Tuesday 24 March 2015

Bagaimana Mencipta Kebahagiaan


Assalamualaikum,

Topik hari ini Tanda-tanda kebahagian ada TIGA, 


-Tungangan yang baik
-Rumah yang apabila kita berada di dalam nya berasa lapang
-Jiran yang baik ( jiran yang berkat )

Jom kita bincangkan satu persatu.Yang dimaksudkn tunggangn yang baik tak semesti nya BMW, Audi atau bentley, tapi sesuatu kenderaan yang selesa dan tak memberi msalah pada tuan nya. Contohnya kereta tak rosak, Bila pakai Honda accord pun kalau asek rosak, tayar pancit, tayar bocor maka nya itu tungangan tak berapa baik. Tapi jika anda memiliki BMW, Audi atau bentley silakan

Yang ke dua Rumah yang apabila kita berada di dalam nya kita berasa lapang. Rumah besar tak semestinya lapang. Kadang-kadang ada orang rumah banglo RM1 juta, tapi bila masuk rumah rasa kusut tu pasal asik ke luar rumah. Tak reti duk diam dalam rumah. Tapi ad keluarga yang rumah sederhana tak kecil tak besar tapi merasa lapang bila berada di rumah, banyak berada di rumah dari di luar. Ini adalah tanda-tanda keberkatan dan kebahagiaan

Yang ke tiga, adalah jiran yang baik dan jiran yang berkat, perhatikan jiran-jiran anda lebih mengetahui siapa jiran anda.

Keberkatan dan kebahgiaan bukan datang pada banyak nya sesuatu atau cantik nya seseorang tetapi ia datang dari Allah. Berapa ramai jutawan di dunia tak merasa bahagia, dan berapa ramai yang memiliki isteri yg jelita tapi di akhiri dengan penceraian atau perpisahan kerana tak bahagia. Renung-renungkan.


Kita hanya perlu mohon dan mahu Allah mudahkan, lapangkan, luaskan apa yang kita perlu itu erti bahagia dan berkat.

Sekiann ~

No comments:

Post a Comment