Thursday 1 October 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua!!! Selamat Hari Raya Korban!! Takziah untuk  keluarga trajedi kren runtuh di Tanah Haram dan mana-mana ahli yang menggal dunia di Makkah, Sesungguhnya itula mati yang dicemburui. Wallahualam

Kali ini nak share pengalaman  berhari raya Sebagai seorang Pelatih Dalam Kamar ( sibuk betul title ni, muak pulak nak taip, hahha ) Oleh kerana cuti Cuma sehari dan sehari dan tiada pengumuman cuti dari firma guaman. Maka memang isu balik kampong telah lama dilupakan. Kihkihkih.

Alhamdulillah sekali lagi dapat menunaikan solat sunat Aidil Adha. Rasa nya sungguh  berbeza, suasana berbeza. Tetap bersyukur masih dapat beraya bersama suami, sekurang-kurang nya tidak keseorangan, makan memang kenyang , tapi nikmat kurang kerana tak merasa masakan ibu, nenek, ibu saudara yang memang tiap kali raya menantikan juadah yang sama.

Kali ini berpeluang menuanaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Selat Melaka. Jalan ke Bandar menuju masjid kosong,sepi.  Lebih kurang dalam 3-4km sebelum sampai di masjid, kelihatan ramai warga bangladesh, pakistan dan lain-lain,mereka berjalan kaki jauh, semata-mata mahu menuanikan solat Aidil Adha, sedangkn Kita berkereta.

Aku terfikir, bila aku berpeluag mempunyai rezeki lebih akan aku chartered kan 10 buah bas untuk mereka naik ke masjid. Subahnallah, maha Suci Allah, besar sekali kuasa Mu. Mereka boleh sahaja tak pergi ke Masjid kerana ianya sunat, tetapi mereka gigih, aku tak tahu seawal jam berapa mereka bangun dan berjalan kaki, kira-kira adalah jugak dalam 30-45 minit berjalan kaki ke masjid atau mungkin satu jam kot.

Ini boleh dijadikan satu contoh tauladan yang baik. Yang kita kadang-kadang masjid sebelah rumh pun susah nak pergi, yang ad motosikal, kereta, basikal, entah bila nak ke masjid.


Susana sebegini tak ada di kampung aku. Kami bila di kampong, masjid yang dekat pun masih perlu berkereta, motosikal, yang jalan kaki?? jarang sekali nak jumpa. Yang lebih menyedihkan ada yang tak solat Aidil Adha walhal masjid dekat, boleh dengar orang bertakbir.

Itu sahaja perkongsian pada Raya Haji tahun ini. Mungkin itu satu pengorbanan yang boleh dicontohi. Kalau aku tanya diri aku, tak mungkin ak berjalan kaki sejauh itu sedangkn hotel ke masjidil haram yang jarak nye 1.2km sehala sudah termengah-mengah2.. hurmmmm...

sekian~

Camhowring session 









Enuf



No comments:

Post a Comment