Sunday, 12 July 2015

Raya dulu-dulu V Raya Sekarang

Assalamualaikum

Pagi tadi tetiba recall pasal raya masa zaman kecik-kecik dulu. Sekarang ini orang sibuk duk perkatakan raya zaman gadjet dan zaman internet, macam-macam cadangan kata nya suh tutup intenet la, letak gadjet dalam bakul la macam-macam kat laman sosial sekarang ni. Tadi masa log in Maybn2u pun da siap ada E-duit raya, yang boleh transfer guna phone and  cardless withdrawal, canggih  betul.

Dedulu masa zaman tak de phone, nk dapat handphone pun payah, ayah pun tak pakai mobile phone apetah lagi anak-anak, apa hiburan malam raya dan di hari raya masa kitorang kecik-kecik dulu. Bila balik kampung ada kazen pergi sungai senya-senyap, mandi sungai sampai da pandai berenag, macam mana dornag belaja tak tau.

Pastu sepupu sepapat laki yang dari bandar kuantan and shah alam bawa bali segala majalah komik, ujang, lawak gila-gila edisi bumper raya, majalah tu duk main take turn bergilir-gilir nak baca. Lepas tu ad sesi borak sampai pagi, al maklum ad yang memang setaun sekali je jumpa, kalau tak raya memang tak berjumpa la kami.







Malam-malam main mercun ( masa tu tak de pun kisah putus jari ke apa, elok je ) bunga api, daun terup, chess, lawan "dam aji" memang tengah in la masa tu, meriah weyh, dua orang duk main yang lain-lain duk tengok. Masa tu sepupu jumlah semua sekali 35 orang kot. Bayang kan la 35 oran ni duk besorak kat tepi tu. Memang syiookk habis. Yang part memasak nye, kukur kelapa, perah santan, jaga api, kejor ayam nak sembelih. Zaman sekarang mana nak ada da benda- benda cenggini. Rindu zaman raya kat kampung dulu.

menda alah ni kalau tak de zaman tu memang tak dapat la



Yang paling best solat jemaah sama-sama, malam raya takbir, tazkirah, so ada sesi siapa yang nk becakap luahkan perasaan. Rindu abessss..


Zaman da trending sikit, adalah sorang dua sepupu dar bandar bawa balik nokia sabun ke daun ke tak tau la, tapi masa tu harga dia seribu lebih gak.



Kira kat phone tu da ad video kan?? Memang da semua orang tertumpu kat mende alah tu, lepas tu lagi taun da ramai sikit yang ada mobile phone, masa tu trending SMS pakat duk kat satu port ni sebab situ je ada line celcom kot ke maxis, zaman tu satu sms 10sen-20sen.

Apa pun sebenarnya bila kita inggal kan gadjet and beraya tanpa gadhet pun syok jugak la. meriah jugak. lagi meria kot rasa nya.

Entah la terpulang pada masing-masing, bukan tak boleh berinternet tapi hargai la masa yang ada bersama ahli keluarga yang kadang-kadnag raya pun belum tentu sempat jumpa.

Selamat hari raya semua

Monday, 6 July 2015

Recognition & Appreciation Day Di Tabung Haji Hotel Kelana Jaya


Assalamualaikum

Saja nak update apa berlaku 4 JULY 2015. Dapat invitation dari company yang ada NEW YEAR KICK OFF ( company financial year start 1st july-30 June following year ). Event start at 2pm tapi decided gerak 730pm sebab nak singgah-singgah banyak tempat.

1st NH singgah NILAI sebab nak delivery policy client sekali ajak dia pergi majlis tu. Lepas tu ke Bangi central konon nak shoping baju raya sehelai dua. About 45 minutes keluar masuk butik kat situ, last-last tak jadi beli. Hahahaha. Tapi ok la if nak beli online da tahu la jenis kain dan saiz semua da boleh agak la.

Next pergi Puchong pulak sebab nak ambil order kuih tart nak delivery pada customer. Lepas tu should pergi shah alam sebab nak delivery satu polisi lagi, tapi macam dah penat so stay kejap dekat rumah auty dalam satu jam. Lepas tu gerak ke Kelana Jaya, registration terus tukar t shirt and masuk dalam.

Penceramah jemputan Encik Rosli so inpiring dia buat sales 7 miliion per year kot, yang aku ni baru terhegeh-hegeh setakat 40k je setaun apa la sangat. So terus berazam new financial year ni nak produce more sales eventhough i tengah chambering. 

Di akhiri dengan juadah berbuka puasa yang sanagt enak tapi tak dapat nak makan banyak sangat sebab da full perut kecik je and nk gerak balik melaka da Safely arrived Melaka 12am, fewhhhh such a tiring day. Thats why biznesman beli kereta luxurious bila drive tak la penat sangat. Terpaksa balik jugak sebab 9am i ada kelas mandarin.








Sekian

Catatan Mahkamah Majistret 3

Assalam

Hari ini hari pertama sebagai pelatih dalam kamar ikut master pergi court for criminal kes. Itu pun aku minta sebab bosan sangat duk kat ofis. Client tak nak datang and avoid call.
 ( conveyancing)

Sehari sebelum tu aku da review file criminal tu, satu kes ialah "bunuh anak" satu lag kes dadah. Haizz, sedih ak tengok. So i have  an idea about the case.

Semasa di Mahkamah, banyak benda aku terfikir, how come a young girl muka suci bersih macam "happy" je duk dalam jail dan macam tak de rasa apa. Ya allah aku doakan orang macam ni diberi petunjuk dengan allah. Dan yang paling sedih dia tak kawen pun, cohibited with her boyfren become pregnant and mak angkat dia jaga dia dan ambil anak dia jaga tetibe tah macam mana anak dia boleh mati kena lambung pecah kepala, plak tu boleh la dia sanggup tanam anak dia. Aku rasa kalu orag macam ni punya hati kering dan  berani if dia  guna tempat yang betul da jadi jutawan da.

Kes kedua pulak tiga orang lelaki dituduh memilikii dadah, mengaku bersalah dan seorang penagih. As usual procedure mahkamah minta rayuan semua la bagi ringankan hukuman. Antara sebab-sebab rayuan ialah tak bekerja, tinggal bersama ibu, ibu megidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan parkinson. Kalu aku jadi hakim tu and kalau penal code tu tak de aku da cakp da "padan la muka kau kena penjara, tak sedar diri, tak bekerja, mak sakit pastu penagih"  faham tak rasa dia?? apsal la orang-orang macam ni eh?? beli dadah tu kan pakai duit, da kalau tak kerja macam mana?? aduuuh laaa.. sedeh la dengan masyarakat macam ni.

Tu belum masuk lagi aku ada nampak budak sekolah, pakai baju sekolah lagi tu, entah kes apa la pulak budak tu dengan kena gari bagai. Mak bapak kat situ, aduhaaii kesian weyh, 

Terjumpa plak dengn satu parents ni anak dia kena tangkap merokok di kawasan awam dan bawah umur, hailaaa, pastu budak tu buat selamba je, sebak hati aku dengar bila mak dia cakap "kenapa buat macam ni??  kan belaja lagi, kan mama da pesan benda tak elok jangan la buat, kena tau undang-undang baca belaja kat sekolah, kalu tak susah la jadi mcam ni"


Even dulu, aku masih ingat mak ayah aku pesan kalu buat jahat, kena tangkap polis pandai-pandai setle sendiri jangan nk babitkan mak ayah, cakap je anak yatim piatu ke apa ke pandai-pndai korang la.

Yes kitorang adik beradik ada la nakal nye jugak, kena panggil ke kena denda ke ada masalah kena tangkap ngn cikgu ke pandai la kitorang setle sendiri. Sebab mak cakap benda wangi je bawa balik umah benda tak elok tak payah sebab mak ajar benda baik-baik je dan selalu pesan macam-macam.


Wahai anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, walaupun kadang kesalahan tu bukan la berpunca 100% dari kalian mungkin sebab ibu bapa kurang kasih sayang atau apa-apa la, tapi fikirlah, sampai bila nk jadi mcam tu??please la kalu nk rebel pun in positif way,

Aku pun penah jadi budak-budak and penah rebel, kalau nak cakp mak sakit hati tu memang ada, tpi end up please in positif way that you can live happy ever after, at least korang boleh amek contoh peguam yang bela korang.  Korang nak duduk kat tempat sama macam peguam tu or korang nak duduk dalam kandang tertuduh.
its your choice.


Pergi court selalu buat aku insaf dan berfikir semoga Allah memberi petunjuk dan Rahmat pada kita semua.

Sekian
Pelatih dalam kamar