Assalamualaikum semua!!
Untuk kesekian kali. NH ke Bandung lagi. Saje untuk menikmati kesejukan dan bussiness trip. Sebab currently Malaysia facing Cuaca Panas Melampau. Nyamaan nyaaa Bandung.
Agenda utama adalah Makan, Tempat sejuk, dan mencari peluang dan supplier baru. hehhe
OK kali ini berbeza sikit kaedah nya, Kaedah guna public transport gituuu...
Before berangkat tu ada kawan-kawan inform berkenaan uber, maka buatla sikit research.
Public transport utama kat indonesia ni ialah Angkot. korang tau tak Angkot tu yang cemana?? Yang kalau tengok sinetron tu kan ada van macam van buruk tu tak de ekon naik ramai-ramai sumbat dalam tu. Persepsi pertama masa tengok cite indon rasa macam , mesti panas, sesak tak selesa.
Tapi itu semu persepsi aje, Cuaca kat sana sejuk kot. Memang naik angkot tu tak panas langsung. Lepas tu tak sesak pun sebab naik pun da lepas ofis hour. Seronok jugak sebenar nya.
FIRST DAY
First day arrived jam 7pm waktu indonesia, Hujan, kami ambil taxi ke bukit Dago untuk tidur di sana dan menikmati dinner di puncak. Dah la bandung sejuk , hujan, pergi puncak lagi. Memang enak sangat
Tambang taxi ke bukit dago 100,000 rupiah = RM 30 ( sebuah kereta ) kalau engkorang pergi 4 orang so share-share la kan. Perjalan lebih kurang 15-20 min, tak guna uber pun sebab tengok rate lagi mahal lebih kurang 162,000 rupiah.
Check in di Accordia Dago Hotel, Not bad, sejuk nyaman, tak perlu ekon.siap breakfast
Dinner as usual tempat feveret Stone Cafe. heheh.
2nd Day
Naik Angkot ke stesen Dago.
Dari stesen Dago naik Angkot lagi satu ke bandar yang ada Pasar Bharu tu
Waktu balik kami naik Taxi check in di Hotel Malabar ( hampir dengan trans studio )
oleh kerana hujan, maka tak jadi nak naik Angkot, kami ambil taxi jugak
Tambang 100, 000 rupiah which is mahal gila.. Kena tipu ok . Padahal tambang dia lebih kurang 30-40,000 rupiah je weyh.
Receptionist kat Hotel Malabar tu sangat membantu. dorang bagi tau kalau ambil taxi yang ada brand " bluebird" murah weh 30,000 rupiah je tambang untuk destinasi yang sekitar 15 minit,
Malam tu kitorang jenjalan naik bas DAMRI. Bas dia lagi cantik dar RAPID KL. Tambang 7000 rupiah. Kitorang pergi masjid Alun-Alun. Kat situ ada mall, macam jusco gitu la .. boleh plak tersopim barang makanan, sebab murah sangaat.
3rd Day
Untuk kedua kali ke Transtudio Bandung sebab ada orang tak pernah pergi lagi.
Naik Angkot lagi tambang 5000 rupiah seorang
Balik hotel pun naik angkot jugak
Lepas seharian di studio malam tu kami pindah hotel di Jalan Riau sebab nak sopim di FO
Naik taxi bluebird by call mereka caj extra 18000 rupiah,
Tambang ke Hotel Tebu cuma 35.000 rupiah
4th Day
Seorang kenalan jemput kami di Tebu Hotel ke guesthouse nya, untuk kami letak luggage dan barang-barang semua sebelum pergi collect order dan jenjalan sikit
Maka nya dari sana naik Angkot lagi pergi town
Plan kami hari ini nak pergi memajakan diri di spa. Spa yang femes tu. Zen Spa Reflexology
Pergi sana naik angkot jugak pergi sampai jalan suka jadi
sesampai sana kena tnggu dua jam sebab tak buat booking, so sementara tunggu pergi cari Angkot jenjalan kat Paris Van Java sambil Lunch Kat situ dan solat
Lepas tu naik Angkot pergi Zen Spa balik dan start la kitorang memanjakan diri yang tersangat manja.
Untuk Massage full body satu jam setengah cuma 145,000 rupiah = RM34
untuk perempuan nak tambah lulur 30 minit tambah lagi 45,000 rupiah u alls.
Layanan first class siap ada bilik sendiri dengan bilik mandi mewaaah sesangaaat hoiii, siap ada tukang buka kan air shower, nasib tak mandikan aja. kehkehekeh
layanan macam puteri raja. Tapi cuma RM34-RM40/person, enkorang rasa??
Kalau kat Malaysia mau nye nak dekat 500-600RM pakej cenggini tak caya try la.
Masa kat sana yang datang pun ramai foreigner dari singapore, mat salleh pun ado.
U alls boleh google Zen Spa Reflexology.
Lepas da setle ber-spa bagai naik cab aje sampai Tubagus Dago, sebab stay kat guest house kat sana, Cuma 100,000 rupiah/satu malam = RM30
We alls dinner kat Restoran Ferry, Sedap sangat weyh, puas hati 5 stars kita kasi,
Restoran ni kat jalan Dago. Naik angkot la apa lagi.
Order Churos
Chicken Chop
Twintower steak
Drinks
Total= RM30-RM40
LAST DAY
Nak pergi airport, contact je taxi bluebird tu charge RM30 lebih kurang macam tu
till we meet again, tempat dekat sejuk dan makanan best yang sentiasa rindu
~Sekian~