Monday 17 June 2019

Nurul Hardy Berlin, Germany 2018


Ini la keadaan tunggu bas jam 230am, bas London yang merah tu, ngantuk ya amaat masa ni. Sabo je la. Solat Subuh ditunaikan dalam train/bas sahaja. Solat subuh dalam tidur agak nya.

Dalam bas dalam train Lenaaa, On board je Lena, tau tau da landing. Tiket ke Berlin ni beli masa kat Cork, masa tengah packing barang n review semula our intinerary. Seach tengok ada tiket 9 euro memang beli terus la.

Ni la keadaan kul 230am, sejuk ya amaat. Sabo tunggu bas dalam bas da ad heater.



Taraaaaaaaaaaa.. Berlin Germany.Kalau kat Malaysia yang have have je drive Mercedez kan. Hamek kat Germany , taxi semua Mercedez, dah kata kereta buatan Germany ye dop.
Pilih je Mercedez apa korang nak. Mercedz ni macam ala-ala proton je kot.



Kenapa pilih Berlin, sebab dulu arwah atok pernah menetap di sini. And also during my lawschool subject Jurisprudence law memang ada study pasal Berlin wall n bla bla dan segala mak nenek Nazi dll, disebabkan tak berapa nk menjiwai subjek tu, maka i tak faham la apa yang jadi Berlin wall ni. Lantak, la yang penting exam da pass. Hahhaha.

One more , Germany is my Favourite football team during FIFA World Cup, zaman-zaman Miroslave Klose dengan Khan memang rajin follow.


So we check in, the 1st day gagal untuk keluar. Dihabiskan masa tidur dalam bilik sampai waktu berbuka.

Alhamdulillah dapat tunaikan solat teraweh di koridor bilik. Udara nyang nyawan dan meyejukkan. Merasa la solat pakai coat bagai. Gambar tak de sebab orang lain da tidur. Memang recharge habis.

Di german kita ambil bilik 5 orang terus. Jimat dan mudah. Masa ni da tak sempat nak cari apartment ke apa ke, janji ada tilam bantal toilet da ok da.

2nd day activity

Uniknya stesen keretapi mereka tiada sebarang pagar atau guard ye. Tapi semua orang automatik akan ke machine ticket tuk beli tiket, ni menggambarkan tahap kejujuran mereka yang sangat bagus untuk dicontohi. Insaaaf.




Sini dia boleh beli gropu tiket so lebih murah, dan tiket tu boleh guna ikut zone dia. Beli di Machine di stesen keratapi. Disarankan tuk bawa debit/credit card sahaja.

1st destination p tengok rupa Berlin Wall tu, Memang tebal betul ikut sejarah mereka terpisah dari wall tu, siapa yang cuba panjat terus kena bunuh dan dan tu juga. Keinsafan terasa sikit masa tu.

( boleh la p google pasa kisah Berlin Wall ni )




Ni la keadaan Berlin wall nya.

Note : Train Liverpool Station - Stansted Airport RM288 untuk 5 orang.









Nurul Hardy London Part 3 June 2018 : Oxford street , Malaysian Hall

Disebabkan bulan June 2018 tu ialah bulan puasa, jadi malam tu kami dapat invitation dari DR Borhan dan DR Zainab berbuka puasa di rumah mereka. DR Borhan ni orang Temerloh, kenalan parents aku. Mereka memang da menetap di LONDON dan da beli rumah di sana.





Alhamdulillah selesai berbuka siap dapat bungkus lagi. Nikmat nya dapat makan proper homecook and nasi. Kalau tak makan nasi dengan lauk-lauk instant je.

Gambar memang tak sempat ambil, almaklum bila puasa 19 jam rasa macam semua nak ngap. huhuh.

The next day tu baru dapat tahu yang we have to stay in LONDON for one more night tapi booking tak cukup sehari. Stress pulak nak cari bilik lain. Finally manage to find bilik 5 orang satu bilik. Ambil je terus sebab by 2am da nak kena move ke Airport.

Bilik tu murah je cuma 25.92GBP sahaja = RM140.85 ok la tu 5 orang dan nk transit sekejap je. Hotel ni ada sharing kitchen.

 The next day after checkout and check in to new room. ( huru hara juga la naik turun tukar bas heret luggage) da siap check in kami sambung jalan ke Oxfor Street, kata nya terkenal dengan tempat membeli belah.
Memang design kat sana wooow. but no space for shopping, cuci-cuci mata sahaja.


Coach Outlet 
Memang awesome
price pun awesome
( the price memang murah dari outlet Malaysia and design tak de kat Malaysia )


Lamchamp outlet



Oxford street




Malam tu bersiap-siap ke Malaysian Hall sebab dapat invitation dari Pegawai yang jaga pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tu pun kenalan mak aku. Kira nya datang London ni ada sesi ziarah dan erat silaturahim.

Dapat lagi merasa masakan asli Melayu and proper homecook. Alhamdulillah, siap bungkus buat bekalan di masa hadapan.huhuh.










After da selesai jemaah dan taraweh balik bilik packing 2am nk kena gerak ke Liverpool station untuk ke Stansferd Airport and we take BERLIN GERMANY as our next destination.

fuuuh jauh lagi perjalanan



Wednesday 12 June 2019

Nurul Hardy Trip Kota London Part 2 : Big Ben, London Bridge, Madame Tussaud dll

Assalamualaikum. Sambung balik entrty London Day 2.


Kitorang pergi planing sendiri je tak de pakai pakej or tour guide. Memang 100% tergantung pada google maps and manual maps.


 Masa kat bilik da sesiap buat route nak lalu mana.





Aku pun tak tahu pun benda alah Big Ben ni. Masa ni tengah construction kat belakang tu




Berlatar belakang kan Big Ben ( under construction, spoil sikit view dia )




Eye on London, sebab dia London so kena la bergambar juga en. Sebelah Big Ben tu, jalan jalan nanti jumpa.



Ni pulak dekat Buckingham Palace, Konon bajet dalam kepala nak bergambar depan pagar dia yang gah tu. Rupa nya ada "Changing guard Ceremony" yang macam korang tengok dalam citer Mr Bean tu.

Ramai ya amaat orang, tak tahu la wat time dorang sampai dan beratur.


Boleh la tengok-tengok dari jauh masa ni.






Next kita pergi Tower of London ( ni kalau orang kita panggil London Bridge )





Dalam castle belakang tu boleh masuk kalau nak tengok dalam, tak sure tiket masuk berapa.


Tower Of London





Jalan jalan sampai Trafagar square London.  Kata nya ada laungan azan kat sini baru baru ni (2019 )

Kat sini juga la famous tempat burung merpati kalau ada tengok cerita lama lama, macam citer hindustan yang SRK berlakon tu. Tapi now Merpati nya da tak banyak, dah tak meriah.






Next nak sangat pergi Madame Tussauds ni, bukan ada apa sangat, Muzium patung Lilin je dalam ni. now kat mana mana pun ada. Tapi disebakan dia London. Hhahaha.

Tiket dia memang agak tercekik jugak la.

70 GBP untuk 2 orang  = RM 380

kalau siapa yang tak de bajet tak recomended la datang sini setakat nak tengok tu je kan, RM 380 boleh la buat jalan jalan kat lain.

Dah datang sini beli juga satu key chain RM22 ( sekadar  buat kenangan )




Kat sini tak de apa sangat nk disclose bajet sebab semua da guna Oyster card yang dah ada credit dalam tu untuk naik bas dan train.

End of Day 2 London.







Nurul Hardy Trip Ke London 2018 Part 1



Assalamualaikum. Lama betul nak sambung balik. Now we take London after Italy. Kita arrived di Stansted Airpot London. Dalam satu jam juga ambil masa tuk refresh dan cari tarnsport nak ke tempat penginapan. Kami ambil bas, dalam satu jam setengah juga nak sampai Kota London. Kita stop di Victoria Station. Kata nya London tak boleh pay and tap, kena beli osyster card tu, macam Touch n Go. Satu kad tu harga 10  Pound, belum masuk topup lagi, so beli la 5 , da lepas bayar baru baca notis yang boleh je guna credit card/debit card pay n tap. Benda tu baru juga la implement. So after this siapa nak pergi da tak perlu beli osyter card lagi.



So kami naik train sampai ke stesen Vauxhall London. Di Vauxhall ni ada station bas juga. So tempat penginapan ni di area Vauxhall. After check in, refresh sikit, so terus gerak ke Hyde Park, Hyde Park ni besar dan banyak entrance, depends masuk dari mana so berbeza experience. Dan excited jugak nak naik bas merah 2 tingkat London tu. Hahha.




Check - in  London Stay, sumber Airbnb. Nice stay



Here Hyde Park

Hyde Park ni macam tempat wajib for Malaysian traveller, tapi park ni biasa biasa je bagi kitorang. Kalau tak pergi pun ok je. Cuma kalau nk tengok Duck & Swan tu ok la.





 












Next is Harrods, orang kata da sampai London ni wajib la sampai Harrods ni. Orang kata laaa. Harrods Ni dia macam shopping mall mewah ala ala pavillion gitu. Semua barang branded ratusan Ribu ada la kat sini. Jejak je la kaki kat sini, tak sempat nak explore. Bila orang story pasal Harrods tak la Jakun sangat nanti. Tapi Harrods ni level2 hi class la. Kebetulan that day kita decide untuk puasa. Just "touch and go" sahaja, beli la choc Harrods tu. Tips nak beli kena tanya without alcohol or for vegetarian.

Sekadar merasa sahaja





Dah beberapa hari makan makanan bekal dari Malaysia sekadar nya. Jadi hari ni memang plan nk beli dinner total 25 pound kebab and ayam goreng. Sedap ya amaat. Ok la puasa pun dari 330am-930pm. Celebrate la sat.

Before sleep check fon dulu maksure ofis kat Malaysia da buka ke belum sebab sebelum tidur jam di Malaysia 8am staff semua da masuk so kita pun sleep.

Good night day 1 end.


Travel Calculation untuk 5 Dewasa.

1.  Penginapan 2 malam 40 £ airbnb

2. 1 unit Oyster card 10  £ - RM 54.34

topup 20  £ - RM 108.68 ( untuk satu kad )

3. Food 29  £










Saturday 9 February 2019

PERCUTIAN BAJET KE VENICE ITALY


Assalamulaikum

Next after Switz we take Venice.

We book Airbnb at Mira, agak jauh juga dari town Venice. mungkin salah teknikal masa tengok maps kot. Lepas tu dah la salah arrangement dengan tuan rumah. So we alls duduk luar apartment dekat sejam juga. Sabar je la, travel ni macam macam ujian.

Da dapat masuk rumah, rehat mandi terus decide nak jalan jalan town venice, kita naik bas satu jam juga baru sampai Venice sebab stop stop station.  Apa lagi ambil peluang tidur dalam bas.


So tak recommend stay dekat Mira ni. Jauh. But not bad. Air bnb kami sangat selesa.

Jalan jalan petang waktu ni jam 8pm.













Waktu ni kami survey  bandar Venice untuk di-explore keesokan hari nya. Basically Venice ni  bandar atas air, dia ada banyak pulau pulau sekitar nya. Boleh beli satu tiket 20 euro untuk round semua pulau pulau ada keistimewaan tersendiri. Tapi memang kena ambil masa seharian nak jalan abes satu Venice ni.

Lagi satu Venice ni famous orang naik Gondola, nanti akan ada orang tu nyanyi . Harga dia kalau 6pm ke atas lebih mahal macam 20 euro kot tul 45 mins. Aku deicide tak naik sebab macam biasa je kot bagi aku dan air sungai dia macam tak memberasangkan je. Hahhaa.

Kalau nak feel dia macam kita naik boat dekat The Mines atau Melaka River Cruise tu,
 lebih kurang macam tu la gaya tapi dia macam ala ala sampan boleh naik maximum 4 orang je. dia.

Masa duk Melaka bila orang ajak naik River Cruise kemain berlagak tak nak naik, nak tunggu konon nak naik cruise kat Venice baru la kelaaas. Hhahah.. Last last Venice da depan mata tak naik jugak Gondola nya. hahhaha..

Moral jangan nk berlagak sangat, tapi memang takde keinginan pun nak nak river cruise Melaka tu , on that time sungai Melaka bau Longkang, Now da ok banyak.  Sape nak fefeeling Venice boleh datang Melaka je k.


 DAY 2 

Kita ambil bas dari rumah penginapan, sampai town Venice kami beli tiket tu 20 euro seorang.

 Masa ni hanya kami bertiga yang pergi , our parents tinggal di rumah penginapan sebab memang tau  mereka tak kan larat jalan punya.dan kami dah janji akan tunggu di Terminal Bas Venice pada 5-530 pm, parents kami tersalah faham dan da tunggu seawal 4pm. Malang nya kami muncul di Terminal pada 6pm. iItu pun da berjalan dengan kadar yang paling laju . Kesian parents kami tunggu kat situ. Parents kami memang tak on Data atau tak on mana mana simkad kerana kami memang bergerak sekali. Cuma kali ni je. tu pun sebab kedegilan abah. Haizz, abah abah ni la kan, tapi hebat juga la dorang boleh sampai town Venice dari Mira tu naik bas berdua. Hadoiiii.. Risau juga, tapi da pesan da naik bas apa dan tunggu kat mana.

So saje nak abadikan peristiwa ni. Mak pesan kalau di luar negara kita da janji tunggu sampai jumpa. Kalau selepas beberapa jam baru kita akan ambil tindakan mencari. Kebtulan mak puasa masa ni. Jadi kami berbuka di Terminal saje sementara tunggu yang bas nak ke penginapan.

Bandar Venice ni sangat cantik, kena jalan kaki je, orang kata da jalan jalan pusing kiri kanan rupa dia macam sama je, macam kita da sesat dalam tu. So memang nak kena ada maps. Dan kena follow maps tu, if not memang akan sesat.

Cuaca di Venice pada masa ni early June, so sangat panas dan kering, kena minum banyak air.





Nak merasa buah di luar negara. Sedaaap.




 Sorry masa ni tak puasa Harap Maaf














Jalan jalan terjumpa outlet LUSH ni, masa ni LUSH belum ada di Malaysia. Dan ini pertama kali aku ke LUSH, sambil nk rehat dan nak aircond free sebab panas. ( tapi tak berpeluh ).

Kebetulan masuk dalam outlet ni dia pasang lagu Despacito, memang kena sangat la dengan Italy ni.

Bagi aku produk LUSH ni unik juga.





















 Kami pun mula naik feri atau dia panggil water taxi yang kami da beli tiket tadi untuk ke Pulau Burano dan Murano.

setiap pulau sangat istimewa

( boat yang kita naik tu bukan yang macam dalam gambar belakang tu)






 Penduduk kat sini memang tak guna kereta, mereka ad speedboat sendiri park kat tepi tepi bangunan tu, macam sorang satu ada. 











 Masa ak post pic ni kat Instagram ada pulak orang komen " ye ke Venice, macam kat Melaka je" 
Ok fine mungkin dia tak pernah datang Melaka dan tak pernah ke Venice. Dan memang kebetulan Melaka ambil konsep dari Venice tuk kawasan Pulau Melaka dan di namakan Rivera dan Porto Historic di area Kota Laksamana. Aku pun ignore je la komen tu.














Day 3, kemas kemas barang check-out till our next destination. Dua malam di Venice ni sempat la basuh baju dan keringkan.

Masa di airport nak tunggu boarding, ambil peluang mengaji, masa ni kan bulan puasa.
Nampak mak memang macam da kepenatan ya amat tu, tapi dia juga bercita cita nk travel europe. Kata nya cita ciat masa kecik. Alhamdulillah.




Till We meet again.