Monday, 6 April 2015

Perjalanan Umrah ku (part 3)

Assalamualaikum

Dah banyak sngat entry pasal madeenah and now time for umrah this entry might be long ...will see

Hari ke empat di tanah haram selesai zohor di masjid nabawi terasa sedeh sangat nak tinggalkan bumi madeenah. Dan apa orang cakap kat tanah haram ni memang makbul. Masa i smpai dan masuk masjid terigin sangat 
nak tengok payung dia terbuka and tutup dan juga bumbung masjid yang boleh buka. Alhamdulillah last zohor tu dpat tengok. Subhanallah, indah!!


Selesai zohor, terus bersiap-siap mandi sunat ihram dan pakai pakaian ihram  ( menutup aurat bagi perempuan, yang tidak berjahit bagi lelaki ). Sebelum mengerjakn umrah kita perlu berniat di miqat, kami menuju ke bir ali untuk bermiqat. Selesai solat sunat ihram dan berniat, maka semua pantang larang ihram mesti dijaga. perjalanan ke makkah lebih kurang 4 jam. Sepanjang perjalanan kita digalakkan untuk bertalbiah, berzikir dAn selawat.






Di bir ali

Sampai di makkah jam 1030 malam, kami check in,berehat dan makan malam. Selesai semua maka tepat jam 1am bermulala ibadah umrah kami. Kami menuju ke masjidil haram, bertawaf, saie, dan bertahallul. Alhamdulillah selesai ibadah umrah.






Pertama kali melihat masjid haram dan kaabah, subhanallah, tak terkata syukurnya dapat jejakkan kaki pad usia begini. Terfikir berapa ramai orang yang mampu dan berhajat ke tanah haram tapi masih belum sampai.


Ak sempat mendoakan semua supaya berpeluang ke sini,lagi,dan lagi.
Pasang la niat, berdoalah,ikhlaskn hati, in sya allah, allah mudahkan perjalanan kalian.


Umrah yang kedua dan seterusnya

Sekiranya anda nak menunaikn umrah seterusnya, kita perlu mengambil niat di miqat taneim,massjid siti aisyah. Miqat yang paling dekat di Makkah. Anda boleh menaiki bas atau teksi.

Tambang bas 3 riyal tapi kita kena tunggu bas penuh baru jalan. Cadangan saya naik teksi, satu teksi 20 riyal sehala, jadi bila anda ad 4 jemaah boleh kongsi 5 riyal seorang. Berhati-hati dengan arab, anda perlu jelas dengan harga tambang sebelum naik, da sampai destinsi baru bayar tambang. Jika ambil dua hala, sampi di masjid haram baru bayar.

 Peringatan!! Bila naik yeksi harusla lelaki yang naik dahulu,dan bila tutun perempuan dahulu, dikhuatiri perempuan dibawa lari. 

Teksi sangat banyak berhampiran hotel dan di masjid haram juga ad tempat teksi berhenti kena turun escalator depan zam-zam tower.

Segeralah menunaikan umrah,nikmatnya.


Selalu nya bila di Makkah kita akan di bawa ziarah, seperti gua thur , hira, jabal rahmah, tempat melontar haji, tempat wuquf dan mina serta masjid.




Jabal rahmah







zam zam tower



Semoga entry perjalanan makkah dapat membantu u alls

No comments:

Post a Comment