Monday 15 February 2016

NOTA DARI MAHKAMAH 6


Assalamualaikum

Hari ini , just quit update

Semalam ada pergi court tuk filing dan serve document pada peguam. Macam biasa, di mahkamah, memang akan ada tahan-tahanan atau banduan dari penjara. tapi semalam macam ramai pulak banduan dan pegawai penjara di kawasan mahkamah. Entah apa la kesalahan mereka. Sayu hati kadang-kadang lihat ahli keluarga bawa bekal makanan, ada yang jumpa anak yang masih baby, mungkin masa dia kena tahan tu wife dia mengandung ke. Ada yang Muslim ada yang non Muslim. Ak tertarik dengan salah seorang Banduan dan ahli keluarga serta pegawai penjara di satu sudut, aku lihat tangan dia ada sesuatu yang terlukis di situ, dan sah dia Muslim. Ahli kelurga mengerumuni dengan bekalan makanan. Ada yang sampai da masuk van JAbatan penjara tapi ahli keluarga masih di pintu van, mungkin terlalu berat ujian buat mereka, mungkin mereka rindu. Sebenar nya selalu je tengok adegan-adegan macam ni di mahkamah.


Ya allah sesungguh nya engkau menyayangi semua hamba-Mu. Berikan mereka semua kekuatan untuk menjalani setiap ujian Mu, tak lupa juga kami yang bukan tahanan. Allah, engkau uji sebab engkau sayang, orang-orang terpilih sahaja.

Ya Allah, masih syukur kerana kau lahirkan perasaan seperti ini supaya kami sentiasa mengigati Mu. Mungkin kita perlu kaitkan semua benda dalam kehidupan dengan Islam untuk kita ingat pada sang pencipta. Mungkin ini cara aku untuk ingat pada sang pencipta kerana most of the time hidup dalam kelalaian.

Sekian~





2 comments:

  1. Sedihh.. Selaluu terfikir perasaan gelisah, kecewa, takut yang ahli keluarga dan pesalah alami.. moga2 mereka tabah, moga2 kita terhindar. Aku suka tulisan entri ni :) keep up mdm lawyer!

    ReplyDelete