Friday 18 November 2016

THE STERLING BOUTIQUE HOTEL ( REVIEW )

Assalamualaikum

Nak review pasal satu Hotel ni nama dia THE STERLING, location kat melaka. Hari tu sempat check in kejap, untuk ambil mood nak buat kerja dan relex sikit.Ni hotel kedua lepas the pines yang kitorang buat style macam ni, 

Booking pun the same day, kitorang book the only one room yang ada kat hotel tu-celebration double suit. Memang best la sebab ada extended living room. Hotel ni jenis konsep spa bath, semua bilik ada jacuzzi and spa bath.

Range harga korang boleh tengok kat internet, around RM250-RM300 (include tax ), sebab lain website lain harga, kot-kot dapat groupon ke kan. rezeki tu.

Bila da dapat bilik macam ni, memang menikmati bilik je la. Tak keluar-keluar, keluar kejap je beli makan, pastu masuk bilik balik.










Till we meet again next Hotel

p/s: before payment p check bilik punya aircond dengan internet ok ke tak, kalau tak lupakan je la



Nak Buka Current Account yang mana?

Assalamualaikum

Hari ini nak share Macam mana nak buka Current Account ataupun akaun semasa dan bagaimana nak apply. Akaun semasa ni penting untuk peniaga yang nak expand business (especiallay yang baru nak mula macam entreprise ) in future. Kalau siapa yang jenis nak betapak macam tu je anda tak de nak BIG DREAMS sangat, mungkin tak perlu.

Pertama, korang kena decide korang yang jenis support bank islamic atau jenis main hentam je, atau jenis nak pilih bank china atau bangsa-bangsa lain ( bukan apa sebab ada orang very particular about this, terpulang pada masing-masing )

Untuk nak expand business haruslah ada current account dan pergilah buka file di LHDN. Tak perlu risau dengan tax, Sebab keuntungan yang besar je baru bayar tax dan banyak cara nak release tax, janji korang simpan resit.

Kat sini ada beberapa jenama bank yang NH ada tanya pegawai dia, kalau salah info tak tau la, mungkin lain pegawai lain explanation

 MAYBANK

  • yang ni kena tengok nak patnership atau tak .
  • deposit RM2000, maintain RM1000,
  • kena ada SSM
  • Rubber Stamp Company
  • intoducer ( siapa yang ada current akaun atau akaun maybank- Info dar pegawai bank di Temerloh)
  • ( introducer ialah siapa yang ada SSM dan berniaga, Info dari Pegawai Bank kat kiosk AEON bandaraya Melaka )
  • untuk maklumat lanjut boleh betul-betul refer bank sendiri
  • boleh online banking ( transfer, check balance, deposit )
  • tiada ATM card
  • boleh pilih nk buku cek atau pun tak ( kalau nak, ada charge yang diekenakan )
  • pengurusan kauter dan machine bergantung pada branch bank, so far maybank sangat efficient, cuma terlalu ramai orang.


CIMB

  • deposit RM1000
  • Ada SSM
  • Rubber Stamp Company
  • Introducer yang ada SSM
  • Ada CIMB Clicks (online banking)
  • kaunter pun ok jugak, tak la jenis lama menunggu.


Hong Leong Bank

  • Deposit RM2000, 
  • Maintain RM1000
  • Intoducer ialah pemegang akaun Semasa HLB yang aktif
  • Online banking
  • untuk pengurusan kaunter sangat-sangat suka, sebab hampir tidak menunggu nombor giliran treus naik
  • machine sangat banyak dan laju dan always machine terkini



Bank Islam

  • Deposit RM1000
  • patnership/sole prop
  • apply buku cek
  • SSM
  • online banking tak efficient,boleh tengok balance sahaja. 
  • tiada ATM card
  • kaunter slow
  • machine pun slow
  • machine untuk deposit cheque sangat old school.
  • sangat-sangat tak recommended tapi kadang demi nak support BANK ISLAM, boleh laaa
  • Cheque clear sangat cepat within 2 hours done.

Ramai kata paling recommended ialah Maybank Berhad. Tapi NH pilih Hong Leong Berhad, sebab servis tak pernah fail, dari dalam kaunter sampai machine, staff sangat ok, machine canggih walau kat mana-mana branch ( yang pernah singgah, kuching, Batu Gajah, Temerloh, Mentakab, Melaka, Ipoh) tak pernah kecewa. Online banking dia pun best. Semua la best.

Pasal maintain wang tu pulak tu adalah dasar bank sahaja supaya nanti kalau siapa yang issue cheque tak reject kalau duit tak cukup, actually boleh je nak keluarkan semua, cuma makesure bila issue cheque atau apa-apa transcation maksure balance dalam akaunm adalah mencukupi termasuk caj.

Sesiapa yang ada info yang lebih baik boleh share di ruangan komen.

Sekian, Terima kasih