Sunday 31 July 2016

How is our third Ramadhan together


Assalamualaikum

"Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! " lagu feveret ni

Subhanallah, Ramadhan tiba lagi, macam mana preparation Ramadhan baru-baru ini engkorang? Semoga Allah menerima seluruh amalan kita dan memakbulkan segala doa-doa kita.

Kali ketiga menyambut Ramdhan sebagai husband and wife. Tentu ada perbezaan.

Tahun Pertama Ramadhan bersama - student lagi
Tahun Kedua Ramadhan bersama    -    pelatih dalam Kamar

Tahun ketiga-????


Tahun ketiga ni First day of puasa kita sambut kat rumah mentua di Perak. Meriah jugak sebab kebetulan kakak ipaq and family pun balik. Kami sempat pi jenjalan sampai utara Perak, Malam tu balik start Teraweh kat surau . Malam kedua dan ketiga teraweh di Masjid pula. Tak sempat nak teraweh di masjid UTP.

Dah tahun ketiga da, cepat je masa berlalu. Keseluruhan puasa kali ini sangat berbeza. Lebih sederhana dari dua tahun lepas. Aktiviti bertaraweh kadang-kadang di Masjid, surau atau berjemaah di rumah sahaja.

Tahun ni tak berbuka kat luar langsung, Tak tahu kenapa. Tu la mungkin sebab lebih sederhana tu la kot. Nafsu makan pulak macam kurang semacam, Benefit nya alhamdulillah turun la beraat. kehkehekeh, Sebab tahun ni tahun kegemokan melanda. Lebih relex sebab tak de komitmen macam taun lepas terkejar-kejar nak masak berbuka. Ada lebih masa bersama suami menghayati ibadah puasa.

Kisah Bazaar Ramadhan pulak da lama tak jejak, Satu sebab malas jalan jem, lepastu karang kalau da beli belum tentu sedap ke tidok kang membazir pulak. Tempat yang confirm sedap selalau nya beratuq panjang, Malassss laaa pastu nafsu makan macam tak berapa nak ada. Berbuka dengan apa yang ada je.

Part yang paling mencabar ialah
"Hari ini nak masak berbuka apa eh??"
kering ideaaa.

Sekian kenangan kisah puasa kali ini. Masih berdua.Tahun depan cemana pulak. Masa jangan cepat sangat berlalu. hehheheh

Sekian

No comments:

Post a Comment