Saturday, 23 September 2017

Awana Genting Highland Resort@Family Gathering

Assalamualaikum

Disebabkan raya kan sebulan jadi last of syawal which is 29th of syawal after semua orang dah habis puasa 6, the whole family gather at Genting Highlands. Kenapa Genting ?? Will story more.

Alkisah nya few months before dapat call dari mom tuk set kat satu tempat for family gathering sekaligus dengan mesyuarat keluarga. ( ini family memang lain macam sikit siap ada meeting ) kot-kot dalam meeting mak bapak nak kasi segala harta kot. kihkihkih, berangan je la u alls.

So as usual la, aku ni kan memang AJK segala benda dalam family, dalam hati nak set kat Lexis Penang, tapi bila pikir balik nak pergi Penang tu bukan main jauh dia, dah lagi dengan mom yang sakit kaki, ayah yang tak bape sihat, adik aku yang on call 24hours kat hospital tu, jadi nya Genting adalah tempat yang paling nice, just 1 jam je dari rumah and of course the weather buatkan jadi lebih "dramatik" so tak de la orang semua bising panas la apa laa.

So i book for 3 days 2 nights sebab nanti kalau 2 days one night apa je yang korang boleh buat, nanti rushing. So Abah pun bagi arahan gather and check in at 3pm, meeting start at 530pm. Pergi asing-asing jadi check in asing-asing. Semetara nak tunggu everyone check in so kitorang yang da sampai ni bersiar-siar dulu dan ini lah hasil nya.

Camhowring u alls.










After that meeting start. blablabla, so serious. Abah buat macam ala-ala tamrin. Which is good for family bonding, everyone will keep in touch, and start to know each other, ye la masing-masing bila da besar da kawen da buat hal sendiri susah nk jumpa, ipar duai tak bercakap kang masalah jugek.
Siap ada soal selidik apa and segala macam slot la yang abah buat. ABAH Is the best da in the world ( for me ), i feel so lucky. As usual sesi kuliah subuh kuliah maghrib solat jemaah include.

Masak-masak thing we did it together.




The next day after breakfast, sesi family photo, at the 1st place, nak shoot kat white studio tapi susah nak gather everyone so sesi foto sendiri je la then we continue our after meeting , ada slot cable car dalam tentatif yang abah buat. Memandangkan ada plak Genting Premium Outlet, jadi menyiggah kesitu la dulu lepas tu naik atas. Seumur hidup ak la ni la ak 1st time naik gondola tu naik sampai atas. Duk lalu beribu kali pun even kalau nak balik perak dari temerloh cross ikut genting tu pun tak penah nya naik. So this is my 1st time. So far atas sana tak de apa sangat setakat ni dijangka siap 2018. I dont know, but for future im not interested pergi sana.






Kalau nak cerita out of this family story ak rasa macam orang cina yang si pemilik genting ni memang sangat hebat la. So many people every second orang akan beli tiket tuk naik gondola tu. Ibarat nya sekali ko kelip mata tu da berbilion kot masuk dalam akaun dia tu. Ramai weyh.

Tapi memang nampak lagi ramai foreigner la dari Malaysian, terus terfikir how they did their marketing?? Macam mana boleh sampai ke tahap ni, padahal bukit kot, yang landai yang senang nak buat ni pun tak terbuat. Ini adalah agenda yang perlukan perancagan yang sangat rapi la ( tolak tepi la yang casino tu dulu ).

After da habis tour and tak de apa-apa sangat pun kat atas tu just a sopim mall, so we had our family dinner. After that balik apartment lepas tu sambung meeting balik.





3rd day,






check out, till we meet again.









No comments:

Post a Comment