Saturday 13 February 2016

Masak Memasak



Assalam kali ni nk open issue kisah masak memasak,

Persoalanya sempat ke nak masak dengan dunia dan kerjaya yg penuh mencabar ni?? Aceewaahh.

Pernah ditanya soalan oleh beberapa orang bila bincang isu masak.

 Tegah berbual -bual pasal masak, then ad orang tanya

" bila masa awak masak? " konon macam tak sempat la sebab balik pn da 630 pm.

I jawab, i ìmasak je hari-hari cuma tak post kat FB n wassap grup kita..haha, tak sempat.

Bila kita masak and kita tunjuk, orang cakap "alaaaa... senag je ni masak ni"

Ak jawab mmg la masak yg senang je, da balik dari office 630pm tak kan nak masak rendang tok pulak, tp kalau masakan yg senang pun setakat cakap je tapi tak masak pun tak guna gak kan.

Simple atau ringkas yg penting masak, Bukan beli atau makan luar, sesekali hujung minggu ok la masak spesial and sesekali bokeh la makan luar.

Skang kita bukan cakap  isu mampu atau jimat je, bila masak sendiri ni kita pasti yang makanan tu bersih dan suci, sambil masak kita boleh selawat dan doa. Kalau makanan kat luar kita tak tahu dia letak bahan-bahan apa, bersih ke tak? orang yang masak makanan kita tu jaga solat ke tak, masa dia masak tu ada ckap bukan-bukan nanti terkena kat makanan kita nak makan tu. Itu semua nak kena pikir,  lagi-lagi dalam berumah tangga dan makanan anak-anak.

Orang ke dua.

"Eyh, u  da makan kedai ni?"

"Tak,"

"Kedai ni sedap tau?"

Lalu lagi beberapa kedai lain da soalan sama ditanya dan jawapan nye belum.

"Laaaa..semua belum, habis u makan apa?? Masak ke?
 Masak apa?"

Yup masak, simple je. Segan la pulak nak cakap masak apa kan? Da la tak pandai masak sangaat

Bukan la nak berlagak ke apa tapi, bila kita masak tu kesucian dan bahan masakan tu halal dia terjamin. Aku dah ambil keputusan untuk "berjihad" kat sini. Lagipun di FB, atau mana-mana media, ustaz selalu share pasal isu ni. Lagi satu mungkin aku da terbiasa dengan ajaran dan nasihat ibu yang masak dan sediakan bekal untuk kami ke sekolah, waktu holiday atau dalam perjalanan jauh. Sampai sekarang aku masih amalkan, jadi bila lapar ke apa boleh terus makan dalam kereta. Bila ada kecemasan, jalan jem, takde la kebuluran. Paham-paham la kat sini mesti ad ramai perangai bila lapar naik hantu, habis semua anak nak marah, jalan jem, anak nangis dalam kete, stress,macam macam hal.


Mungkin juga dalam ekonomi sekarang kita boleh berjimat. Masak untuk keluarga ni boleh tambahkan kasih sayang.


Renung-renungkan dan selamat beramal,

"Entry ini tiada kena mengena dengan yg hidup atau mati, kalu terasa jugak nasib la"

terpulang pada penerimaan masing-masing.

P/s: Saya sokong pada sesiapa yang upload makanan di FB atau mana-mana kedai makan yang menarik, kerana saya saya selalu kekurangan idea nak masak apa dan makan di mana?
thank u pada yg upload. Saya tak rasa anda menunjuk-menunjuk pun

No comments:

Post a Comment