Sunday 7 May 2017

BERHUTANG


Assalamualaikum

Hari ini kebetulan terlintas tentang satu topic HUTANG. Hutang ini adalah satu perkara yang amat berat bila nak bayar balik. Memang seronok bila dapat barang-barang yang diidamkan tapi nak membayor nye sakit.

Sejak dua menjak ni, ramai sangat yang proposed Sabun Basuh harag RM60 ++, Periuk Nasi harga 700 kata nya multipurpose. Iron steam berharga RM1200++, Tilam berharga RM5000, dan lebih menarik kata nya, puan boleh bayar secara ansuran. Berkali-kali approach untuk menawarkan pelan berhutang ini .


Jangan paksa seseorang untuk berhutang,kita beli bila kita perlu dan mampu bukan kehendak nafsu. Ye memang boleh bayar bulan-bulan, tapi aku memilih untuk beli tunai. Kadang-kadang benda tu kita tak perlu pun dalam hidup. Contoh nya sabun basuh berharga RM60 , ak ni setakat hiudp berdua  je apa lah sangat nak beli sabun sampai macam tu, rasa nya tak perlu la kot. Pasal periuk nasi tu pulak sampai RM700 lebih, yang periuk nasi dua function ni pun sehari sekali je menyala, lain la kalau ak ni tukang jual nasi ke, tukang masak atau buat roti atau ahli keluarga lebih dari sepuluh orang mungkin aku perlu la benda tu. Pasal Iron steam tu pulak. Kalau ikutkan hati memang la nak, best je bila guna. tapi memikirkan kerja pun home based bussiness iron baju pun sehelai dua je seminggu jadi adalah satu pembaziran walapun mampu. Lagi satu berus pencuci muka yang sampai harga RM200, rasa nya tak perlu kot.

Soalan yang lazim lagi aku dapat ialah "Nurul tak nak beli rumah?? " 


Everything i want i will pay cash include house and car. So please wait. The time will come. Biar tidak memiliki dahulu dari berhutang. 

Tentang rumah ni lain orang lain pendapat, Bagi aku alhamdulillah, aku lebih selesa menyewa sekurang-kurang nya boleh menyewa rumah yang lebih selesa berbanding jika beli pasti nya rumah yang lebih rendah dari harga rumah yang disewa. Lagipun ramai usahawan-usawan, jutawa-jutawan di luar sana pilih untuk menyewa rumah-rumah mewah kerana untuk mengelakkan dari berhutang. Jadi aku memilih untuk tidak dahulu buat masa sekarang.  Insya Allah di masa-masa akan datang.

Setiap tujuan hidup orang berbeza-beza, tak semua orang hartawan memiliki rumah mewah bagai istana, mungkin mereka memilih untuk beserdehana dan duit yang mereka milik ditaburkan di Jalan Allah. Tak semua orang berharta memandu kereta mewah, kerana tujuan hidup berbeza-berbeza, yang penting kita tak tinggak dunia dan tak lupakan akhirat kerana dunia adalah jambatan akhirat.


Sesungguhnya hidup lebih tenang bila tak berhutang.
Ikut kehendak dan kemampuan masing-masing Dan jangan membazir. Syukur dengan apa yang ada sekarang. Jangan melihat apa yang masih belum dimiliki.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment