Wednesday 26 October 2016

Simposium Tutor Profesional

Assalamualaikum



 24-25 September yang lepas, berlangsungnya Simposium Tutor Profesional. Simposium ni macam ala- ala konvensyen konsep sharing macam tu la.  Only once a year. Untuk tahun ni berlangsung di Fakulti Sains Sosial di UKM, Bangi.



Isi kandungan program ni Alhamdulillah bagus la untuk semua kategori pendidik sekolah/universiti/kolej atau mana-mama institusi pendidikan milik kerajaan, swasta mahupun sendiran berhad. 



Pihak penganjur telah menjemput 8 orang speaker hebat untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang pendidikan serta bagaimana mengusaha dan meguruskan sesebuah pusat pendidikan seperti pusat tusyen/home tusyen dan sebagainya. Ilmu pemasaran juga termasuk dalam topik perbincangan dan perkongsian bagi sesiap yang mengusahakan pusat-pusat pendidikan di seluruh Malaysia.



Maka peserta seperti kami ( me+hubby ) sangat sesuai untuk attend program macam ni untuk kami mengembangkan lagi legacy home based tusyen ni. Boleh la kami apply ilmu-ilmu dan tips yang berguna masa simposium lepas.


Selain mendapatkan ilmu dari sesi 'sharing' oleh mereka-meraka yang berjaya, dapat jugak kenalan-kenalan baru. Harapan untuk simposium yang akan datang, peserta lebih ramai dan kami pula telah ada kemajuan yang banyak.







Next entry nanti NH akan share kan tips dari salah seorang speaker.



Till we meet again