Tuesday 1 January 2019

MELANCONG KE PARIS


Assalamualaikum


Our first country is France. Kita pergi France naik Low cost airlines dari airport Cork. Masa immigration check yang nak scan barang tu makesure barang  liquid semua mesti below 100ml sahaja ok dan kena letak dalam satu plastik transparent. Airport mereka ada sediakan. So semua jenis liquid kena masukkan dalam tu. Misal nya u alls bawa kicap ke sos cili ke semua kena within 100ml sahaja.



Taraaa, da sampai Airport France yang sangat besar.
Nama Airport nya Charles di Gaulle

                                





Kurang lebih view bandar France, boleh nampak Eiffel tower dari atas ni.



Sampai sampai airport kita kena beli tiket daily pass atau pass yang boleh access tuk beberapa hari.

Macam touch n go juga la.




Masa dalam tren, masa hari first ni kami cari hotel sesat jugak, sampai hotel je da petang da siap siap kemas n settle down makan n mandi  konon nak jalan tapi macam da penat je so rasa macam nk tidur bincang punya bincang so decide tak jadi la nal pergi tengok view Eiffel tower waktu malam better tidur  and rehat esok jalan satu hari.

Mujur juga tak pergi sebab esok nya kami dapat tahu yang eiffel tower ni tutup.

Masa ni bulan May, bandar Paris ni panas dan kering, matahari dia terik dan tak de awan memang boleh sunburn ( sila pakai sunblock tebal tebal )and dehidrated sangat. Kena minum banyak air dan refill air siap siap dari hotel sebab air mineral mahal ok RM20 sebotol. Cuaca nya tak sama macam di Ireland sejuk dan menyamankan.

The next day kita terus check out dan cari central untuk simpan beg beg. 



macam ni la keadaan tempat simpan bagasi di stesen central Paris






Boleh terus bayar kat situ guna debit kad.

FYI kita datang europe lebih baik bawa debit kad dari cash sebab  da ramai kita dengar duit hilang kena ragut kena pau kena curi so better bawa debit card je lebih selamat.



Stesen central ni juga la yang tempat Shah Rukh Khan berlakon dengan Kajol dalam citer Dilwale Dilhania Le Jayenge. Nak jugaaaa hindustan mode. hahhaha.




Sebab kan kita da ada pass tuk naik tren tu so boleh Toucn n Go memana je dalam town Paris ni



Adalah Arch De Triomph. Kata nya boleh naik atas tu tapi bertiket la. So kita pilih untuk tidak naik.

Berjalan ke sini pun sebab tourist attraction je tak tahu apa apa pun pasal monumen tu.
Kalau tahu lebih baik la, sekarang google kan ada.







Gambar aje jadi la, nak masuk dalam tapi entah la macam lain macam je guard dia. Tak jadi la masuk









Mula mula rasa pelik juga la kenapa semua orang nak p kat sini padahal "besi karat " je pun. Tapi bila tengok betul betul dengan mata sendiri, Masya allah cantik juga tower ni. Allah bagi ilham kat hamba dia buat tower ni dan jadi sumber rezeki tuk mereka sebab pelancong datang. orang yang jual souvenir kat sini ada yang da pandai cakap Melayu and macam macam bahasa pandai. Punya la ramai touris kat sini.

Tower ni pun boleh naik dan bertiket dan beratur. Kami tak naik masa ni.














Memang cantik betul tempat ni. Disebabkan panas ya amaat memang cepat rasa penat.


Next destination ke Musee De Lourve, dalam ni pun boleh masuk dan bertiket percuma untuk pelajar sahaja jadi jika anda pelajar bawa la kad pelajar.










Lepas ambil beg kami decide pergi airport awal sebab our parents pun da penat , mereka nak rehat solat dan makan di airport.

Sebab kan masa ni bulan puasa, ada yang puasa dan ada yang tak puasa ambil rukhsah musafir. Puasa di europe masa summer ni hampir 20-22 jam juga.



Jadi gini la keadaan kami Orang Malaysia di airport mula nya nak cari port tepi tepi tapi plug dia tak function terpaksa la tengah tengah alam ni masak maggi and makan.

Fewwwhh sedap betul, Mi Ruski plak tu.




Till the next day


Bajet

1. Tiket flight low cost lebih kurang 10-20 euro sahaja.

2. Season/daily pass di Paris tuk dua hari 48 jam 9.50 Euro  ada 10 tiket kat sini tiket dia macam kena beli in group of 10 macam tu lebih murah. Ni masa 2018 la tak tau la nanti kalau ada rules baru.

(RM 45.33)

3. Kena beli juga Tiket khas train ke airport pergi dan balik ( RM142.20)

Tiket tike ni semua boleh beli di airport kena jalan keluar sikit la.

Semua currency ni kami guna Debit/Kredit Kad HSBC. 

till we meet again









No comments:

Post a Comment