Monday 29 February 2016

KULIAH AGAMA dan MAJLIS ILMU



Assalamualaikum semua!!

Apa khabar ?? semoga semua berada dalam limpah dan rahmat Yang Maha Esa.

Topik Kali ini nak share pasal Attend Kuliah Agama. Mesti U alls pun ada follow kuliah-kuliah agama sekitar kawasan perumahan you alls especially bila ada jemputan penceramah-penceramah selebriti.

Pada pendapat NH sesibuk mana pun kita bekerja kena spend time untuk Kuliah Agama atau mana-mana Majlis Ilmu. Kalau tempat u alls ada yang jenis ustaz mengajar baca kitab mesti ad jadual dia kan. Setiap minggu atau bulan, so boleh la follow at least da habiskan satu kitab

Baru-baru ni ada terbaca posting di FB tentang Tarbiah Sekolah. Betul jugak pasal posting tu, bila di sekolah especially siapa yang sekolah berasrama mesti faham rutin-rutin macam baca mathurat setiap pagi, solat dhuha jemaah, wajib solat fardhu jemaah, setiap malam ada kuliah dan pelbagai lagi. Tapi bila masuk university solat pun baca yag wajib je. Nak duduk berdoa lama-lama pun jarang. Kuliah Agama, Usrah atau Majlis Ilmu, lagi la tak sentuh. NH sebenar nya type of student yang mcam tu dulu. Tak join Usrah, Majlis Ilmu tu macam setaun tu nak attend sekali pun susah, Usrah apatah lagi. Kadang-kadang envy dengan adik-adik yanga ada "Circle of Love" ( kind of Usrah) . Tahniah dan syabas pada adik-adik!

Alhamdulillah, NH pun ke arah berusaha untuk allocate masa ke situ. Sebab kita ni bila cakap pasal tak de masa memang tak pernah ada masa. Tercari-cari jugak tempat yang baca-baca kitab dan tok guru yang kita boelh adapt cara penyampaian dia. Tapi buat masa sekarang masih belum ditemui. Alasaaaan sangat.. In Sya Allah, sama-samalah kita doakan.

Sesiapa yang follow blog ni mesti tahu rutin kehidupan sebagai cahmbering student dan wekend mengajar Bahasa Mandarin mungkin senang untuk memberi alasan untuk tidak ada masa. tetapi NH gagahkan jua. Follow FB yang ad update mana-mana kuliah jemputan bulanan masjid yang invite penceramah penceramah selebriti macam Dr Izhar Arif, Ustaz Ebit Liew, Ustaz Syed Norhisham, Ustz Bollywood. Akan cuba la attend sedaya upaya. Lagipun Majlis Ilmu ni kan salah satu dari taman-taman syurga. Mesti semua orang nak masuk syurga, at least pergi la taman-taman dia dulu. Alhamdulillah masjid- masjid sekarang pun da cukup selsesa dengan kemudahan penghawa dingin, speaker dan layar putih.

Alhamdulillah sepanjang menjadi pelatih dalam kamar sempat la jugak attend beberapa majlis ilmu sekitar melaka. Dapat info pun semua dari FB. Terutama di Masjid Nur Hidayah Batu Berendam sangat aktif menganjurkan pelbagai majlis ilmu.

Bulan February ni I berjaya attend dua majlis ilmu.


"Beritahu semua orang, Allah sayang kamu semua" - Ebit Liew, kuliah masjid Nurul Hidayah Batu Berendam- February 2016

"Jangan bergaduh kerana perkara  yang remeh temeh, setiap tahun 500 orang anak luar nikah lahir, Banyak benda yang berat kita perlu fikir"-Dr Izhar Arif, masjid Permatang Pasir Melaka-February 2016

Terima kasih kepada Imam ku yang sentiasa encourage dan bawa I pergi majlis ilmu. Insyaa Allah I akan cuba cari dan penuhi majlis-majlis ilmu.
( Padahal Ummi Abah dah pesan dari dulu lagi, kihkihkih)

Semoga kita semua dapat perbaiki diri dari masa ke masa.

Sekian~





No comments:

Post a Comment