Saturday, 27 August 2016

CERITA HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!! ( Raya da habis dah pun, cheyh )


Alhamdulillah, Raya yang ketiga bersama suami dan keluarga dan kali ini masih berpeluang beraya di kampung halaman sendiri ( tak pernah lagi tak beraya dengan family sendiri, nampak gaya tahun depan confirm tak, hahahhaha , tapi mana la tau kan..hehehe)

Balik kampung dua hari sebelum raya. Kali ini raya pun sangat sederhana sebab tak sempat nak "nyopim" langsung. Mujur ada sepasang dua baju baru, kita duk pakai hak tu je la. Alkisah nya memang eksaited la sebab tahun ni turn sepupu sepapat ipar duai beraya kat kampung. Benda dua tahun sekali kadang-kadang 4 taun sekali kalau dorang beranak time puasa da tak dapat beraya. Ok ni memang eksaited adik kita dari egypt pulak balik beraya kat Malaysia tahun ni. Memang rasa complete sangaat aihhh..



TETAPI, kita hanya mampu merancang Allah menentukan. Salah sorang ahli keluarga kami pada sahur Ramadahan terkahir jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital berdekatan dan tunggu punya tunggu segala doa dan harapan tapi keadaan nya masih belum stabil. Maka kisah Raya dah bertukar jadi lain. Walaubagaimanapun Perjumpaan ahli keluarga pada malam raya di rumah orang tua kemudian menyusul ke ruman  nenek tetap diteruskan seperti tahun-tahun sebelum walaupun seorang ahli telah berkurang


Takbir Raya, sedeikit Tazkirah serta maf bermaafan tetap diteruskan walapun musibah menimpa. Setelah itu, di rumah nenek juga berlangsung perkara yang sama. Meriah juga sebab ramai ahli-ahli baru tak kisah la menantu/sepupu baru ataupun cucu baru. Bila lagi nak macam ni kalau tak Raya. Sebab tu Allah jadikan Hari Raya.

So jadual Hari Raya pertama kami adalah solat Sunat aidilfitri kemudian terus ke Hospital untuk sesi ziarah. Malang nya pihak hospital masih menggunakan waktu melawat rasmi walaupun ia nya cuti umum. Pertama kali dalam sejarah kami sambut Hari Raya di Hospital. Tiada rendang, ketupat dan segala juadah Hari Raya, Tiada "perarakan seluruh ahli kaelurga kami" dari satu rumah ke satu rumah. Lain sunggu pada kali ini, namun tetap bermakna.


Kebetulan pada waktu petang adalah giliran Kami adik beradik perempuan yang kena stay kat Hospital sampai dapat panggilan sedara jauh nak datang umah. Ok jemput datang tapi juadah-juadah sangat la biasa sahaja.
Alhamdulillah sudi datang beraya ke rumah orang tua kami.
Terima kasih.













No comments:

Post a Comment