Wednesday 23 January 2019

PERCUTIAN BAJET SWITZERLAND DAY 2




Hi, Selepas dari Harder Kulm, iaitu top of Interlarken, kita gerak ke Lauterbrunen, dah tak jauh da,  sebab Lauterbrunen ni pun area Interlaken. Kita cari tempat nak check in,  masa tu da around 7pm kot. Then jalan jalan sekitar. Sebenarmya da penat sangat, tapi gagah kan juga, jalan dalam 1km je da give up. So ini je la hasil bergambor yang dapat. Dan menikmati cuaca, suhu, udara petang di Lauterbrunen, memang nyaman sangat.

Waktu ni da jam 8pm, da tak de orang kedai semua da tutup. Siang agak panjang pada sekitar penghujung May. dalam kul 10pm  macam tu baru gelap. Untung nya berjalan waktu summer.



View dari bilik hotel







Malam tu kami dapat info jika  nak naik ke Jungfrau, dengan tiket yang lebih murah kena beli tiket pada 630am. (masa ni dengar rasa macam nk pengsan sebab penat, so mesti tidur 4 jam je pastu da kena bangun demi tiket murah) half price tu.

Tiket murah seorang CHF180, satu lagi dapat naik 1st so orang tak ramai lagi, lebih syok sikit. 7am naik train ni ambil masa satu jam setengah nak sampai atas. Lama, tapi tak terasa lama sebab keindahan alam dia. Masya allah.

Mula mula hairan juga, first time naik train yang mendaki. Jika anda berpeluang sampai sana nanti memang menakjubkan macam mana train tu boleh sampai atas,

Cuba korang imagine naik Gunung Kinabalu guna train. Macam tu la rasa dia. Teknolgi dia canggih betul.

So ni pemandangan dari dalam train




Semakin dekat dengan salji, pertama kali nampak salji depan mata. Subhanllah.









Train ni ad stesen, nama stesen tu Wangen, dia macam ada satu bandar atas ni, u alls boleh je nak jalan jalan kat sini. Dan tunggu train lain tuk nak naik atas.

Tapi sebab  memang save energy so kita tak jalan pun kat Wangen. Memang naik tren ni boleh je tidur sebab satu jam setengah nak naik atas, tapi teruja nak tengok pemandangan, hilang semua ngantuk dan penat.




Dalam train tak de orang la sebab pergi 630am



Senibina rumah di Lauterbrunen






Selepas da turun dari Jungfrau sampai bawah dah jam 3pm so kami bersiar siar kat bawah .
















 Day 3 check-out dari Base Cafe dan drive nak ke Zurich. Singgah di bandar Luzern, katanya  bandar ni terkenal untuk membeli belah, entah la, i olss tak de apa yanh nk dibeli, beli fridge magnet ajo la.




Jalan jalan ambil gambar sajo.









 Di luzern ni terkenal dengan tarikan jambatan panjang tu, malas nak jalan situ ambil gambar dari sini je la.



Selesai singgah di Luzern terus menuju ke Zurich lebih kurang sejam setengah lagi perjalan menaiki kereta.

6pm check in, rehat, malam malam buka email nk check flight tiket to next destination sekali hanya satu hand carry seorang sahaja.


Setiap seorang dari kami ada dua bag, satu cabin luggage dan satu bag-pack, total 5 orang jadi ada 10 beg dan nak kurangkan jadi 5 beg je. Puas la nak mengemas malam tu.

Apartment kali ini ada 3 bilik, 1 dapur, 1 toilet, satu ruang tamu siap dengan balcony, dekat je dengan stesen train, apartment yang agak selesa fully furnished complete. Selesa untuk berehat.

Good bye Switz, ada rezeki jumpa lagi. Tapi mengenangkan 14 jam dalam plane, macam masuk dalam waiting list yang tah ke berapa la.



Travel Calculation untuk 5 dewasa 
1. Room di Base Cafe ( 2 single rooms, 1 triplet room ) total cost untuk 1 malam CHF 200 (5 dewasa ) jadi seorang CHF 40 = RM162.57
Sharing toilet concept/sharing kitchen dekat dengan train station.

2. Tiket train ke Jungfraujauch ( Top Of Europe ) dibeli pada jam 630am lebih murah total nya adalah
CHF 675 untuk 5 orang

1 orang = CHF 135 = RM 549

3. Apartment Swisstar di Zurich  = CHF 160 = RM650 untuk apartment 3 bilik satu dapur ruang tamu dua toilet dan kelengkapan lain.

1 orang = RM110
4. Shopping fridge magnet di Luzern CHF 7.5 =RM30.85 ( bagi ak mahal )

5. Shopping Lindt Chocolate shop CHF17.5=RM71 ( bagi ak murah gila weyh macam half price dekat Malaysia dengan limited edition flavour puas hati beli )

6. Total Car rental CHF215 =Rm873 ( 5 orang )

Mungkin boleh buat lagi murah dari kena research lebih lagi. Bagi aku da Alhamdulillah sangat.  Switzerland currency memang tinggi.






























Monday 21 January 2019

PERCUTIAN BAJET SWITZERLAND DAY 1


Assalamualaikum.

We continue to the next journey. So after Paris we went to Switzerland. We were facing seriously "flight delay" up to 5 hours.  Seriously exhausted sampai ada announcement tuk return tiket.

Finally about 11pm we were depart to Switzerland.  Kita stop at Basel airport, and masa tu da midnight and tinggal satu je taxi yang boleh muat tuk 5 orang. Kebetulan masa tu hujan lebat sangat. 

I booked a really nice apartment konon nya nk berehat sebab penat di Paris. Tapi tak de rezeki 1am kita sampai at the house. And the house is soo nice. Seriusly, but what to do, tak de  rezeki. Tak sempat pun nak ambl gambar rumah tu sebab da penat sangat.

The next day, woke up early walaupun mengantuk ya amat sebab baru tiga jam tidur da kena wakeup for subuh and nak pergi ambil kereta sewa. 


Kereta sewa tu kena ambil kat aiport patut nya nak ambil malam tadi tapi sebab flight delay and everything da close. Sepatutnya kita plan nk gerak awal pagi tapi sebab penat, nak ambil kereta lagi last last 11am baru gerak so ada miss few places juga la.



Sekitar Old Town, Bern






First stop kita pergi Old Town di Bern. Bern ialah ibu negara Switz. Dua jam juga kot ke sana, lepas tu kita teruskan perjalanan ke Harder Kulm- Top of Interlaken.














After that kita gerak ke Interlaken iaitu tempat yang kita akan bermalam selama dua malam. Kita stay di Base Cafe. Betul betul depan train station. So kalau naik train pun ok. Base cafe ni jenis toilet sharing. Biasa la kalau yang tak sharing pricey sikit la kan harga bilik dia. 

Walaupun kepenatan sangat sebab drive dari pagi beratus kilometer, tapi gagah jua pergi bersiar-siar petang. 


End of  enjoyable and amazing day in Switzerland.


Financial

  • Basel  Apartment  2 rooms ( tuk 5 persons ) - 114CHF= RM 478 
  • (seorang RM95.60 )

  • Kos kereta sewa 5 seaters - selama 4 hari- RM1355 
  • ( seorang RM271 )

  • Tiket ke Harder Kulm RM133 seorang.



Tuesday 1 January 2019

MELANCONG KE PARIS


Assalamualaikum


Our first country is France. Kita pergi France naik Low cost airlines dari airport Cork. Masa immigration check yang nak scan barang tu makesure barang  liquid semua mesti below 100ml sahaja ok dan kena letak dalam satu plastik transparent. Airport mereka ada sediakan. So semua jenis liquid kena masukkan dalam tu. Misal nya u alls bawa kicap ke sos cili ke semua kena within 100ml sahaja.



Taraaa, da sampai Airport France yang sangat besar.
Nama Airport nya Charles di Gaulle

                                





Kurang lebih view bandar France, boleh nampak Eiffel tower dari atas ni.



Sampai sampai airport kita kena beli tiket daily pass atau pass yang boleh access tuk beberapa hari.

Macam touch n go juga la.




Masa dalam tren, masa hari first ni kami cari hotel sesat jugak, sampai hotel je da petang da siap siap kemas n settle down makan n mandi  konon nak jalan tapi macam da penat je so rasa macam nk tidur bincang punya bincang so decide tak jadi la nal pergi tengok view Eiffel tower waktu malam better tidur  and rehat esok jalan satu hari.

Mujur juga tak pergi sebab esok nya kami dapat tahu yang eiffel tower ni tutup.

Masa ni bulan May, bandar Paris ni panas dan kering, matahari dia terik dan tak de awan memang boleh sunburn ( sila pakai sunblock tebal tebal )and dehidrated sangat. Kena minum banyak air dan refill air siap siap dari hotel sebab air mineral mahal ok RM20 sebotol. Cuaca nya tak sama macam di Ireland sejuk dan menyamankan.

The next day kita terus check out dan cari central untuk simpan beg beg. 



macam ni la keadaan tempat simpan bagasi di stesen central Paris






Boleh terus bayar kat situ guna debit kad.

FYI kita datang europe lebih baik bawa debit kad dari cash sebab  da ramai kita dengar duit hilang kena ragut kena pau kena curi so better bawa debit card je lebih selamat.



Stesen central ni juga la yang tempat Shah Rukh Khan berlakon dengan Kajol dalam citer Dilwale Dilhania Le Jayenge. Nak jugaaaa hindustan mode. hahhaha.




Sebab kan kita da ada pass tuk naik tren tu so boleh Toucn n Go memana je dalam town Paris ni



Adalah Arch De Triomph. Kata nya boleh naik atas tu tapi bertiket la. So kita pilih untuk tidak naik.

Berjalan ke sini pun sebab tourist attraction je tak tahu apa apa pun pasal monumen tu.
Kalau tahu lebih baik la, sekarang google kan ada.







Gambar aje jadi la, nak masuk dalam tapi entah la macam lain macam je guard dia. Tak jadi la masuk









Mula mula rasa pelik juga la kenapa semua orang nak p kat sini padahal "besi karat " je pun. Tapi bila tengok betul betul dengan mata sendiri, Masya allah cantik juga tower ni. Allah bagi ilham kat hamba dia buat tower ni dan jadi sumber rezeki tuk mereka sebab pelancong datang. orang yang jual souvenir kat sini ada yang da pandai cakap Melayu and macam macam bahasa pandai. Punya la ramai touris kat sini.

Tower ni pun boleh naik dan bertiket dan beratur. Kami tak naik masa ni.














Memang cantik betul tempat ni. Disebabkan panas ya amaat memang cepat rasa penat.


Next destination ke Musee De Lourve, dalam ni pun boleh masuk dan bertiket percuma untuk pelajar sahaja jadi jika anda pelajar bawa la kad pelajar.










Lepas ambil beg kami decide pergi airport awal sebab our parents pun da penat , mereka nak rehat solat dan makan di airport.

Sebab kan masa ni bulan puasa, ada yang puasa dan ada yang tak puasa ambil rukhsah musafir. Puasa di europe masa summer ni hampir 20-22 jam juga.



Jadi gini la keadaan kami Orang Malaysia di airport mula nya nak cari port tepi tepi tapi plug dia tak function terpaksa la tengah tengah alam ni masak maggi and makan.

Fewwwhh sedap betul, Mi Ruski plak tu.




Till the next day


Bajet

1. Tiket flight low cost lebih kurang 10-20 euro sahaja.

2. Season/daily pass di Paris tuk dua hari 48 jam 9.50 Euro  ada 10 tiket kat sini tiket dia macam kena beli in group of 10 macam tu lebih murah. Ni masa 2018 la tak tau la nanti kalau ada rules baru.

(RM 45.33)

3. Kena beli juga Tiket khas train ke airport pergi dan balik ( RM142.20)

Tiket tike ni semua boleh beli di airport kena jalan keluar sikit la.

Semua currency ni kami guna Debit/Kredit Kad HSBC. 

till we meet again