Assalamualaikum
Entry ni khas untuk adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang bakal
habiskan tempoh latihan dalam kamar anda.
Bila da nak habis, apa nak buat?? Jangan duduk diam pulak.
Sebulan sebelum habis ( siapa yang nak filing ASAP ) perlu
pastikan beberapa perkara berikut
a)
Dapatkan sijil pengecualian peperiksaan Bahasa Melayu dari LPQB http://www.lpqb.org.my/.
click link tadi, register dan log in. kemudian buat pembayaran
sebanyak RM100.
Untuk
kos penghataran RM10.00
Caj
perkhidmatan RM0.50.
Total RM110.50.
Pastikan
anda ada debit card untuk membuat pembayaran. Pilih PFX untuk buat bayaran. (
seelok-elok nya buat la awal ). Sijil LPQB ni kebiasaan nya ambil masa 2-3
minggu untuk dapatkan, so better buat awal.
b) SIJIL
PENAMPALAN
Beberpa
minggu sebelum tarikh anda menamatkan latihan dalam kamar, da boleh start call
Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas ( RKKK) berkenaan Sijil Penampalan
anda da masuk atau belum. Jika belum call mahkamah berkenaan yang
masih belum. Jika sudah siap anda boleh selesaikan dulu sijil penampalan atau
nak buat pada hari yang sama anda file kan borang 6,7,8 pun boleh kalau nak
jimat masa dan kos.
c) Jika Nak buat penampalan dulu- seminggu sebelum
habis. Pergi Mahkamah Jalan Duta Bahgaian RKKK di tingkat 1, Fill up form. Make
sure tulis tarikh hari anda isi borang pada bahgian paling bawah borang.
Kemudian
pergi groundfloor, kaunter 2, isi borang, amek nombor dan buat pembayaran RM
10.00 sama ada di kiosk atau di kauter bayaran ( Opposite site)
Kemudian
datang balik ke kauter Imbasan (scanning ) kalau nombor da lepas mohon Tanya dan
minta tolong abang kaunter buatkan imbasan.
Selepas
tu pergi kaunter bayaran ( opposite site ) pergi kaunter 5, untuk mereka
keluarkan invois, ambil no giliran buat pembayaran sebanyak RM 40.00.
Kemudian
selesai. Tunggu extraction. Pastikan email address anda betul. Bila da dapat
email. Extract dan printklan. Yeay da dapat sijil penampalan.
d) Disciplinary Fund
Untuk
yang ini anda jugak boleh buat bayaran lebih awal, saya cadangkan buat bayaran
semasa pergi ETHIC COURSE sebab da
alang-alang berada di situ. Tapi terpulang.
Pembayaran
ini di buat di Wisma Maran. Siap naik
LRT, boleh stop kat stesen Masjid Jamek. Anda akan nampak bangunan HSBC. Kalau tak nampak pusing 360
degree sebab bangunan tu tinggi. Pergi depan bangunan HSBC tu akan ad nampak AMBANK.
Kat depan tu ad tulis WISMA MARAN. Pergi
tingkat 8 dan buat pembayaran sebanyak RM
200.pastikan nombor petisyen betul
e) Instrument
Bawa
slip dan resit Disciplinary fund tu ke kaunter Bar Concil dan buat bayaran
sebanyak RM30.00. Collect apa-apa dokumen yang diberikan. Pastikan semua nama,
no kad pengenalan betul
selesai
p/s:
Anda bolehlakukan ni dalam hari yang sama selepas anda tamat tempoh latihan
dalam kamar semasa mahu filekan borang 6, 7, 8 kecuali LPQB.
Tapi
siapa yang tak nak kalut dan berdekatan bolehla buat awal. Siapa yang jauh
kebiasaanya akan buat dalam hari yang sama untuk jimatkan kos dan masa
perjalanan.
Sekian