Saturday 14 May 2016

Penerimaan Masuk Sebagai Peguambela Peguamcara ( My Long Call Day )

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum semua

Tanggal 5 May 2016, satu lagi hari bersejarah telah tercipta dalam hidup aku. Didaftarai sebagai peguambela peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Alhamdulillah, Subhanallah, Masyaallah. Satu title dan kejayaan yang tak pernah aku gambarkan kini menjadi milik aku. Benar, Allah mengkehendakki apa yang Dia kehendaki. Syukur..

Acara bermula sekitar jam 12 tengahari. Im so lucky that my BFF came from JB to assist me. Keluar rumah jam 10am, singgah ofis dulu untuk print apa yang patut iaitu DERAF PERINTAH .Sempat lagi singgah Mall beli outfit. Nak melaram Kata nya, Huahuahaua. Once in a lifetime kot.

Kemudian terus ke Mahkamah sahaja dan get ready, Kasi Touch-up sket kemudian tunggu bersedia je la. Makesure kertas-kertasa dan dokumen teratur ye?

Parents dan adik-adik menyusul kemudian.


"Petisyen no 18-***/**** dengan ini saya memperkenankan untuk diterima masuk sebagai peguambela peguamcara mahkamah tinggu Malaya."

Alhamdulillah. Setelah selesai, Master akan menyarungkan "robe" yang ala-ala mahkamah itew,

Selepas selesai session jangan lupa minta tandatangan dari wakil Hakim Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Negeri untuk Deraf Perintah.

Kemudian macam biasa kalau di Melaka ni ada jamuan ringan tuk Court Staff & Judges , Tak lupa jag tuk kengkawan.


Maka berakhir la sebuah journey untuk menjadi seorang peguambela peguamcara Mahkamah Tinggi Melaya.

Terima kasih buat bonda dan ayahanda, yang sentiasa mendorong sehingga menjadi seorang NURUL HARDY. Tak lupa juga buat suami tercinta yang 9 bulan mengadap emosi seorang "Pelatih Dalam Kamar" Adik-adik, rakan-rakan yang sudi mengajar dan berkongsi pengalaman. Sahabat-Sahabat yang sudi hadir di hari bersejarah ini.

Sayang Engkorang Semua, Pada yang tak dapat hadir, tak henti-henti juga wish di wassap, terima kasih buat Makcik dan Kak Ya. Saya Faham kenapa anda tak dapat hadir.

Da selesai kita kasi celebrate kat FREEPORT A'FAMOSA, Saje bawa parents dan adik-adik datang jenjalan kat Melaka.























Tips untuk Long Call
~ Prepare kan Deraf Perintah korang
~Selesai  minta tandatangan wakil AG, State Bar & Bar Council
~Preparekan Robe ( terpulang sama ada nak beli atau pinjam)
~sediakn duit katering  ( tergantung pada tradisi mahkamah negeri mana), boleh share dengan pupil lain tengok berapa orang yang long call
~photo session of course.
~E-filing lan Deraf Perintah Korang

Sekian



No comments:

Post a Comment