Monday 29 February 2016

KULIAH AGAMA dan MAJLIS ILMU



Assalamualaikum semua!!

Apa khabar ?? semoga semua berada dalam limpah dan rahmat Yang Maha Esa.

Topik Kali ini nak share pasal Attend Kuliah Agama. Mesti U alls pun ada follow kuliah-kuliah agama sekitar kawasan perumahan you alls especially bila ada jemputan penceramah-penceramah selebriti.

Pada pendapat NH sesibuk mana pun kita bekerja kena spend time untuk Kuliah Agama atau mana-mana Majlis Ilmu. Kalau tempat u alls ada yang jenis ustaz mengajar baca kitab mesti ad jadual dia kan. Setiap minggu atau bulan, so boleh la follow at least da habiskan satu kitab

Baru-baru ni ada terbaca posting di FB tentang Tarbiah Sekolah. Betul jugak pasal posting tu, bila di sekolah especially siapa yang sekolah berasrama mesti faham rutin-rutin macam baca mathurat setiap pagi, solat dhuha jemaah, wajib solat fardhu jemaah, setiap malam ada kuliah dan pelbagai lagi. Tapi bila masuk university solat pun baca yag wajib je. Nak duduk berdoa lama-lama pun jarang. Kuliah Agama, Usrah atau Majlis Ilmu, lagi la tak sentuh. NH sebenar nya type of student yang mcam tu dulu. Tak join Usrah, Majlis Ilmu tu macam setaun tu nak attend sekali pun susah, Usrah apatah lagi. Kadang-kadang envy dengan adik-adik yanga ada "Circle of Love" ( kind of Usrah) . Tahniah dan syabas pada adik-adik!

Alhamdulillah, NH pun ke arah berusaha untuk allocate masa ke situ. Sebab kita ni bila cakap pasal tak de masa memang tak pernah ada masa. Tercari-cari jugak tempat yang baca-baca kitab dan tok guru yang kita boelh adapt cara penyampaian dia. Tapi buat masa sekarang masih belum ditemui. Alasaaaan sangat.. In Sya Allah, sama-samalah kita doakan.

Sesiapa yang follow blog ni mesti tahu rutin kehidupan sebagai cahmbering student dan wekend mengajar Bahasa Mandarin mungkin senang untuk memberi alasan untuk tidak ada masa. tetapi NH gagahkan jua. Follow FB yang ad update mana-mana kuliah jemputan bulanan masjid yang invite penceramah penceramah selebriti macam Dr Izhar Arif, Ustaz Ebit Liew, Ustaz Syed Norhisham, Ustz Bollywood. Akan cuba la attend sedaya upaya. Lagipun Majlis Ilmu ni kan salah satu dari taman-taman syurga. Mesti semua orang nak masuk syurga, at least pergi la taman-taman dia dulu. Alhamdulillah masjid- masjid sekarang pun da cukup selsesa dengan kemudahan penghawa dingin, speaker dan layar putih.

Alhamdulillah sepanjang menjadi pelatih dalam kamar sempat la jugak attend beberapa majlis ilmu sekitar melaka. Dapat info pun semua dari FB. Terutama di Masjid Nur Hidayah Batu Berendam sangat aktif menganjurkan pelbagai majlis ilmu.

Bulan February ni I berjaya attend dua majlis ilmu.


"Beritahu semua orang, Allah sayang kamu semua" - Ebit Liew, kuliah masjid Nurul Hidayah Batu Berendam- February 2016

"Jangan bergaduh kerana perkara  yang remeh temeh, setiap tahun 500 orang anak luar nikah lahir, Banyak benda yang berat kita perlu fikir"-Dr Izhar Arif, masjid Permatang Pasir Melaka-February 2016

Terima kasih kepada Imam ku yang sentiasa encourage dan bawa I pergi majlis ilmu. Insyaa Allah I akan cuba cari dan penuhi majlis-majlis ilmu.
( Padahal Ummi Abah dah pesan dari dulu lagi, kihkihkih)

Semoga kita semua dapat perbaiki diri dari masa ke masa.

Sekian~





Monday 15 February 2016

NOTA DARI MAHKAMAH 6


Assalamualaikum

Hari ini , just quit update

Semalam ada pergi court tuk filing dan serve document pada peguam. Macam biasa, di mahkamah, memang akan ada tahan-tahanan atau banduan dari penjara. tapi semalam macam ramai pulak banduan dan pegawai penjara di kawasan mahkamah. Entah apa la kesalahan mereka. Sayu hati kadang-kadang lihat ahli keluarga bawa bekal makanan, ada yang jumpa anak yang masih baby, mungkin masa dia kena tahan tu wife dia mengandung ke. Ada yang Muslim ada yang non Muslim. Ak tertarik dengan salah seorang Banduan dan ahli keluarga serta pegawai penjara di satu sudut, aku lihat tangan dia ada sesuatu yang terlukis di situ, dan sah dia Muslim. Ahli kelurga mengerumuni dengan bekalan makanan. Ada yang sampai da masuk van JAbatan penjara tapi ahli keluarga masih di pintu van, mungkin terlalu berat ujian buat mereka, mungkin mereka rindu. Sebenar nya selalu je tengok adegan-adegan macam ni di mahkamah.


Ya allah sesungguh nya engkau menyayangi semua hamba-Mu. Berikan mereka semua kekuatan untuk menjalani setiap ujian Mu, tak lupa juga kami yang bukan tahanan. Allah, engkau uji sebab engkau sayang, orang-orang terpilih sahaja.

Ya Allah, masih syukur kerana kau lahirkan perasaan seperti ini supaya kami sentiasa mengigati Mu. Mungkin kita perlu kaitkan semua benda dalam kehidupan dengan Islam untuk kita ingat pada sang pencipta. Mungkin ini cara aku untuk ingat pada sang pencipta kerana most of the time hidup dalam kelalaian.

Sekian~





Saturday 13 February 2016

Terlalu Rindu


Assalamualaikum

sekadar berkongsi

Dulu masa nak kahwin memang tak sabar betul nak kawen, nak mulakan hidup baru dengan suami nak pergi jauh dari family, bukan nak tinggal terus,  fon call macam biasa tapi da tak larat nak dengar itu ini bla bla. Da sampai masa nak tentukan hidup nya sendiri dengan cara sendiri, terima nasihat dan pandangan tetapai kadang-kadang terasa macam memaksa je. Aku rasa ramai je ada perassan memberontak macam ni kan?


Tapi sekarang, ak rasa rindu, ak belum pergi jauh, mungkin Allah tau aku tak  boleh pergi jauh dari keluarga..

Menjadi seorang pelatih dalam kamar  jarak kampung Pahang dengan Melaka buat aku tak sempat nak balik dek komitment 9 bulan itu.Terasa terlalu rindu, rindu yang teramat pada ibu ayah adik-adik dan keluarga. Rindu yang tak boleh nak dilepaskan hanya dengn wassap dan call. Rindu yang susah dirungkai.


walaupun ada wassap tapi tak kan sama bila bersama, teringin nak tiggal dengn ibu ayah keluarga sendiri. Tapi itu la, Allah Maha mengetahui Allah sentiasa tau kemampuan hamba nya. Biasalah kadang-kadang aku banyk yang tak setuju dengan apa keluarga aku putuskan walaubagaimanapun ak tetap akur juga, terlalu banyak yang positif  dari negatif. 

Ummi abah, i am proud of u as my parents even i am not your satisfaction. Bersyukur terlalu bersyukur. lebih-lebih bersyukur bila tengok kes-kes juvana dan pesalah muda di mahkamah

"O Allah Masukkan kedua ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa hisab, tak lupa juga ibu bapa mertua ku kerana mendidik Imam ku sebaik ini. Selamatkan adik-adik dan seluruh ahli keluarga ku. Hilangkan segala beban dan kesakitan yang ditanggung. Dan sembuhkan segala penyakit yang ditanggung."


Aku rindu rindu sangaat..terlalu rindu..Sabar la wahai hati sedikit masa lagi.


Salam Rindu

Masak Memasak



Assalam kali ni nk open issue kisah masak memasak,

Persoalanya sempat ke nak masak dengan dunia dan kerjaya yg penuh mencabar ni?? Aceewaahh.

Pernah ditanya soalan oleh beberapa orang bila bincang isu masak.

 Tegah berbual -bual pasal masak, then ad orang tanya

" bila masa awak masak? " konon macam tak sempat la sebab balik pn da 630 pm.

I jawab, i ìmasak je hari-hari cuma tak post kat FB n wassap grup kita..haha, tak sempat.

Bila kita masak and kita tunjuk, orang cakap "alaaaa... senag je ni masak ni"

Ak jawab mmg la masak yg senang je, da balik dari office 630pm tak kan nak masak rendang tok pulak, tp kalau masakan yg senang pun setakat cakap je tapi tak masak pun tak guna gak kan.

Simple atau ringkas yg penting masak, Bukan beli atau makan luar, sesekali hujung minggu ok la masak spesial and sesekali bokeh la makan luar.

Skang kita bukan cakap  isu mampu atau jimat je, bila masak sendiri ni kita pasti yang makanan tu bersih dan suci, sambil masak kita boleh selawat dan doa. Kalau makanan kat luar kita tak tahu dia letak bahan-bahan apa, bersih ke tak? orang yang masak makanan kita tu jaga solat ke tak, masa dia masak tu ada ckap bukan-bukan nanti terkena kat makanan kita nak makan tu. Itu semua nak kena pikir,  lagi-lagi dalam berumah tangga dan makanan anak-anak.

Orang ke dua.

"Eyh, u  da makan kedai ni?"

"Tak,"

"Kedai ni sedap tau?"

Lalu lagi beberapa kedai lain da soalan sama ditanya dan jawapan nye belum.

"Laaaa..semua belum, habis u makan apa?? Masak ke?
 Masak apa?"

Yup masak, simple je. Segan la pulak nak cakap masak apa kan? Da la tak pandai masak sangaat

Bukan la nak berlagak ke apa tapi, bila kita masak tu kesucian dan bahan masakan tu halal dia terjamin. Aku dah ambil keputusan untuk "berjihad" kat sini. Lagipun di FB, atau mana-mana media, ustaz selalu share pasal isu ni. Lagi satu mungkin aku da terbiasa dengan ajaran dan nasihat ibu yang masak dan sediakan bekal untuk kami ke sekolah, waktu holiday atau dalam perjalanan jauh. Sampai sekarang aku masih amalkan, jadi bila lapar ke apa boleh terus makan dalam kereta. Bila ada kecemasan, jalan jem, takde la kebuluran. Paham-paham la kat sini mesti ad ramai perangai bila lapar naik hantu, habis semua anak nak marah, jalan jem, anak nangis dalam kete, stress,macam macam hal.


Mungkin juga dalam ekonomi sekarang kita boleh berjimat. Masak untuk keluarga ni boleh tambahkan kasih sayang.


Renung-renungkan dan selamat beramal,

"Entry ini tiada kena mengena dengan yg hidup atau mati, kalu terasa jugak nasib la"

terpulang pada penerimaan masing-masing.

P/s: Saya sokong pada sesiapa yang upload makanan di FB atau mana-mana kedai makan yang menarik, kerana saya saya selalu kekurangan idea nak masak apa dan makan di mana?
thank u pada yg upload. Saya tak rasa anda menunjuk-menunjuk pun

Le Husby mini gathering

Assalamulaikum


Last few weeks ada mini gathering with le husby ex schoolmates. All married, nice to met new friend and  their kids. 

Tetibe rasa segan, i olls x de beby lagi. One of the cople memang da pnah jumpa last 2 years macam tu.

We enjoyed our dinner at muara sungai duyung and had a good conversations.











Thats all for , see u next entry

Tuesday 2 February 2016

Kelas Mandarin Melaka ( Smart Mandarin Class in Malacca )



Assalamualaikum, saya Nurul Hardy bersama-sama Arif Education Studio menyediakan perkhidmatan kelas belajar Bahasa Cina Berkonsepkan studio.


Kelas ini telah bermula semenjak 2012 di Bukit Beruang dan sekarang beroperasi di Lorong Pandan Melaka.

Antara pakej-pakej;

1. Kelas tusyen tuk anak -anak SJKC dan kanak-kanak yg berminat belajar Basa Cina.
2. Kelas komunikasi Basa Cina with or without basic pelbagai level.
3. Translator peribadi untuk apa2 urusan berkaitan bahasa mandarin atau ke Negara Cina.

Tenaga pengajar adalah saya sendiri, fasih berbahasa mandarin boleh membaca dan menulis tulisan Basa Cina. Pernah menjadib transaltor sebuah agensi pelancoangan ke negara China

Pernah mengajar di Pusat Bahasa Titian Jaya Bandar Hilir untik course Bahasa Cina

Pernah menjadi instructor Bahasa Cina di Smart Reader Angkasa Nuri dan Bukit Beruang Melaka



Sesiapa berminat boleh hubungi AES 0173820636