Monday, 6 July 2015

Catatan Mahkamah Majistret 3

Assalam

Hari ini hari pertama sebagai pelatih dalam kamar ikut master pergi court for criminal kes. Itu pun aku minta sebab bosan sangat duk kat ofis. Client tak nak datang and avoid call.
 ( conveyancing)

Sehari sebelum tu aku da review file criminal tu, satu kes ialah "bunuh anak" satu lag kes dadah. Haizz, sedih ak tengok. So i have  an idea about the case.

Semasa di Mahkamah, banyak benda aku terfikir, how come a young girl muka suci bersih macam "happy" je duk dalam jail dan macam tak de rasa apa. Ya allah aku doakan orang macam ni diberi petunjuk dengan allah. Dan yang paling sedih dia tak kawen pun, cohibited with her boyfren become pregnant and mak angkat dia jaga dia dan ambil anak dia jaga tetibe tah macam mana anak dia boleh mati kena lambung pecah kepala, plak tu boleh la dia sanggup tanam anak dia. Aku rasa kalu orag macam ni punya hati kering dan  berani if dia  guna tempat yang betul da jadi jutawan da.

Kes kedua pulak tiga orang lelaki dituduh memilikii dadah, mengaku bersalah dan seorang penagih. As usual procedure mahkamah minta rayuan semua la bagi ringankan hukuman. Antara sebab-sebab rayuan ialah tak bekerja, tinggal bersama ibu, ibu megidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan parkinson. Kalu aku jadi hakim tu and kalau penal code tu tak de aku da cakp da "padan la muka kau kena penjara, tak sedar diri, tak bekerja, mak sakit pastu penagih"  faham tak rasa dia?? apsal la orang-orang macam ni eh?? beli dadah tu kan pakai duit, da kalau tak kerja macam mana?? aduuuh laaa.. sedeh la dengan masyarakat macam ni.

Tu belum masuk lagi aku ada nampak budak sekolah, pakai baju sekolah lagi tu, entah kes apa la pulak budak tu dengan kena gari bagai. Mak bapak kat situ, aduhaaii kesian weyh, 

Terjumpa plak dengn satu parents ni anak dia kena tangkap merokok di kawasan awam dan bawah umur, hailaaa, pastu budak tu buat selamba je, sebak hati aku dengar bila mak dia cakap "kenapa buat macam ni??  kan belaja lagi, kan mama da pesan benda tak elok jangan la buat, kena tau undang-undang baca belaja kat sekolah, kalu tak susah la jadi mcam ni"


Even dulu, aku masih ingat mak ayah aku pesan kalu buat jahat, kena tangkap polis pandai-pandai setle sendiri jangan nk babitkan mak ayah, cakap je anak yatim piatu ke apa ke pandai-pndai korang la.

Yes kitorang adik beradik ada la nakal nye jugak, kena panggil ke kena denda ke ada masalah kena tangkap ngn cikgu ke pandai la kitorang setle sendiri. Sebab mak cakap benda wangi je bawa balik umah benda tak elok tak payah sebab mak ajar benda baik-baik je dan selalu pesan macam-macam.


Wahai anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, walaupun kadang kesalahan tu bukan la berpunca 100% dari kalian mungkin sebab ibu bapa kurang kasih sayang atau apa-apa la, tapi fikirlah, sampai bila nk jadi mcam tu??please la kalu nk rebel pun in positif way,

Aku pun penah jadi budak-budak and penah rebel, kalau nak cakp mak sakit hati tu memang ada, tpi end up please in positif way that you can live happy ever after, at least korang boleh amek contoh peguam yang bela korang.  Korang nak duduk kat tempat sama macam peguam tu or korang nak duduk dalam kandang tertuduh.
its your choice.


Pergi court selalu buat aku insaf dan berfikir semoga Allah memberi petunjuk dan Rahmat pada kita semua.

Sekian
Pelatih dalam kamar

No comments:

Post a Comment