Thursday, 11 June 2015

Hukum Faraidh: Pembahagian harta pusaka

Assalamualaikum

19 mei lepas NH hadir short talk by a speaker yang berpengalaman meguruskan harta pusaka dan Pembahagian mengikut faraidh di Level 1, block B Hong Leong PJ city.

Walaupun ada jugak sedikit sebanyak pasal faraidh tapi banyak yang tak tahu. Wahai suami, isteri, kakak, abang sekalian. Faraidh ini Wajib ke atas ummat Islam, boleh rujuk surah annisa.

So, kali ini NH nak kongsi apa yang NH dapat dari talk pasal faraidh ni. Ada salah silap mohon tegur, sebab ni hanya perkongsian ringkas

First diberi masalah Contoh jika si suami meninngal dunia, harta si mati automatik jadi harta pusaka dan wajib difaraidhkan. Harta terbahagi kepada dua harta tak alih dan hrta alih ( movable and immovable property ). Harta tak alih contoh tanah atau rumah dan harta alih, pinggan mangjuk, baju, kereta hatta sebatang pen menjadi harta pusaka.

First sekali waris terdekat perlu uruskan jenazah ( kafan-solat-kebumi ) kat sini waris boleh guna harta si mati. Owh take not bawaha kenduri tahlil arwah adalah tidak wajib  dan mana-mana amalan tak wajib maka tidak boleh guna harta si mati. Yang kedua perlulah melangsaikan hutang si mati. Lebihan harta tersebut baru la dibahagikan kepada waris terdekat.

Siapa waris terdekat?? Contoh suami meninggal maka waris ialah Ayah, ibu, isteri, anak-anak si mati. Jika semua waris ini tiada barulah pergi kepada adik beradik, bapa saudara, dan seterusnya ke tempat-tempat kebajikan seterus nya ke baitul mal.

Berapa bahagian setiap sorang?? ayah dan ibu si mati peroleh 1/6 dari keseluruhan harta selepas selesai hutang. Isteri 1/8. ingat ye isteri 1/8 sahaja, jangn ambil lebih makan HARAM nanti. Jika si mati tiada semua waris ni maka baru pergi kepada adik beradik, bapa saudara, anak yatim, seterusnya baitul mal.

Wasiat kepada waris adalah tidak sah. Wasiat hanya sah kepada bukan waris tetapi limit 1/3 dari harta pusaka.

Maka apa pilihan yang kita ada?? Kat sini datang nya kepentingan Hibah, dan kat sini jugakla penting nya kita bertakaful kaum-kaum isteri dan ibu sekalian

Dalam plan takaful yang saya ambil, ada bahagian supaya duit perlindungan dan simpanan di Hibahkan supaya tidak timbul masalah selepas kita meninggal dunia.

Orang kata, "alaaaaaaaaaa, nanti da mati tak pikir da harta-harta ini semua..." Tapi ingat, penting nya kita neninggalkan ahli keluarga dengan aman dan damai. Nanti keadilan tetap akan dituntut di akhirat kelak.

Selain itu, bertakaful jugak menggalakan kita saling bantu membantu dalam masyarakat kerana konsep takaful itu sendiri adalah sebuah pengurusan risiko dan musibah yang kita tak pasti bila datang menjemput.

Maka semua JOm la kita sign up pelan takaful.Da terlalu banyak syarikat yang menawarkan pelan-pelan yang bagus. Tapi NH plih MSIG sebab duit yang kita bayar 100% adalah saving kita. Macam mana dia boleh 100% ?? Sebab syarikat ini betul-betul menepati syariah compliance yang tidak menindas pencarum.
Walaubagaimanpun ada beberapa terma dan syarat yang kita perlu faham.

Siapa yang tengah mencari dan nak buat perbandingan boleh la hubungi

0173820636
Atau terus ke Level 5 Block B Bangungan HLA PJ city, Selangor Darul Ehsan

Sekian


No comments:

Post a Comment