Saturday 14 May 2016

Trip to KUCHING SARAWAK

Assalamualaikum semua!!


Kali ni nak up trip pergi Kuching Sarawak. Sengaja sambil self reward, memang last minute plan walaupun tiket beli pun da lama masa promo. Planning nak bawa parents sekali, tiket memang da beli pun, tapi mungkin keadaan tak megizinkan. 

Sehari sebelum Tarikh baru decide nak pergi dan book Hotel. Agenda nya macam lebih kepada jalan-jalan dan konsep Ziarah serta bussiness meeting. Yang part ni memang da lama plan, tapi disebabkan Sarawak tengah nak piihanraya time tu maka seminggu sebelum dapat berita yang program ditunda.

Ok takpe la since Hubby pun tak pernah pergi Kuching lagi NH pun boleh la tumpang mengimbau memori 12 tahun yang lalu masa ke KUCHING bersama keluarga. Di Kuching ada seorang kawan abah yang memang agak rapat dan selalu 'keep in touch' juga, cadangnya memang nak ziarah mereka sebab da lama betul tak jumpa. Last masa zaman study kat MMU.

Day 1

Kitorang tiba Kuching dalam 9am macam tu, One of my bussiness patner from HLB.Kenal sebab sama-sama fincancial consultant di HL bhd,selalu jumpa time trip dan convention yang dianjurkan. Nama nya Kak Ayzan. Dia jutawan tau?? Tak lokek kongsi ilmu berniaga dan strategi-strategi perniagaan yang bagus. So kakak bawa kami breakfast. Maka semasa breakfast start la sesi sharing , meeting dan perancagan  dua hala kami. In sya Allah semoga Allah izinkan. Sebelum ni tak pernah kenal Kak Ayzan secara personal. Selalu jumpa time kerja dan serius. Maka kali ini baru dapat kesempatan korek-korek ilmu dan menuntut ilmu dari kakak. Kakak hantar kami ke Hotel baru jam 11Am, Tapi kami da check in awal. Syukur.

Kami stay kat Abell Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuching. NH ada cousin di Kuching nama dia NANA. Nana nak offer pnjam kereta dia sebab dia tak dapat cuti nak bawa kami jalan-jalan. Tapi dia abes kerja jam 10pm, Jadi kami jalan-jalan depan riverfront jalan kaki. Lepastu Hujan lebat pulak.Jadi delay sket nak jalan-jalan tu. Hujan da ok sket kitorang pergi naik perahu. Konon nya nak pergi makan, tapi macam tak de yang menarik pulak. Just beli kuih-kuih tradisional sedap jugak.


















Rambut suami sempena ulangtahun 'tahallul'..hehehe


Dinner makan kat kedai Nama dia RJ. Konsep dia boleh tahan menarik jugak, makanan pun sedap.




Day 2

Kami drive sampai Lundu, pergi daki Gunung Gading . Seronok juga sebab memang da bertahun-tahun tak Hiking. Ok nikmat nya hiking ni nanti akan dapat view waterfall yang cantik. Macam ni.

Sejuk, nyamaaan.


Pekan Lundu ni kecil je, tapi ok la ada bank RHB kat situ besaaaq jugak la. Jadi korang jangan risau la kalau out of cash. Kedai Rakyat satu Malaysia pun ada. Cuma tempat makan tu tak pasti.Macam susah je,mungkin hari da terlalu petang agak nya.












Malam janji nak jumpa Pakc Cik Riyo kawan abah dengan wife nya, Buka fon tengok memang da ada misscall. Jadi kami tunggu di suatu tempat, lepas makan terus 'check in' rumah dorang aje.

Day 3

Bawa hubby pergi Kampung Budaya, Tempat ni kira wajib la singgah bila datang Sarawak. Harga entry RM62 termasuk GST. Ni kira nya da kali ketiga la aku masuk dalam tempat ni. Sempat singgah town beli aiskrim Gula Apong. Sedaap nyaa.












Malam pulak Kami ikut pergi rumah abang sulong makcik buat kenduri kesyukuran sempena anaknya nak kawen, kira anak buah makcik la. Rumah dia tantek angaaaat!!













Day 4

Pagi-pagi da bersiap. Jam 6am tayar dah bergolek, Pakcik Janji bawa kami pergi Sarikin. Tak de la sopim sangaat sebab tak de hajat nak sopim and tak beli luggage pun. Ada la beli sikit sebagai kenang-kenangan. Tempat pun memang menarik. 90km dari Kuching. Dapat makan pulut periuk kera sedaaap betul. Singgah makan tengahari di Pekan Bau,





















Lepas tu sempat singgah Kampung Makcik yang pernah smpai 12 tahun lepas. Lama nyaaa la kan. ehheh.. Ok pastu kami 'Check Out' dari rumah mereka, Till we meet again, In sya Allah.







Next pergi jumpa Madam Flora which is my mom punya BFF. Ok selesai minum petang kitorang pergi Check In Damai Beach Resort, Check in ni memang terus berehat aje la sampai check out esok nya jam 12Pm













Day 5

Lepas check out, kitorang ke bandar Kuching tuk lunch and memang da ada satu appoinment dengan kak ayzan. Sampai jam 3pm baru gerak ke Airport, sampai Airport dalam 4pm sebab menyinggah-nyiggah last minute sopim.  630pm- Take off.








Till we meet again Kuching. Banyak benda baru belaja kat Kuching,





No comments:

Post a Comment