Assalamualaikum
Sambungan entry lepas sambil menunggu sahabat sebab terawal sejam, berjalan-jalan sekitar masjid nabawi, Subhanallah tenang, damai, udara yang dingin-dingin x berapa nak panas
Kawan saya Aini Salim dan suami datang tepat pada waktu yang dijanjikan. Slesai bertanya khabar dan bersalam-salaman, Syukur akhir nya barang yang dikirim bertukar tangan. Mereka bawa kami ke tempat-tempat yang travel tak bawa dan mungkin lalu sahaja. Memula kami singgah di Universiti Madinah, Memandangkan Uni ni hanya lelaki sahaja, maka kami hanya begambar di luar, Nampak macam panas, tapi biasa-biasa sahaja. Windy ~
Bersama Sahabat di Universiti Madinah
Depan maktabah Universiti Madinah
Then kami ke Masjid Qiblatain ( masjid dua kiblat atau peralihan kiblat ). Menurut mereka, slalu nya travel hanya lalu dan tak stop di masjid ni. Alhamdulillah dapat menunaikn solat sunat 2 rakaat di masjid ini.
Kemudian kami ke masjid Tujuh di mana perang Khandaq ( parit ) berlaku. Hanya begambar sahaja
Sekitar masjid Khandaq
Selseai berjalan-jalan, kami ke kedai air buah yang memang terkenal dia arab saudi yang buah nya 100% asli. Slesai kami ke rumah mereka, bersembang, berjamu, dan azan zohor berkumandang terus ke masjid Nabawi.
Di kediaman Sahabat yang terleteak berhampiran Masjid Qiblatain
Alhamdulillah selesai tugas ziarah walaupun sekejap tapi sangat bermakna, semoga ukhuwah dan silaturahim akan berterusan.
Rindu nya Bumi Madinah, Terlalu rindu
Rindu nya Bumi Madinah, Terlalu rindu
Selawat ke atas nabi
~continue~
entry seterus nya perjalanan ke Rawdah masjid nabawi ( taman syurga )
~continue~
entry seterus nya perjalanan ke Rawdah masjid nabawi ( taman syurga )
Nantikan
No comments:
Post a Comment