Assalamualaikum
Hari ini khas aku nak ceritakan perjalanan ku ke Rawdah, yang terletak dalam masjid nabawi. Rawdah adalah satu tempat atau salah satu taman Syurga di mana tempat paling mustajab Doa dan Juga tempat yang paling hampir dengan Makam Rasulullah. Ada sesetengah cerita mengatakan di situ la rumah nabi ( wallahualam ).
Hari pertama dan Malam pertama di bumi Madinah apatah lagi berhampiran masjid nabawi pasti tak kan lepaskan peluang ke Rawdah dan solat 5 waktu di Masjid Nabawi. Rawdah di buka untuk jemaah wanita hanya la slepas Subuh, Asar dan Isya. Masih belum hilang penat menaiki pesawat ke Jeddah dan seterus nya ke Madeenah yang mengambil masa 4~5 jam perjalanan, Sedang menunggu Isya tetapi mata da terasa terlalu berat, lihat jam rupa nya da jam 1230am ( waktu Malysia ) patut la ngantuk sangat.Slepas isya, makan malam terus ke masjid untuk ke Rawdah.
Pengalaman pertama ku, memang aku tak tahu Rawdah tu di mana, kerana Masjid sangat besar . Aku dipesan supaya tidak membawa apa-apa, dikhuatiri nanti payah dan macam-macam hal.
Maka ak perg dengan berjubah dan berselendang hitam shaja tanpa membawa apa-apa. Aku masuk ke dalam masjid, di tahan arab penjaga masjid, tapi tah macam mana aku dapat menyelinap masuk. aku bersendirian tanpa teman, sebab teman ak da terkandas di pintu masuk. hehhe.. Tertanya-tanya mana Rawdah, Masuk lagi dan lihat ramai yang sedang solat, ada beberap group. Tiba-tiba ak ternampak satu grup berlari-lari ke suatu pintu, aku ikut, tengok lag ramai orang. Mana Rawdah?? Ak di tahan lag, tapi ak tetap menyelinap di celah-celah ramai nye orang. Ak nampak ad signboard beratur, bersabar dan exit. Orang berpusu-pusu. Ak fikir itu la rawdah kot. Ak masuk lagi, Orang berasak-rasak, ad yang menjerit-jerit, menangis, bising, aku bingung, ak terus peluk satu tiang, Jantung ak macam nk tercabut, ak takut, nk patah balik meredah arus, Nak keluar kat mana?? aduhhh~
ak tanya seorang arab
"Rawdah?? "
dia jawab dalam bahasa Arab sambil menunjuk-nujuk ke hadapan. ak bingung. Rawdah mana sebenar nya. Setahu aku rawdah tu karpet dia hijau, tpi ak masih berdiri di atas karpet merah. Manusia da berasak-asak kat dalam tu. Ak pandang depan belakang berfikir-fikir. Tiba-tiba ak nampak ad 3 orang wanita indonesia. Ak sentuh bahu salah seorang
" Ibu, nk ke Rawdah??
"ya"
"Saya ikut Ibu ya??Saya takut "
Saya pun ikut 3 Jemaah indonesia itu, ke kiri ke kanan mencari ruang kosong, tiba-tiba bebrapa langkah wanita itu tnjuk ke bawah dan berkata "RAWDAH!! RAWDAH!! RAWDAH!!"
RAWDAH sbenarnya da berada di hadapan ku sejak dr tadi.
Aku tunduk,Subhanallah KARPET HIJAU!!, Apa lagi terus ak bersujud dan menitiskan air mata. ya RAWdah adalah kawasan yang sangat kritikal di mana smua orang nak ke situ dan kawsan nya sangat kecik, tapi anda haru fokus dengan solat dan doa anda sahaja, Hirau kan hiruk pikuk jerit pekik penjaga masjid. kemungkinan ada yang melangkah kepala anda ketika anda solat. solat anda mungkin akan ke kiri ke kanan dek kerana ramai nya orang. Berdoalah supaya urusan anda dipermudahkan.
Aku tunduk,Subhanallah KARPET HIJAU!!, Apa lagi terus ak bersujud dan menitiskan air mata. ya RAWdah adalah kawasan yang sangat kritikal di mana smua orang nak ke situ dan kawsan nya sangat kecik, tapi anda haru fokus dengan solat dan doa anda sahaja, Hirau kan hiruk pikuk jerit pekik penjaga masjid. kemungkinan ada yang melangkah kepala anda ketika anda solat. solat anda mungkin akan ke kiri ke kanan dek kerana ramai nya orang. Berdoalah supaya urusan anda dipermudahkan.
Subhanallah,begitu indah berada di Rawdah, ak dapat mengambil peluang berlama-lama di Rawdah dan solat beberapa rakaat ( walaupun baca yang wajib sahja ). Hati berat nk keluar dari kawasan Rawdah. akhir nya ak keluar. Nak keluar pun satu hal. kat Mana?? ak hanya ikut arus manusia. Tiba-tiba ak U turn balik dan perg Rawdah lagi sekali. Ya allah ak rasa da macam lawak pun ad jugak. Nasib baik arab tu bagi masuk. Tuk kali ke~2 itu ak berlegar-legar berhampiran Rawdah dan menikmati suasana di situ, Bahagia, tenang, sayang, rindu pada rasulullulah, Tak tergambar keseronokan dan nimkat itu.
Aku pulang ke bilik jam sudah 5 pagi ( waktu Malysia, 12 tgh malam waktu tempatan ) ak masih belum tidur tuk seharian itu. kepenatan, bahagia. tidur bersedia untuk har ke dua. berniat supaya malam esok nya dapat ke Rawdah lag.
Alhamdulillah~ Ya allah kembalikan aku dan kami semua tetamu madeenah ke sana lagi dan jemput la sesiapa sahaja hamba-Mu yang belum pernah merasa nikmat yang ku rasai ini.
~RINDU~