Monday 17 June 2019

Nurul Hardy Berlin, Germany 2018


Ini la keadaan tunggu bas jam 230am, bas London yang merah tu, ngantuk ya amaat masa ni. Sabo je la. Solat Subuh ditunaikan dalam train/bas sahaja. Solat subuh dalam tidur agak nya.

Dalam bas dalam train Lenaaa, On board je Lena, tau tau da landing. Tiket ke Berlin ni beli masa kat Cork, masa tengah packing barang n review semula our intinerary. Seach tengok ada tiket 9 euro memang beli terus la.

Ni la keadaan kul 230am, sejuk ya amaat. Sabo tunggu bas dalam bas da ad heater.



Taraaaaaaaaaaa.. Berlin Germany.Kalau kat Malaysia yang have have je drive Mercedez kan. Hamek kat Germany , taxi semua Mercedez, dah kata kereta buatan Germany ye dop.
Pilih je Mercedez apa korang nak. Mercedz ni macam ala-ala proton je kot.



Kenapa pilih Berlin, sebab dulu arwah atok pernah menetap di sini. And also during my lawschool subject Jurisprudence law memang ada study pasal Berlin wall n bla bla dan segala mak nenek Nazi dll, disebabkan tak berapa nk menjiwai subjek tu, maka i tak faham la apa yang jadi Berlin wall ni. Lantak, la yang penting exam da pass. Hahhaha.

One more , Germany is my Favourite football team during FIFA World Cup, zaman-zaman Miroslave Klose dengan Khan memang rajin follow.


So we check in, the 1st day gagal untuk keluar. Dihabiskan masa tidur dalam bilik sampai waktu berbuka.

Alhamdulillah dapat tunaikan solat teraweh di koridor bilik. Udara nyang nyawan dan meyejukkan. Merasa la solat pakai coat bagai. Gambar tak de sebab orang lain da tidur. Memang recharge habis.

Di german kita ambil bilik 5 orang terus. Jimat dan mudah. Masa ni da tak sempat nak cari apartment ke apa ke, janji ada tilam bantal toilet da ok da.

2nd day activity

Uniknya stesen keretapi mereka tiada sebarang pagar atau guard ye. Tapi semua orang automatik akan ke machine ticket tuk beli tiket, ni menggambarkan tahap kejujuran mereka yang sangat bagus untuk dicontohi. Insaaaf.




Sini dia boleh beli gropu tiket so lebih murah, dan tiket tu boleh guna ikut zone dia. Beli di Machine di stesen keratapi. Disarankan tuk bawa debit/credit card sahaja.

1st destination p tengok rupa Berlin Wall tu, Memang tebal betul ikut sejarah mereka terpisah dari wall tu, siapa yang cuba panjat terus kena bunuh dan dan tu juga. Keinsafan terasa sikit masa tu.

( boleh la p google pasa kisah Berlin Wall ni )




Ni la keadaan Berlin wall nya.

Note : Train Liverpool Station - Stansted Airport RM288 untuk 5 orang.









4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Memang negara2 sana and Jepun Korea NZ segala semua base on trust. Disiplin pun tinggi. Meleis sibuk pasal tudung tak sudah tapi hal2 lain yg berkaitan dengan masyarakat hampeh.

    ReplyDelete