dan Family Mertua sahaja yang tahu.

Masa di hospital adalah seorang pakcik berumur lingkungan 60an berkata pada suami "Bila la kita nak dapat rawatan di Hospital Mahal macam ni??" Saya tersenyum,.. Ye pakcik, sebab tu la saya promosikan pelan perubatan hospital dulu tapi ramai yang tolak dan buat tak tahu. Kawan-kawan yang datang melawat pun tiba-tiba da start nk fikir nanti nak check dengan company dan check status kewangan untuk ambil pelan perubatan Hospital. Alhamdullillah syukur, mereka sudah nampak apa yang saya promosikan selama ini.
Niat saya sebenarnya nak mudahkan kalian dan bantu kawan-kawan.



Ye begitula fungsi medical card. Sakit tak menunggu usia. Demam sikit je kita da tak larat nak tunggu berjam-jam di Hospital Besar, inikan pulak Sakit post-surgery. Perlukan tandas yang selesa dan segala-galanya selesa. Secara Psikologi nya anda tak stress kemungkinan untuk cepat sembuh lebih tinggi. Ini benar mengikut pengalaman sendiri juga.

Proses untul meggunakan Medical card anda selalu nya akan diterangkan oleh ejen atau wakil-wakil syarikat. Kalau yang saya punya senang je, Hospital request GL, lepastu da boleh masuk. Makesure penyakit korang adalah bukan existing illness before korang sign up. Kalau medical less than one year mungkin akan ad sedikit investigation macam tu la. Depends pada jenis pelan korang

Saya adalah pelannggan dan pengguna Medical Card Dari Hong Leong MSIG Takaful. Yes, saya sangat berpuas hati dengan servis dari pihak syarikat sangat cepat proses walaupun pada mula nya ad beberapa query.

Alhamdulillah sekarang saya melalui pos-surgery dan berehat di rumah

Kepada kawan-kawan dan anda semua sign up la Medical Card, bukan sahaj anda saving malah memudahkan urusan anda ketika ditimpa musibah disamping dapat bantu orang lain. Kita tak nampak penting nya sekarang tetapi bila keadaan tiba, yes, sangat memerlukan.

NAK SIGN UP dengan saya pun boleh
NURUL HARDY
017 3820636



p/s: Sorry pic tak de, tapi bilik saya ada wardrobe siap dengan hanger, peti sejuk, dan talifon ( intecorm ), TV, personal toilet and bathroom serta kemudahan-kemudahan perubatan lain

Till we meet again

Saturday 27 August 2016

Hari Raya Open House @ House Warming

Assalamualaikum

Semenjak pindah memang ada rancangan nak buat kenduri kendara/housewarming tapi selalunya tak jadi sebab tukang masak dan tetamu yang tak available dan tuan rumah punya jadual pun tak menentu. Kita ni nak ajak saudara mara dan kawan-kawan terdekat.

Maka sempena Raya baru-baru ni lebih kurang 12 Syawal macam tu, maka kami ni war-warkan la planing nak masak and menjemput dalam wassap group, tu pun susah jugak respon kejap hari sabtu kejap jumaat kejap ahad. Masing-masing pun sibuk dengan hal peribadi. Last-last menjadi jugak jemput kawan-kawan Tuan dan Puan Peguam bertandang ke rumah. Alhamdulillah, Thanks for coming u alls.

And surprisingly aunt dary Riyadh and whole family pun datang menyinggah, Yang ni memang da lama invite sepecial tapi masak kat Malaysia suntuk sangaat.

Alhamdulillah selesai jamu kawan-kawan makan, sila lah datang lagi, siap request ikan patin plak tu. Itu  lain kali la ye. hehhehe





My special guest Dato' Leen 


My suddenly Kakak



My aunty 








My so called Advocates & Solicitors friends

Till we meet again



CERITA HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!! ( Raya da habis dah pun, cheyh )


Alhamdulillah, Raya yang ketiga bersama suami dan keluarga dan kali ini masih berpeluang beraya di kampung halaman sendiri ( tak pernah lagi tak beraya dengan family sendiri, nampak gaya tahun depan confirm tak, hahahhaha , tapi mana la tau kan..hehehe)

Balik kampung dua hari sebelum raya. Kali ini raya pun sangat sederhana sebab tak sempat nak "nyopim" langsung. Mujur ada sepasang dua baju baru, kita duk pakai hak tu je la. Alkisah nya memang eksaited la sebab tahun ni turn sepupu sepapat ipar duai beraya kat kampung. Benda dua tahun sekali kadang-kadang 4 taun sekali kalau dorang beranak time puasa da tak dapat beraya. Ok ni memang eksaited adik kita dari egypt pulak balik beraya kat Malaysia tahun ni. Memang rasa complete sangaat aihhh..



TETAPI, kita hanya mampu merancang Allah menentukan. Salah sorang ahli keluarga kami pada sahur Ramadahan terkahir jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital berdekatan dan tunggu punya tunggu segala doa dan harapan tapi keadaan nya masih belum stabil. Maka kisah Raya dah bertukar jadi lain. Walaubagaimanapun Perjumpaan ahli keluarga pada malam raya di rumah orang tua kemudian menyusul ke ruman  nenek tetap diteruskan seperti tahun-tahun sebelum walaupun seorang ahli telah berkurang


Takbir Raya, sedeikit Tazkirah serta maf bermaafan tetap diteruskan walapun musibah menimpa. Setelah itu, di rumah nenek juga berlangsung perkara yang sama. Meriah juga sebab ramai ahli-ahli baru tak kisah la menantu/sepupu baru ataupun cucu baru. Bila lagi nak macam ni kalau tak Raya. Sebab tu Allah jadikan Hari Raya.

So jadual Hari Raya pertama kami adalah solat Sunat aidilfitri kemudian terus ke Hospital untuk sesi ziarah. Malang nya pihak hospital masih menggunakan waktu melawat rasmi walaupun ia nya cuti umum. Pertama kali dalam sejarah kami sambut Hari Raya di Hospital. Tiada rendang, ketupat dan segala juadah Hari Raya, Tiada "perarakan seluruh ahli kaelurga kami" dari satu rumah ke satu rumah. Lain sunggu pada kali ini, namun tetap bermakna.


Kebetulan pada waktu petang adalah giliran Kami adik beradik perempuan yang kena stay kat Hospital sampai dapat panggilan sedara jauh nak datang umah. Ok jemput datang tapi juadah-juadah sangat la biasa sahaja.
Alhamdulillah sudi datang beraya ke rumah orang tua kami.
Terima kasih.













Thursday 4 August 2016

Arif Education Studio ditubuhkan ( pindah tempat baru )


Assalamualaikum

Alkisahnya, maklum semua tahu ( melalui blog ini ) bersama suami menjalan kan sebuah servis perkhidmatan kelas mandarin dan home tuition.kerana kepakaran kami adalah membantu mereka yang mahu menguasai Bahasa Mandarin  serta memerlukan seorang guru bimbingan mahir yang boleh hadir ke rumah demi menangani masalah ibu bapa yang bekerja sehingga lewat petang. sekian dulu tuk yang kat sini.


Disebabkan kami menjalan servis ini dari rumah ke rumah client/student, bermaksud kami mengajar secara private di rumah student sendiri maka kami tidak perlu sebuah premis yang besar untuk disewakan atau untuk tempat tinggal. Cukupla sekadar menyewa rumah yang sederhana yang mempunyai cuma dua bilik yang boleh muat dua  katil single u alls kerana kami cuma berdua. Masih teringat status Saiful Nang seorang photographer terkenal suatu ketika menegaskan rasa bersalah kerana masih ada space di rumah beliau kenapa tak dikongsikan. Jadi atas dasar itu juga kami tak mahu membazir kerana tiada keperluan.

Lebih kurang sekitar hujung tahun 2014, permintaan kelas-kelas tusyen dalam kumpulan kecil serta kelas mandarin untuk dewasa mula meningkat bukan sahaja perlu ke rumah student namun ada yang mahu datang ke tempat kami. Jadi kami ubah suai sedikit ruangan supaya ad keselesaan untuk pelajar dek cuaca yang terlalu panas harus la penghawa dingin juga dipasang. Ok so tengok dari luar memang sangat macam tak selesa, tapi masuk dalam in sya allah selesa. Sampaikan ayah mertua pernah tegur ruangan tu da macam hotel. hehhehe.

Memandagkan semakin hari permintaan semakin meningkat sekitar tahun 2015 ( tak de la meningkat sangat tapi ada la), NH dan suami mula menubuhkan sebuah ARIF EDUCATION STUDIO di premis yang sangat la petite itu. boleh muat 5 orang je.. lebih-lebih da tak muat u alls. Rumah tu cuma ada 2 bilik sahaja. Bila orang dewasa nak belajar kelas mandarin tak kan nak duduk atas lantai, walaupun modul kau bagus cemana pun, impression orang pada sesebuahg premis sangat la penting. daripada orang nak datang belajar terus tak jadi belaja sebab tengok premis nye cenggitu. Maka kami pun sudah mula memikirkan untuk myewa premis yang lebih proper dan mendafar kan syarikat juga.



Finally we found a suitable place. Menyiapkan deposit premis yang ermm boleh tahan besaaq nya dalam masa 24 jam, Dan bermulalah sesi PINDAH. pada sekitar hujung Oktober. Owh seriusly pindah memang sangat mencabar dan memenatkan dan kami cuma berdua. Sudahla ketika itu NH seorang pelatih dalam kamar pula. Maka sebulan kami angkut barang hari-hari secara beransur selama sebulan sebab tak sewa lori.

Setelah sebulan sesi angkut mengangkut kecuali hari minggu dan tolak masa nak mengajar lagi, secara rasmi nya bulan Disember 2015 sudah pindah ke tempat baru. Yeay!! syukur sangat bila ada nampak sedikit hasil. 3-4 Bulan juga membuat keputusan kerana memikirkan komiten yang meningkat 70 % dari sebelum nya sebab premis lebih besar dan selesa.

Berbekalkn sedikit simpanan hasil dari kerjaya kami semenjak berkahwin maka kami siapkan ARIF EDUCATION STUDIO dengan sederhana dan penambahan dari masa ke masa. Alhamdulillah sudah 7 bulan kami beroperasi di tempat baru dan kami gembira dapat memberikan sedikit keselesaan kepada pelanggan dan pelajar-pelajar kami.

Ye la kalu dulu cuma perlu satu penghawa dingin tapi sekarang da kena install 4. Bil letrik juga harus la meningkat. Namun begitu masih banyak yang perlu disiapakan dari segi Interior design supaya menjadi sebuah studio yang diidamkan.


Kini kami juga sudah mula mencari guru-guru tambahan yang expert dalam sesuatu subjek terutama subjek Kimia kerana masih belum ada guru Kimia lagi. ARIF EDUCATION STUDIO juga ada menyediakan perkihidmatan perundingan untuk pelajar-pelajar universiti contohnya pelajar di Open Universiti  untuk menasihati dan membimbing kerja-kerja kursus yang diberikan pensyarah-pensyarah dek kerana kesuntukan masa yang perlu dibahagikan dengan tugas hakiki sebagai penjawat awam dan swasta.










Untuk lebih maklumat dan info terkini boleh click link
 http://arifeducationstudio.wixsite.com/

Like Facebook kami 
https://www.facebook.com/arif.edustudio/
https://www.facebook.com/easy.mandarin.malacca/

Sekian, till we meet again


Sunday 31 July 2016

How is our third Ramadhan together


Assalamualaikum

"Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! " lagu feveret ni

Subhanallah, Ramadhan tiba lagi, macam mana preparation Ramadhan baru-baru ini engkorang? Semoga Allah menerima seluruh amalan kita dan memakbulkan segala doa-doa kita.

Kali ketiga menyambut Ramdhan sebagai husband and wife. Tentu ada perbezaan.

Tahun Pertama Ramadhan bersama - student lagi
Tahun Kedua Ramadhan bersama    -    pelatih dalam Kamar

Tahun ketiga-????


Tahun ketiga ni First day of puasa kita sambut kat rumah mentua di Perak. Meriah jugak sebab kebetulan kakak ipaq and family pun balik. Kami sempat pi jenjalan sampai utara Perak, Malam tu balik start Teraweh kat surau . Malam kedua dan ketiga teraweh di Masjid pula. Tak sempat nak teraweh di masjid UTP.

Dah tahun ketiga da, cepat je masa berlalu. Keseluruhan puasa kali ini sangat berbeza. Lebih sederhana dari dua tahun lepas. Aktiviti bertaraweh kadang-kadang di Masjid, surau atau berjemaah di rumah sahaja.

Tahun ni tak berbuka kat luar langsung, Tak tahu kenapa. Tu la mungkin sebab lebih sederhana tu la kot. Nafsu makan pulak macam kurang semacam, Benefit nya alhamdulillah turun la beraat. kehkehekeh, Sebab tahun ni tahun kegemokan melanda. Lebih relex sebab tak de komitmen macam taun lepas terkejar-kejar nak masak berbuka. Ada lebih masa bersama suami menghayati ibadah puasa.

Kisah Bazaar Ramadhan pulak da lama tak jejak, Satu sebab malas jalan jem, lepastu karang kalau da beli belum tentu sedap ke tidok kang membazir pulak. Tempat yang confirm sedap selalau nya beratuq panjang, Malassss laaa pastu nafsu makan macam tak berapa nak ada. Berbuka dengan apa yang ada je.

Part yang paling mencabar ialah
"Hari ini nak masak berbuka apa eh??"
kering ideaaa.

Sekian kenangan kisah puasa kali ini. Masih berdua.Tahun depan cemana pulak. Masa jangan cepat sangat berlalu. hehheheh

Sekian

Journey Cabut Gigi Bongsu

Assalamualaikum 

Siapa pernah ada pengalaman cabut gigi bongsu tu mesti tau perasaan dia cemana.


Finally after setahun setengah berjaya kuatkan diri untuk jumpa dentist. Da lama simpan gigi rosak berbau semua tak selesa . Memang jenis penakut dengan dentist. Scary la dentist ni. Tapi kali ni buat kat klinik kerajaan sebab dentist tu student kita. Memang da purposely contact dia cakap nak dia treat kita. Meleleh jugak air mata semasa kejadian. Nak buat cemana sakit mekk..

Kepada adik-adik, sila la jaga gigi betul-betul, Bila da rosak sakit yang amat. Seminggu jugak takes time nak sembuh. 

Motif nak up entry ni saje buat kenagan dalam kehidupan. No more gigi Bongsu..

My Cousin-Siti Noor Jannah wedding day

Assalamualaikum readers!!!

Passed 4th June 2016 was my loevly cousin wedding day. It happenned modestly in Shah Alam at my aunty house. It was the day before "puasa" month. By the way congratulations dear Janna!! Sweet nye, untung la dapat kawen awaal...

Me as usual, tak nak lepaskan peluang to witness the solemnization at 1oam in the morning. So after Subuh prayer, we drove to Shah Alam. And my usual duty since the first son of may aunt wedding is "tukang jaga handbag ang pau" kehkehkeh..


Sebelum terlupa the day before is my brother and sister touch down to Malaysia for 3 months holiday, and my brother is coming back for good after 9 years in Egypyt. Congratesss and welcome to the mothercountry bro. But so sad i miss the opportunity waiting at arrival terminal since hubby still got his class tuition untill 10 at night on that day.



JANNA & LUQMAN


US


CUZZY


Kak Ngah My Cousin


Paling kanan is my aunty which is Mak Pengantin


Bukan senang nak dapat kumpul macam ni


Newly wed





Paling chomeelll






Late evenig after the feast end we drove to Perak to celebrate our First Ramadhan witn in laws

See in RAYA time..