Wednesday 19 April 2017

Tusyen kumpulan Kecil atau Private Home Tusyen di Melaka

Assalamualaikum

Kali ini nak kongsi tentang konsep tusyen kumpulan kecil/ Personal home tutor/Private home tuition atau apa-apa istilah yang abang-abang, kakak-kakak gelarkan.



Apakah Konsep Tusyen Kumpulan Kecil??

Konsep Tusyen kumpulan kecil ini adalah seorang tutor/guru hanya mengajar lingkungan 1-5 orang murid sahaja dalam satu sesi.

Apakah impak dan kesan nya??


Murid-murid akan lebih fokus dan guru/tutor dapat mengenal pasti masalah dan kelemahan murid dalam pelajaran. Murid boleh bertanya terus kepada guru sekiranya ada masalah dalam pembelajaran. Jadi dengan ini keputusan peperiksaan dan kefahaman dalam pembelajaran akan lebih meningkat.

Bagaimana dengan kos?

Sudah tentu kos Tusyen kumpulan kecil adalah lebih tinggi berbanding tusyen kumpulan besar sekitar 15-20 orang satu sesi. Kebiasaannya di Lembah Klang konsep tusyen kumpulan kecil ini mengenakan caj dari RM30-RM60 satu jam mengikut subjek. Selalunya ibu bapa atau pelajar kerap kali memohon untuk subjek seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris, Prinsip Perakauanan dan Sains

Bagi pelajar-pelajar dan ibu bapa sekitar Melaka, anda jagan risau kerana di Melaka juga terdapat servis tusyen kumpulan kecil dan harga nya adalah lebih rendah dari kawasan Lembah Klang.

Siapakah guru/tutor yang akan mengajar??

Guru-guru dan tutor adalah seorang yang mahir dalam satu-satu subjek yang ditawarkan dan bergraduasi dalam subjek dan bidang yang berkaitan dengan topik yang di ajar. Jadi Pembelajaran akan lebih menarik kerana tutor dapat menerangkan terus aplikasi subjek-subjek tertentu.

Contohnya tutor adalah dalam bidang dan berkelulusan kejuruteraan jadi sudah tentu mereka mahir dalam Matematik Tambahan atau Fizik umpamanya.

Begitu juga tutor seorang Juru Audit ataupun Akauntan sudah tentu mereka lebih mahir dalam subjek Prinsip Perakaunan kerana tutor/guru sudah mengaplikasi sendiri subjek yang dipelajari.

Jadi usah bimbang jika tutor/guru adalah bukan guru di sekolah, ini kerana guru di sekolah sendiri pun sudah mula menghantar dan menjemput tutor ini untuk membantu anak-anak murid mereka

Untuk perkhidmatan di Melaka boleh like atau follow

 facebook

 https://www.facebook.com/TuisyenKumpulanKecil/

https://www.facebook.com/arif.edustudio/?hc_ref=SEARCH&fref=nf

untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi

010-3327372
En Arif Hassan

Pengurus Tusyen kumpulan Kecil di Arif Education Studio

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment