Tuesday 30 May 2017

RAMADHAN TIBA ( BULAN PUASA 2017 )


Assalamualaikum

Ramadhan tiba lagi, bersyukur kerana masih diberi peluang sekali lag bertemu Ramadhan, semoga segala amal ibadah dan puasa diterima,

Apa yang lain Ramadhan tahun ni buat korang? 

Tahun ni Kami tak berpeluang sambut awal puasa dengan keluarga seperti sebelum-sebelum ini. Tahun ini Alhamdulillah , Bulan puasa pertama  Arif Education Studio beroperasi. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini belum pernah beropeasi semasa Ramadhan. Tahun ini permintaan yang sangat tinggi untuk Team kami. Melihat Arif education Studio semakin membesar adalah satu anugerah yang sangat istimewa buat kami. Terasa berbaloi segala usaha, penat dan sabar. Team kami juga sudah berkembang kepada 7 orang. Alhamdulillah.

1 dan 2 Ramadhan , Arif education Studio "Full house". Konsep "coaching" dan kelas kumpulan kecil semakin mendapat sambutan walaupun masih ramai warga tempatan yang tidak faham dengan value price, its ok, will slowly educate them.

Sudah memasuki hari ketiga berpuasa pada tahun ini, Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan masih belum sempat memasak. 1st day berbuka di Alor Gajah dan second day di Bukit Katil, sambil memanjangkan silaturahim di bulan mulia.





Selamat Berpuasa semua



No comments:

Post a Comment