Wednesday, 31 August 2016

Mudahnya Bila Ada Medical Card ( Pelan Takaful ) - Review

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru-baru ini telah dijadualkan untuk menjalani rawatan pembedahan di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hospital ni memang mahal dan sangat ekslusif bagi saya seorang yang biasa-biasa. Layanan staff nurses dan staff hospital sangat 1st Class dengan bilik single bed siap dengan Menu Order Western pun ado. Masya-allah Kalah  Hotel 5 Bintang.

Total Bil Hospital Semua adalah RM16,000.00. weyh 16k tu, sape nak bayar?? Alhamdulillah bukan saya yang bayar tapi syarikat takaful yang saya carum setiap bulan yang bayar. Bila kita ada pilihan, maka kita boleh buat pilihan, Tapi kalau da tak de pilihan mamca mana?? Nak merayu minta derma bergadai harta. Minta Jauh. Bila da sakit  kalau boleh kita nak kan rawatan yang terbaik yang kita boleh afford. Ikutkan 16 ribu ni saya pun tak mampu. Kalau ada saving pun mungkin ada yang lebih penting tuk difikirkan mungkin boleh pilih Hospital Kerajaan yang waiting list nye panjang dan kurang keselesaan. Ada juga kawan saya yang perlu kan rawatan berjumlah sebegini tapi dittangguhkan dek kerana tiada mengambil apa-apa skim perlindungan. Di sini la baik nya Takaful/Medical Card

Semasa di Hospital, oleh kerana proses yang sangat cepat memang tak sempat nak beritahu semua orang, tau-tau je everything da selesai, hanya sempat beritahu kawan-kawan terdekat sebab rindu nk jumpa mereka jadi ini boleh jadi kesempatan untul berjumpa dan mendapatkn doa dari mereka. Hanya Family dan Family Mertua sahaja yang tahu.

Masa di hospital adalah seorang pakcik berumur lingkungan 60an berkata pada suami "Bila la kita nak dapat rawatan di Hospital Mahal macam ni??" Saya tersenyum,.. Ye pakcik, sebab tu la saya promosikan pelan perubatan hospital dulu tapi ramai yang tolak dan buat tak tahu. Kawan-kawan yang datang melawat pun tiba-tiba da start nk fikir nanti nak check dengan company dan check status kewangan untuk ambil pelan perubatan Hospital. Alhamdullillah syukur, mereka sudah nampak apa yang saya promosikan selama ini.
Niat saya sebenarnya nak mudahkan kalian dan bantu kawan-kawan.



Ye begitula fungsi medical card. Sakit tak menunggu usia. Demam sikit je kita da tak larat nak tunggu berjam-jam di Hospital Besar, inikan pulak Sakit post-surgery. Perlukan tandas yang selesa dan segala-galanya selesa. Secara Psikologi nya anda tak stress kemungkinan untuk cepat sembuh lebih tinggi. Ini benar mengikut pengalaman sendiri juga.

Proses untul meggunakan Medical card anda selalu nya akan diterangkan oleh ejen atau wakil-wakil syarikat. Kalau yang saya punya senang je, Hospital request GL, lepastu da boleh masuk. Makesure penyakit korang adalah bukan existing illness before korang sign up. Kalau medical less than one year mungkin akan ad sedikit investigation macam tu la. Depends pada jenis pelan korang

Saya adalah pelannggan dan pengguna Medical Card Dari Hong Leong MSIG Takaful. Yes, saya sangat berpuas hati dengan servis dari pihak syarikat sangat cepat proses walaupun pada mula nya ad beberapa query.

Alhamdulillah sekarang saya melalui pos-surgery dan berehat di rumah

Kepada kawan-kawan dan anda semua sign up la Medical Card, bukan sahaj anda saving malah memudahkan urusan anda ketika ditimpa musibah disamping dapat bantu orang lain. Kita tak nampak penting nya sekarang tetapi bila keadaan tiba, yes, sangat memerlukan.

NAK SIGN UP dengan saya pun boleh
NURUL HARDY
017 3820636



p/s: Sorry pic tak de, tapi bilik saya ada wardrobe siap dengan hanger, peti sejuk, dan talifon ( intecorm ), TV, personal toilet and bathroom serta kemudahan-kemudahan perubatan lain

Till we meet again

No comments:

Post a Comment