Wednesday 31 August 2016

Tun Hussein Onn National Eye Hospital

Assalamualaikum

Musibah Hari Raya

Hari Raya kedua di timpa musibah Kornea Mata terkoyak, waaaaaaaaa~ dahsyat kan??


Make it short lepas je guest balik Hari Raya Pertama tu, penat maka nya duduk berehat di living room. Mata tetibe cam itchy sangat cari eye drop tak de pulak. Satu rumah 5-6 orang pakai lense sorang pun tak de eye drop. Rasa mnenyirap pun ado, nampak sangat tak guna dengan cara yang betul, End up mata ras atak selesa. Decide nak tidur je nant bangun-bangun da elok konon fikir  macam tu


Malam tu satu malam tak boleh tido, dalam kul 1am, mata sakit sangat, pergi bilik adik ngadu sakit sangat mata. Rasa macam nak g hospital malam tu jugak tapi tak tau hospital buka ke tak, Sabar dan tunggu sampai subuh, Da niat pagi-pagi subuh je nak pergi KL KPJ ke apa ke janji swasta nak pergi check jugak. tapi ifkir jugak doc ada ke RAYA-RAYA ni, hosp memang buka tap kalau doc tak de tak guna gak, satu lagi nak car hospital yang ada machine khas/lense khas tuk tengok korne mata kita tu je. Pikir tu nak pergi sebab KL dengan Temerloh boleh tahan 1jam setgah jugak, dah la tengah sakit kang da sampai tak de pulak sia-sia idup.

Maka nya esok tu calling session bermua sambil pegi 24hours klinik tuk dapatkan 1st help dia pun cadang pergi hospital mata. Sebab memang da teruk sangat, mata sakit dia macam kena hiris-hiris plus memang tak boleh buka mata langsung, senang cite hari tu meman jadi orang buta temporary.

Call punya call sampai tengahri satu hosp pun tak berjawab kalau ada yang jawab kat situ pulak tak de bahagian OFTAMOLOGI. Ya allah aku memang sabar sangat time tu da muhasabah diri segala bagai. Start lepas zohor dah bunyi meriah riuh rendah sepupu sepapat datang yearly punya acara. Hati jeles sangaat, tapi sakit membatasi segala-gala nya.

Da lepas asar macam tu sekali lagi try call Tun Husseion Onn National Eye Hospital, sebenar nya dari malam tadi aim situ je tapi kalau phone tak jawab cemana. Dalam hati fikir takkan la satu KL tu tak de klinik mata yang buka macam tak lojik pun ado. Cite dia try nasib call dua kali ada orang pick up, kata nya datang segera jagan tunggu esok, Apa lagi Jom kita. Raya kedua malam sudah tentu lebuh raya KL-Karak sanagat la sesak tapi harungi jua. Dalam 3 jam lebih jugak baru sampai weyh, Masa tu da kul 11pm. gerak dari Temerloh kul magrib macam tu.

Sesampai je kat hospital kena marah pulak kenapa tak datang terus semlam. eyh?? korang yang tak pick up phone macam mana nak tau. Rupa-rupa nya Hosp ni buka 24 Jam, jadi siapa yang ada kecemasan macam aku ni boleh la terus pergi ke sana.

Memang ak sorang je la ada kat situ, Bila doktor da periksa dia bagi tau Kornea mata ak koyak weyh. Erk~ jugak la dengar, tapi masih bertenang sebab jenis memang takut hospital and benda-benda klinikal. Suggestion dia ialah kena pakai satu contact lense ni selama dua hari. bagi luka tutup. Lepas dua hari p jumpa doc balik tuk cabut kanta and doc cakap da semakin recover. Gitu je la raya aku dari pertama sampai ke 5, memang tak buat apa la, sedeh kan?? 

Lain kali berhati-hati, kalau da pakai lense sila la beli lubricants atau eye drop setiap 4 jam sekali titiskan 


Cerita dia tahun ni sangat sadis, and memang tak beraya sangat, tungu la ad rezeki kita jumpa lagi dua tahun

Till we meet again


Mudahnya Bila Ada Medical Card ( Pelan Takaful ) - Review

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru-baru ini telah dijadualkan untuk menjalani rawatan pembedahan di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hospital ni memang mahal dan sangat ekslusif bagi saya seorang yang biasa-biasa. Layanan staff nurses dan staff hospital sangat 1st Class dengan bilik single bed siap dengan Menu Order Western pun ado. Masya-allah Kalah  Hotel 5 Bintang.

Total Bil Hospital Semua adalah RM16,000.00. weyh 16k tu, sape nak bayar?? Alhamdulillah bukan saya yang bayar tapi syarikat takaful yang saya carum setiap bulan yang bayar. Bila kita ada pilihan, maka kita boleh buat pilihan, Tapi kalau da tak de pilihan mamca mana?? Nak merayu minta derma bergadai harta. Minta Jauh. Bila da sakit  kalau boleh kita nak kan rawatan yang terbaik yang kita boleh afford. Ikutkan 16 ribu ni saya pun tak mampu. Kalau ada saving pun mungkin ada yang lebih penting tuk difikirkan mungkin boleh pilih Hospital Kerajaan yang waiting list nye panjang dan kurang keselesaan. Ada juga kawan saya yang perlu kan rawatan berjumlah sebegini tapi dittangguhkan dek kerana tiada mengambil apa-apa skim perlindungan. Di sini la baik nya Takaful/Medical Card

Semasa di Hospital, oleh kerana proses yang sangat cepat memang tak sempat nak beritahu semua orang, tau-tau je everything da selesai, hanya sempat beritahu kawan-kawan terdekat sebab rindu nk jumpa mereka jadi ini boleh jadi kesempatan untul berjumpa dan mendapatkn doa dari mereka. Hanya Family dan Family Mertua sahaja yang tahu.

Masa di hospital adalah seorang pakcik berumur lingkungan 60an berkata pada suami "Bila la kita nak dapat rawatan di Hospital Mahal macam ni??" Saya tersenyum,.. Ye pakcik, sebab tu la saya promosikan pelan perubatan hospital dulu tapi ramai yang tolak dan buat tak tahu. Kawan-kawan yang datang melawat pun tiba-tiba da start nk fikir nanti nak check dengan company dan check status kewangan untuk ambil pelan perubatan Hospital. Alhamdullillah syukur, mereka sudah nampak apa yang saya promosikan selama ini.
Niat saya sebenarnya nak mudahkan kalian dan bantu kawan-kawan.



Ye begitula fungsi medical card. Sakit tak menunggu usia. Demam sikit je kita da tak larat nak tunggu berjam-jam di Hospital Besar, inikan pulak Sakit post-surgery. Perlukan tandas yang selesa dan segala-galanya selesa. Secara Psikologi nya anda tak stress kemungkinan untuk cepat sembuh lebih tinggi. Ini benar mengikut pengalaman sendiri juga.

Proses untul meggunakan Medical card anda selalu nya akan diterangkan oleh ejen atau wakil-wakil syarikat. Kalau yang saya punya senang je, Hospital request GL, lepastu da boleh masuk. Makesure penyakit korang adalah bukan existing illness before korang sign up. Kalau medical less than one year mungkin akan ad sedikit investigation macam tu la. Depends pada jenis pelan korang

Saya adalah pelannggan dan pengguna Medical Card Dari Hong Leong MSIG Takaful. Yes, saya sangat berpuas hati dengan servis dari pihak syarikat sangat cepat proses walaupun pada mula nya ad beberapa query.

Alhamdulillah sekarang saya melalui pos-surgery dan berehat di rumah

Kepada kawan-kawan dan anda semua sign up la Medical Card, bukan sahaj anda saving malah memudahkan urusan anda ketika ditimpa musibah disamping dapat bantu orang lain. Kita tak nampak penting nya sekarang tetapi bila keadaan tiba, yes, sangat memerlukan.

NAK SIGN UP dengan saya pun boleh
NURUL HARDY
017 3820636



p/s: Sorry pic tak de, tapi bilik saya ada wardrobe siap dengan hanger, peti sejuk, dan talifon ( intecorm ), TV, personal toilet and bathroom serta kemudahan-kemudahan perubatan lain

Till we meet again

Saturday 27 August 2016

Hari Raya Open House @ House Warming

Assalamualaikum

Semenjak pindah memang ada rancangan nak buat kenduri kendara/housewarming tapi selalunya tak jadi sebab tukang masak dan tetamu yang tak available dan tuan rumah punya jadual pun tak menentu. Kita ni nak ajak saudara mara dan kawan-kawan terdekat.

Maka sempena Raya baru-baru ni lebih kurang 12 Syawal macam tu, maka kami ni war-warkan la planing nak masak and menjemput dalam wassap group, tu pun susah jugak respon kejap hari sabtu kejap jumaat kejap ahad. Masing-masing pun sibuk dengan hal peribadi. Last-last menjadi jugak jemput kawan-kawan Tuan dan Puan Peguam bertandang ke rumah. Alhamdulillah, Thanks for coming u alls.

And surprisingly aunt dary Riyadh and whole family pun datang menyinggah, Yang ni memang da lama invite sepecial tapi masak kat Malaysia suntuk sangaat.

Alhamdulillah selesai jamu kawan-kawan makan, sila lah datang lagi, siap request ikan patin plak tu. Itu  lain kali la ye. hehhehe





My special guest Dato' Leen 


My suddenly Kakak



My aunty 








My so called Advocates & Solicitors friends

Till we meet again



CERITA HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!! ( Raya da habis dah pun, cheyh )


Alhamdulillah, Raya yang ketiga bersama suami dan keluarga dan kali ini masih berpeluang beraya di kampung halaman sendiri ( tak pernah lagi tak beraya dengan family sendiri, nampak gaya tahun depan confirm tak, hahahhaha , tapi mana la tau kan..hehehe)

Balik kampung dua hari sebelum raya. Kali ini raya pun sangat sederhana sebab tak sempat nak "nyopim" langsung. Mujur ada sepasang dua baju baru, kita duk pakai hak tu je la. Alkisah nya memang eksaited la sebab tahun ni turn sepupu sepapat ipar duai beraya kat kampung. Benda dua tahun sekali kadang-kadang 4 taun sekali kalau dorang beranak time puasa da tak dapat beraya. Ok ni memang eksaited adik kita dari egypt pulak balik beraya kat Malaysia tahun ni. Memang rasa complete sangaat aihhh..



TETAPI, kita hanya mampu merancang Allah menentukan. Salah sorang ahli keluarga kami pada sahur Ramadahan terkahir jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital berdekatan dan tunggu punya tunggu segala doa dan harapan tapi keadaan nya masih belum stabil. Maka kisah Raya dah bertukar jadi lain. Walaubagaimanapun Perjumpaan ahli keluarga pada malam raya di rumah orang tua kemudian menyusul ke ruman  nenek tetap diteruskan seperti tahun-tahun sebelum walaupun seorang ahli telah berkurang


Takbir Raya, sedeikit Tazkirah serta maf bermaafan tetap diteruskan walapun musibah menimpa. Setelah itu, di rumah nenek juga berlangsung perkara yang sama. Meriah juga sebab ramai ahli-ahli baru tak kisah la menantu/sepupu baru ataupun cucu baru. Bila lagi nak macam ni kalau tak Raya. Sebab tu Allah jadikan Hari Raya.

So jadual Hari Raya pertama kami adalah solat Sunat aidilfitri kemudian terus ke Hospital untuk sesi ziarah. Malang nya pihak hospital masih menggunakan waktu melawat rasmi walaupun ia nya cuti umum. Pertama kali dalam sejarah kami sambut Hari Raya di Hospital. Tiada rendang, ketupat dan segala juadah Hari Raya, Tiada "perarakan seluruh ahli kaelurga kami" dari satu rumah ke satu rumah. Lain sunggu pada kali ini, namun tetap bermakna.


Kebetulan pada waktu petang adalah giliran Kami adik beradik perempuan yang kena stay kat Hospital sampai dapat panggilan sedara jauh nak datang umah. Ok jemput datang tapi juadah-juadah sangat la biasa sahaja.
Alhamdulillah sudi datang beraya ke rumah orang tua kami.
Terima kasih.













Thursday 4 August 2016

Arif Education Studio ditubuhkan ( pindah tempat baru )


Assalamualaikum

Alkisahnya, maklum semua tahu ( melalui blog ini ) bersama suami menjalan kan sebuah servis perkhidmatan kelas mandarin dan home tuition.kerana kepakaran kami adalah membantu mereka yang mahu menguasai Bahasa Mandarin  serta memerlukan seorang guru bimbingan mahir yang boleh hadir ke rumah demi menangani masalah ibu bapa yang bekerja sehingga lewat petang. sekian dulu tuk yang kat sini.


Disebabkan kami menjalan servis ini dari rumah ke rumah client/student, bermaksud kami mengajar secara private di rumah student sendiri maka kami tidak perlu sebuah premis yang besar untuk disewakan atau untuk tempat tinggal. Cukupla sekadar menyewa rumah yang sederhana yang mempunyai cuma dua bilik yang boleh muat dua  katil single u alls kerana kami cuma berdua. Masih teringat status Saiful Nang seorang photographer terkenal suatu ketika menegaskan rasa bersalah kerana masih ada space di rumah beliau kenapa tak dikongsikan. Jadi atas dasar itu juga kami tak mahu membazir kerana tiada keperluan.

Lebih kurang sekitar hujung tahun 2014, permintaan kelas-kelas tusyen dalam kumpulan kecil serta kelas mandarin untuk dewasa mula meningkat bukan sahaja perlu ke rumah student namun ada yang mahu datang ke tempat kami. Jadi kami ubah suai sedikit ruangan supaya ad keselesaan untuk pelajar dek cuaca yang terlalu panas harus la penghawa dingin juga dipasang. Ok so tengok dari luar memang sangat macam tak selesa, tapi masuk dalam in sya allah selesa. Sampaikan ayah mertua pernah tegur ruangan tu da macam hotel. hehhehe.

Memandagkan semakin hari permintaan semakin meningkat sekitar tahun 2015 ( tak de la meningkat sangat tapi ada la), NH dan suami mula menubuhkan sebuah ARIF EDUCATION STUDIO di premis yang sangat la petite itu. boleh muat 5 orang je.. lebih-lebih da tak muat u alls. Rumah tu cuma ada 2 bilik sahaja. Bila orang dewasa nak belajar kelas mandarin tak kan nak duduk atas lantai, walaupun modul kau bagus cemana pun, impression orang pada sesebuahg premis sangat la penting. daripada orang nak datang belajar terus tak jadi belaja sebab tengok premis nye cenggitu. Maka kami pun sudah mula memikirkan untuk myewa premis yang lebih proper dan mendafar kan syarikat juga.



Finally we found a suitable place. Menyiapkan deposit premis yang ermm boleh tahan besaaq nya dalam masa 24 jam, Dan bermulalah sesi PINDAH. pada sekitar hujung Oktober. Owh seriusly pindah memang sangat mencabar dan memenatkan dan kami cuma berdua. Sudahla ketika itu NH seorang pelatih dalam kamar pula. Maka sebulan kami angkut barang hari-hari secara beransur selama sebulan sebab tak sewa lori.

Setelah sebulan sesi angkut mengangkut kecuali hari minggu dan tolak masa nak mengajar lagi, secara rasmi nya bulan Disember 2015 sudah pindah ke tempat baru. Yeay!! syukur sangat bila ada nampak sedikit hasil. 3-4 Bulan juga membuat keputusan kerana memikirkan komiten yang meningkat 70 % dari sebelum nya sebab premis lebih besar dan selesa.

Berbekalkn sedikit simpanan hasil dari kerjaya kami semenjak berkahwin maka kami siapkan ARIF EDUCATION STUDIO dengan sederhana dan penambahan dari masa ke masa. Alhamdulillah sudah 7 bulan kami beroperasi di tempat baru dan kami gembira dapat memberikan sedikit keselesaan kepada pelanggan dan pelajar-pelajar kami.

Ye la kalu dulu cuma perlu satu penghawa dingin tapi sekarang da kena install 4. Bil letrik juga harus la meningkat. Namun begitu masih banyak yang perlu disiapakan dari segi Interior design supaya menjadi sebuah studio yang diidamkan.


Kini kami juga sudah mula mencari guru-guru tambahan yang expert dalam sesuatu subjek terutama subjek Kimia kerana masih belum ada guru Kimia lagi. ARIF EDUCATION STUDIO juga ada menyediakan perkihidmatan perundingan untuk pelajar-pelajar universiti contohnya pelajar di Open Universiti  untuk menasihati dan membimbing kerja-kerja kursus yang diberikan pensyarah-pensyarah dek kerana kesuntukan masa yang perlu dibahagikan dengan tugas hakiki sebagai penjawat awam dan swasta.










Untuk lebih maklumat dan info terkini boleh click link
 http://arifeducationstudio.wixsite.com/

Like Facebook kami 
https://www.facebook.com/arif.edustudio/
https://www.facebook.com/easy.mandarin.malacca/

Sekian, till we meet again