Wednesday 12 June 2019

Nurul Hardy Trip Kota London Part 2 : Big Ben, London Bridge, Madame Tussaud dll

Assalamualaikum. Sambung balik entrty London Day 2.


Kitorang pergi planing sendiri je tak de pakai pakej or tour guide. Memang 100% tergantung pada google maps and manual maps.


 Masa kat bilik da sesiap buat route nak lalu mana.





Aku pun tak tahu pun benda alah Big Ben ni. Masa ni tengah construction kat belakang tu




Berlatar belakang kan Big Ben ( under construction, spoil sikit view dia )




Eye on London, sebab dia London so kena la bergambar juga en. Sebelah Big Ben tu, jalan jalan nanti jumpa.



Ni pulak dekat Buckingham Palace, Konon bajet dalam kepala nak bergambar depan pagar dia yang gah tu. Rupa nya ada "Changing guard Ceremony" yang macam korang tengok dalam citer Mr Bean tu.

Ramai ya amaat orang, tak tahu la wat time dorang sampai dan beratur.


Boleh la tengok-tengok dari jauh masa ni.






Next kita pergi Tower of London ( ni kalau orang kita panggil London Bridge )





Dalam castle belakang tu boleh masuk kalau nak tengok dalam, tak sure tiket masuk berapa.


Tower Of London





Jalan jalan sampai Trafagar square London.  Kata nya ada laungan azan kat sini baru baru ni (2019 )

Kat sini juga la famous tempat burung merpati kalau ada tengok cerita lama lama, macam citer hindustan yang SRK berlakon tu. Tapi now Merpati nya da tak banyak, dah tak meriah.






Next nak sangat pergi Madame Tussauds ni, bukan ada apa sangat, Muzium patung Lilin je dalam ni. now kat mana mana pun ada. Tapi disebakan dia London. Hhahaha.

Tiket dia memang agak tercekik jugak la.

70 GBP untuk 2 orang  = RM 380

kalau siapa yang tak de bajet tak recomended la datang sini setakat nak tengok tu je kan, RM 380 boleh la buat jalan jalan kat lain.

Dah datang sini beli juga satu key chain RM22 ( sekadar  buat kenangan )




Kat sini tak de apa sangat nk disclose bajet sebab semua da guna Oyster card yang dah ada credit dalam tu untuk naik bas dan train.

End of Day 2 London.







No comments:

Post a Comment