Tuesday 30 May 2017

Ramadhan yang Barokah

Assalamualaikum

Semoga terus berpuasa dan semangat untuk bekerja.

Bila dapat berbuka berjemaah tu terasa keberkatan ramdhan dan meriah. Alhamdulillah 4 Ramdhan kakak ipar dan family datang meyinggah dan berbuka puasa bersama.

Dua hari orang jamu kitabuka puasa, so turn kita pulak jamu tetamu, berabgi-bagi rezeki.

Awal-awal pagi pergi pasar dulu lah cari bahan mentah. Apa menu nak masak?? Dua menu je

1. Ayam Masak Kasih Sayang ( ayam masak bali, tak tahu apa yang bali, hehheh )
2. Ikan bawal masak stim dengan asam boi (ni resipi biasa)


Resipi menu pertama ( ikut kreativiti masing-masing )

  • Ayam yang dah bersihkan tu gaulkan dengan serbuk kunyit + serbuk lada ( sikit ) + Rosemarry (sprinkle ) + Oregano ( sprinkle ). Lepastu deep fry dalam minyak panas dan api sederhana, tak perlu garing sangat.
  • Blender bawang merah/besar, bawang putih, halia, kalau rasa nk kuah lebih boleh blender banyak.
  • blender cili kering, ikut suka nk isi banyak, kalu rasa nak pedas, boleh buat banyak.
  • Titik beberapa batang serai.
  • Daun kari

Dalam my masakan semalam I jenis da siap2 blender smua bahan-bahan tadi dan dah asingkan siapd dalam bekas. Masak dalam 8 ketul ayam, pastu cedok satu sudu je cili paste, tak nak pedas sangat, bawang dalam 5 sudu sebab suka bawang lebih, bawang putih dua sudu seba suka bawang putih, halia paste pun dua sudu gak nak kasi kluar angin. Serai guna 4 batang. Daun kari guna 4 pelepah
( benda ni tak terikat ikut rasa masing-masing )

  • Reuse minyak bekas goreng ayam tadi, gorengkan serai sampai kekuningan dan naik bau, 
  • Masukkan daun kari dan goreng garing
  • Masukkan semua bahan yang da blend tadi ( semua yang dah jadi paste tu )
  • Massakan sehingga terbit minyak
  • Isi Kicap, I guna kicap ABC sikit dengan kipas udang
  • Garam seckup rasa
  • Gaulkan semula dengan ayam da siap goreng tadi

Tadaaaaaaaaa ..da siaaapppppp




Resipi menu kedua

  • Hiris bawang besar, bawang putih, halia, lobak, bunga kubis apa-apa sayur yang korang nak yang sesuai macam capsicum batang sadery
  • asam boi tu leraikan isi dia dari biji tuk dapat rasa.
  • Lemon tu pisahkan kulit sbb kalau mausukkan hiris bulat-bulat tu sekali dengan kulit tu nanti kuah jadi pahit.
  • Perahkan lemon
  • Garam gula.
  • Gaul smua masukkan dalam tray stim ikan
  • Siap.

                                     


Sorry pic tade sebab semua tak tutup aurat sempurna and tak sempat pun nk begambor

Thank for coming sister in law, till we meet again.





RAMADHAN TIBA ( BULAN PUASA 2017 )


Assalamualaikum

Ramadhan tiba lagi, bersyukur kerana masih diberi peluang sekali lag bertemu Ramadhan, semoga segala amal ibadah dan puasa diterima,

Apa yang lain Ramadhan tahun ni buat korang? 

Tahun ni Kami tak berpeluang sambut awal puasa dengan keluarga seperti sebelum-sebelum ini. Tahun ini Alhamdulillah , Bulan puasa pertama  Arif Education Studio beroperasi. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini belum pernah beropeasi semasa Ramadhan. Tahun ini permintaan yang sangat tinggi untuk Team kami. Melihat Arif education Studio semakin membesar adalah satu anugerah yang sangat istimewa buat kami. Terasa berbaloi segala usaha, penat dan sabar. Team kami juga sudah berkembang kepada 7 orang. Alhamdulillah.

1 dan 2 Ramadhan , Arif education Studio "Full house". Konsep "coaching" dan kelas kumpulan kecil semakin mendapat sambutan walaupun masih ramai warga tempatan yang tidak faham dengan value price, its ok, will slowly educate them.

Sudah memasuki hari ketiga berpuasa pada tahun ini, Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan masih belum sempat memasak. 1st day berbuka di Alor Gajah dan second day di Bukit Katil, sambil memanjangkan silaturahim di bulan mulia.





Selamat Berpuasa semua



Sunday 7 May 2017

BERHUTANG


Assalamualaikum

Hari ini kebetulan terlintas tentang satu topic HUTANG. Hutang ini adalah satu perkara yang amat berat bila nak bayar balik. Memang seronok bila dapat barang-barang yang diidamkan tapi nak membayor nye sakit.

Sejak dua menjak ni, ramai sangat yang proposed Sabun Basuh harag RM60 ++, Periuk Nasi harga 700 kata nya multipurpose. Iron steam berharga RM1200++, Tilam berharga RM5000, dan lebih menarik kata nya, puan boleh bayar secara ansuran. Berkali-kali approach untuk menawarkan pelan berhutang ini .


Jangan paksa seseorang untuk berhutang,kita beli bila kita perlu dan mampu bukan kehendak nafsu. Ye memang boleh bayar bulan-bulan, tapi aku memilih untuk beli tunai. Kadang-kadang benda tu kita tak perlu pun dalam hidup. Contoh nya sabun basuh berharga RM60 , ak ni setakat hiudp berdua  je apa lah sangat nak beli sabun sampai macam tu, rasa nya tak perlu la kot. Pasal periuk nasi tu pulak sampai RM700 lebih, yang periuk nasi dua function ni pun sehari sekali je menyala, lain la kalau ak ni tukang jual nasi ke, tukang masak atau buat roti atau ahli keluarga lebih dari sepuluh orang mungkin aku perlu la benda tu. Pasal Iron steam tu pulak. Kalau ikutkan hati memang la nak, best je bila guna. tapi memikirkan kerja pun home based bussiness iron baju pun sehelai dua je seminggu jadi adalah satu pembaziran walapun mampu. Lagi satu berus pencuci muka yang sampai harga RM200, rasa nya tak perlu kot.

Soalan yang lazim lagi aku dapat ialah "Nurul tak nak beli rumah?? " 


Everything i want i will pay cash include house and car. So please wait. The time will come. Biar tidak memiliki dahulu dari berhutang. 

Tentang rumah ni lain orang lain pendapat, Bagi aku alhamdulillah, aku lebih selesa menyewa sekurang-kurang nya boleh menyewa rumah yang lebih selesa berbanding jika beli pasti nya rumah yang lebih rendah dari harga rumah yang disewa. Lagipun ramai usahawan-usawan, jutawa-jutawan di luar sana pilih untuk menyewa rumah-rumah mewah kerana untuk mengelakkan dari berhutang. Jadi aku memilih untuk tidak dahulu buat masa sekarang.  Insya Allah di masa-masa akan datang.

Setiap tujuan hidup orang berbeza-beza, tak semua orang hartawan memiliki rumah mewah bagai istana, mungkin mereka memilih untuk beserdehana dan duit yang mereka milik ditaburkan di Jalan Allah. Tak semua orang berharta memandu kereta mewah, kerana tujuan hidup berbeza-berbeza, yang penting kita tak tinggak dunia dan tak lupakan akhirat kerana dunia adalah jambatan akhirat.


Sesungguhnya hidup lebih tenang bila tak berhutang.
Ikut kehendak dan kemampuan masing-masing Dan jangan membazir. Syukur dengan apa yang ada sekarang. Jangan melihat apa yang masih belum dimiliki.


Wallahualam