Thursday 17 March 2016

Persedian Sebelum Habis Chambering ( Pre-Long Call, Filing borang 6,7,8)

Assalamualaikum

Entry ni khas untuk adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang bakal habiskan tempoh latihan dalam kamar anda.

Bila da nak habis, apa nak buat?? Jangan duduk diam pulak.

Sebulan sebelum habis ( siapa yang nak filing ASAP ) perlu pastikan beberapa perkara berikut

a) Dapatkan sijil pengecualian peperiksaan Bahasa Melayu dari LPQB http://www.lpqb.org.my/.
click link tadi, register dan log in. kemudian buat pembayaran

sebanyak RM100.
Untuk kos penghataran RM10.00
Caj perkhidmatan RM0.50.
Total RM110.50.

Pastikan anda ada debit card untuk membuat pembayaran. Pilih PFX untuk buat bayaran. ( seelok-elok nya buat la awal ). Sijil LPQB ni kebiasaan nya ambil masa 2-3 minggu untuk dapatkan, so better buat awal.

b) SIJIL PENAMPALAN

Beberpa minggu sebelum tarikh anda menamatkan latihan dalam kamar, da boleh start call Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas ( RKKK) berkenaan Sijil Penampalan anda da masuk atau belum. Jika belum call mahkamah berkenaan yang masih belum. Jika sudah siap anda boleh selesaikan dulu sijil penampalan atau nak buat pada hari yang sama anda file kan borang 6,7,8 pun boleh kalau nak jimat masa dan kos.

c) Jika  Nak buat penampalan dulu- seminggu sebelum habis. Pergi Mahkamah Jalan Duta Bahgaian RKKK di tingkat 1, Fill up form. Make sure tulis tarikh hari anda isi borang pada bahgian paling bawah borang.

Kemudian pergi groundfloor, kaunter 2, isi borang, amek nombor dan buat pembayaran RM 10.00 sama ada di kiosk atau di kauter bayaran ( Opposite site)

Kemudian datang balik ke kauter Imbasan (scanning ) kalau nombor da lepas mohon Tanya dan minta tolong abang kaunter buatkan imbasan.

Selepas tu pergi kaunter bayaran ( opposite site ) pergi kaunter 5, untuk mereka keluarkan invois, ambil no giliran buat pembayaran sebanyak RM 40.00.

Kemudian selesai. Tunggu extraction. Pastikan email address anda betul. Bila da dapat email. Extract dan printklan. Yeay da dapat sijil penampalan.

d) Disciplinary Fund

Untuk yang ini anda jugak boleh buat bayaran lebih awal, saya cadangkan buat bayaran semasa pergi ETHIC COURSE sebab da alang-alang berada di situ. Tapi terpulang.

Pembayaran ini di buat di Wisma Maran. Siap naik LRT, boleh stop kat stesen Masjid Jamek. Anda akan nampak bangunan HSBC. Kalau tak nampak pusing 360 degree sebab bangunan tu tinggi. Pergi depan bangunan HSBC tu akan ad nampak AMBANK. Kat depan tu ad tulis WISMA MARAN. Pergi tingkat 8 dan buat pembayaran sebanyak RM 200.pastikan nombor petisyen betul

e) Instrument

Bawa slip dan resit Disciplinary fund tu ke kaunter Bar Concil dan buat bayaran sebanyak RM30.00. Collect apa-apa dokumen yang diberikan. Pastikan semua nama, no kad pengenalan betul

 selesai


p/s: Anda bolehlakukan ni dalam hari yang sama selepas anda tamat tempoh latihan dalam kamar semasa mahu filekan borang 6, 7, 8 kecuali LPQB.

Tapi siapa yang tak nak kalut dan berdekatan bolehla buat awal. Siapa yang jauh kebiasaanya akan buat dalam hari yang sama untuk jimatkan kos dan masa perjalanan.


 Sekian







No comments:

Post a Comment