Sunday, 22 March 2020

Good Bye Europe 2018


SELAMAT TINGGAL EROPAH. TILL WE MEET AGAIN.


Dari Brussels ambil  FLIX BUS ke airport untuk ke Dublin. Akan balik ke Malaysia dari Dublin.

Tiba di airport Dublin 1230am. Everything almost close so decided stay di airport sehingga pagi.

Akan stay one more night lagi di Dublin. Hajat nya nak bersiar-siar di Dublin, tapi rasa macam dah helpless and need rest before nak hadap long flight 16 more hours.

930am pick up rental car for one day. Ambil luggage yang tinggal kat umah my sister's friend. Tunggu check in airbnb 3pm. Just pergi je awal je la dengan harapan dapat check in awal.

Masa ni satu malam tak lelap langsung jadi agak macam blur da. Once check in , shower, lelap terus, tidur mati, set alarm siap-siap takut tertinggal flight kang naya.



Our Gadget  sepanjang masa.




Wifi password



Airbnb in Dublin



The Dining room.


The Host@owner of the place we stay.



The next day 4am we leave to the airport, jacket semua da masuk untuk nak check in. This time 10 degree macam tu. Just a quick photo.




Bidet that we use for toilet.

( Since toilet tak de paip )



Masa ni sebenar nya lagi 2 hari nak 1 syawal. Plan asal tak nak balik, tapi my sister ask to better u comeback for raya. Flight penuh. Bgaus la balik, kalua tak balik-balik alamat kena keje tesco kang. hihihih



Transit Abu Dhabi 2 jam setengah, tengok wassap kat Malaysia semua orang da sibuk balik kampung for Raya. Feeling-feeling balik Raya juga la sis. Dalam flight masa ni penuh dengan student dari Midle East nak balik Raya juga.




Taraaaaa....Jet-lag terpaksa dilupakan. Sampai kampung 730am pagi Raya, siap-siap solat raya terus. Fuhhhh..lain macam feeling raya balik dari oversea. Hahahhaha..boleh la nak berangan.

This time kulit muka kering pecah ngeri tengok.




Good bye Europe. Nice meeting u. Hopefully till we meet again. Perhaps i can be strong untuk hadap the 16 hours flight. Entah la sebab nanti usia makin meningkat. will see how. Or maybe this is my 1st and last.

XOXO Love.


Ground Cost untuk 2 orang 
  • Flixbus Brussel to nearest airport  10.20 EUR=RM49.10
  • RYANAIR ke DUBLIN 33.99EUR=RM162.97
  • RENT A CAR 24 HOURS RM300 
  • AIRBNB RM190
  • FOOD 12.30 EUR =RM59.21








Saturday, 21 March 2020

Ada apa di Bandar Brussels







3 HARI 2 MALAM DI BRUSSELS BELGIUM


Brussels ni spend 2 hari 1 malam pun dah ok. Kami plan nak rehat je di Brussel before nak habiskan our long Holiday. Ini da hari ke 20 bermusafir. Dah penat dah nak angkut beg turun naik bas dan flight. Bajet pun macam da so so je ni, walaupun cashless tapi kena catat juga. Main swap je kang tetiba decline plak, haru.

Day 1.





Selamat tinggal Amsterdam, ini la rupa bilik En Azul Amsterdam. Selesa untuk berehat santai.Thank u so much for having us.




Kawasan luar rumah




Bas ni la yang kami naik dari Berlin-Hamburg-Amsterdam-Brussels.





Sampai Brussels beli day-pass satu card boleh guna tuk beberapa orang. Check in hotel 4pm, room tak siap lagi, Sejam jugak tugggu.

Rest, solat, makan, basuh baju, charging ( sleeping time )

Day 2, berjalan jalan di Brussels

Brussels ni terkenal dengan waffle and chips, macam selalu kita tengok Belgium Chocolate so kat sini la original dia.

My sister yang suggest try and guide macam mana nak dapat yang halal, actually memang tak de pun Muslim stall cuma you just boleh tanya alcohol or non alcohol.

This is maybe my 1st and last la makan street food di negara bukan Islam, kalau nak ikutkan antara yang halal dan haram ada syubhah. So terpulang la pada masing-masing. I rasa tak yakin.






























Satu lagi attraction yang paling famous kat sini ialah.

Ramai sangat orang nak bergambar dengan budak kecik ni, budak kecik ni ada kat mana-mana je.










 Next destination Atomium, area sini ada atrraction nama nya Europoa, recomended la nak masuk, but we alls da tak de mood da. Da anticlimax da, nak balik da rasa nya.hahhaha.
Dah day 21 da kot ni



Day 3. 

Lagi satu tips nak makan chips pun kena tanya guna vegetabels oil ke tak, sebab mereka guna "minyak babi" ok, padan la sedap sangat and famous benor orang nak makan chips kat sini.

Semoga Allah mengampunkan kejahilan kita.

Sedap yakmat la chips dia.

Last day, round-round Primark

Sementara nak tunggu bas ke Airport nak ke DUBLIN, IRELAND






Till we meet again.


GROUND COST UNTUK 2 ORANG 

 1. 3 Day pass untuk train/bass 41EUR=RM197.13
2. Bas ke airport 12.00EUR=RM57.73
3. airbnb 3 hari 2 malam RM 190.05















Trip Bajet ke Amsterdam 3 Hari 2 Malam






June 2018 

Nak kongsi pengalaman trip 3 hari 2 malam di Amsterdam.

Day 1. 

Arrived di Amsterdam Central jam 730am dari Hamburg Central, 7 jam perjalanan. Kami da book bilik Malaysian yang dah menetap di Amsterdam. Saje la cari orang Malaysia. Beli daypass untuk guna terus 3 hari lebih jimat. Day pass ni ada zone dia, hanya boleh digunakan di zone yang ditetapkan. Day pass lebih jimat.

Finally arrived rumah En Azul, alhamdulillah,lega yang panjang sebab last mandi di Hotel Berlin. Refresh solat semula subuh tadi bum tido!!! Nikmat. Alarm at 4pm, berat sebenarnya nak bangun, tapi tu la rugi la kan. 
 

I memang da aim nak tengok windmill. Da googel siap-siap arah mana nak pergi, screenshot sebab tak beli data. Kat sini ada sikit kesilapan, daypass yang beli tu da terkeluar zone jadi rugi banyak juga la.so boleh refer di blog lain tuk dapatakn daypass yang betul.



This is 
Zaanse Schans






















Zaanse Schan ni agak jauh juga la dari town dalam 45 minit ke sejam macam tu la.

Da selesai bervideo bergambar, balik semula ke town dan leisure sahaja di town. Nampak je cerah macam tu kan, padahal da 930pm masa ni. Sampai rumah En Azul da 10pm. En Azul da bawa kawan-kawan Malaysian lepak. Kami ( En Azul )masak-masak, makan dan tido lagi jana tenaga untuk esok.

Yang paling kebetulan rupanya my sister and my brother pun penah stay di tempat EnAzul.










Day 2 

Giethoorn.

3 hours long journey nak pergi Giethorn ni, Dari Malaysia lagi memang da aim nak p sini. Malaysian jarang yang pergi sini ketika tu ramai yang tak tahu. Kalau siapa tahu tu En Azul kat rare la. Kalau ada plan nak ke Giethorn memang kena spend 1 hari dan gerak seawal 830am-930am.

Beli train tiket single pass going and comeback. better awal sebab kalau terlepas u all da killing the time.

Nasib tak berapa baik sangat sebab hujan, tapi syukurlah, kalau betul-betul nak spend time kata nya jalan kaki 4 jam nak round satu kampung ni.

Giethorn ni tiada kereta, mereka pakai boat macam ni, hampir setiap orang ada la boat dia sendiri.
Memang tenang la kampung ni. Orang Amsterdam sendiri pun tak mampu nak beli rumah kat sini kata nya 500K Euro, ramai owner sini dari UAE, and Arab, info dari tourist guide.

Orang belanda sendiri pun tak nak duduk sini, ialah bukan ada mall ke apa ke, kampung je cuma cantik la. Indah tak dapat nk ungkapkan. Tenang, nyaman. 
































Tak berapa nak ada tenaga nak jalan, hujan lagi so around 4pm gerak semula ke Amsterdam, sebelum balik ke sarang haruslah cari landmark Amsterdam, sebenarnya ada 3, cari la mana-mana yang u all senang nak access.

  


Day 3 kemas-kemas nak ke Brussels, Belgium.

Going to miss Amsterdam soo much, banyak lagi tempat yang tak pergi tapi i just choose Giethoorn as my main attraction.

Ground Cost untuk 2 orang


1. Day pass  35 EUR=RM 168.20
2. Kerugian di Zaanse Schans 23 EUR=RM 110.58
3. Tiket ke Giethorn 78EUR=RM375.01
4. Tour boat Giethorn 15 EUR=RM72.11
5. Accomodation 110 EUR


Tak de spend untuk food sebab bekalan masih ada lagi. No shopping tak muat beg.
if nak beli fridge magnet ke apa ke around 1 ke 5 EUR je harga dia.