Thursday, 4 August 2016

Arif Education Studio ditubuhkan ( pindah tempat baru )


Assalamualaikum

Alkisahnya, maklum semua tahu ( melalui blog ini ) bersama suami menjalan kan sebuah servis perkhidmatan kelas mandarin dan home tuition.kerana kepakaran kami adalah membantu mereka yang mahu menguasai Bahasa Mandarin  serta memerlukan seorang guru bimbingan mahir yang boleh hadir ke rumah demi menangani masalah ibu bapa yang bekerja sehingga lewat petang. sekian dulu tuk yang kat sini.


Disebabkan kami menjalan servis ini dari rumah ke rumah client/student, bermaksud kami mengajar secara private di rumah student sendiri maka kami tidak perlu sebuah premis yang besar untuk disewakan atau untuk tempat tinggal. Cukupla sekadar menyewa rumah yang sederhana yang mempunyai cuma dua bilik yang boleh muat dua  katil single u alls kerana kami cuma berdua. Masih teringat status Saiful Nang seorang photographer terkenal suatu ketika menegaskan rasa bersalah kerana masih ada space di rumah beliau kenapa tak dikongsikan. Jadi atas dasar itu juga kami tak mahu membazir kerana tiada keperluan.

Lebih kurang sekitar hujung tahun 2014, permintaan kelas-kelas tusyen dalam kumpulan kecil serta kelas mandarin untuk dewasa mula meningkat bukan sahaja perlu ke rumah student namun ada yang mahu datang ke tempat kami. Jadi kami ubah suai sedikit ruangan supaya ad keselesaan untuk pelajar dek cuaca yang terlalu panas harus la penghawa dingin juga dipasang. Ok so tengok dari luar memang sangat macam tak selesa, tapi masuk dalam in sya allah selesa. Sampaikan ayah mertua pernah tegur ruangan tu da macam hotel. hehhehe.

Memandagkan semakin hari permintaan semakin meningkat sekitar tahun 2015 ( tak de la meningkat sangat tapi ada la), NH dan suami mula menubuhkan sebuah ARIF EDUCATION STUDIO di premis yang sangat la petite itu. boleh muat 5 orang je.. lebih-lebih da tak muat u alls. Rumah tu cuma ada 2 bilik sahaja. Bila orang dewasa nak belajar kelas mandarin tak kan nak duduk atas lantai, walaupun modul kau bagus cemana pun, impression orang pada sesebuahg premis sangat la penting. daripada orang nak datang belajar terus tak jadi belaja sebab tengok premis nye cenggitu. Maka kami pun sudah mula memikirkan untuk myewa premis yang lebih proper dan mendafar kan syarikat juga.



Finally we found a suitable place. Menyiapkan deposit premis yang ermm boleh tahan besaaq nya dalam masa 24 jam, Dan bermulalah sesi PINDAH. pada sekitar hujung Oktober. Owh seriusly pindah memang sangat mencabar dan memenatkan dan kami cuma berdua. Sudahla ketika itu NH seorang pelatih dalam kamar pula. Maka sebulan kami angkut barang hari-hari secara beransur selama sebulan sebab tak sewa lori.

Setelah sebulan sesi angkut mengangkut kecuali hari minggu dan tolak masa nak mengajar lagi, secara rasmi nya bulan Disember 2015 sudah pindah ke tempat baru. Yeay!! syukur sangat bila ada nampak sedikit hasil. 3-4 Bulan juga membuat keputusan kerana memikirkan komiten yang meningkat 70 % dari sebelum nya sebab premis lebih besar dan selesa.

Berbekalkn sedikit simpanan hasil dari kerjaya kami semenjak berkahwin maka kami siapkan ARIF EDUCATION STUDIO dengan sederhana dan penambahan dari masa ke masa. Alhamdulillah sudah 7 bulan kami beroperasi di tempat baru dan kami gembira dapat memberikan sedikit keselesaan kepada pelanggan dan pelajar-pelajar kami.

Ye la kalu dulu cuma perlu satu penghawa dingin tapi sekarang da kena install 4. Bil letrik juga harus la meningkat. Namun begitu masih banyak yang perlu disiapakan dari segi Interior design supaya menjadi sebuah studio yang diidamkan.


Kini kami juga sudah mula mencari guru-guru tambahan yang expert dalam sesuatu subjek terutama subjek Kimia kerana masih belum ada guru Kimia lagi. ARIF EDUCATION STUDIO juga ada menyediakan perkihidmatan perundingan untuk pelajar-pelajar universiti contohnya pelajar di Open Universiti  untuk menasihati dan membimbing kerja-kerja kursus yang diberikan pensyarah-pensyarah dek kerana kesuntukan masa yang perlu dibahagikan dengan tugas hakiki sebagai penjawat awam dan swasta.










Untuk lebih maklumat dan info terkini boleh click link
 http://arifeducationstudio.wixsite.com/

Like Facebook kami 
https://www.facebook.com/arif.edustudio/
https://www.facebook.com/easy.mandarin.malacca/

Sekian, till we meet again


No comments:

Post a Comment