Wednesday 22 November 2017

Kelas Faraidh dan Pembahagian Harta Pusaka


Assalamualaikum

Mendoakan semoga semua nya dalam keadaan sihat dan sejahtera,

Kali ini nak kongsikan tentang kelas dan kuliah Faraidh. Apa tu?? Ilmu faraidh ialah ilmu tentang pembahagian harta pusaka kepada setiap ahli waris yang berhak dengan kaedah-kaedah pengiraan yang tertentu.

Kalau bab solat puasa nikah kawen selalu kita dengar di kuliah-kuliah dan sesiapa sahaja hampir faham tentang ini tettapi bila berkiatitan isu Faraidh ramai yang tak faham dan tak pernah tahu akibatnta masyarakat kita akan bercampur Dengan Haram dan Juga Halal. 

Maklumat lanjut tentang Ilmu Faraidh anda boleh ikuti kursus-kursus dan kuliah berhampiran dengan anda. Carilah dan tuntutlah ilmu-ilmu sebegini.Terlalu banyak isu-isi penafian Hak diantara sesama waris. Harta tak diselesaikam secara prkatikal.

Sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan undang-undang, saya cukup tertarik dengan isu-isi ini yang mana ramai tidak boleh memberikan servis yang terbaik dari segi hukum dan undang-undang Manusia.

Baru-Baru ini, berpeluang untuk menghadiri kelas Faridh oleh seorang Daie yang juga giat membantu meyelesaikan masalah ramai orang untuk pengurusan harya yang betul. Sudah dijangkakan sambutan nya agak biasa-biasa sahaja. Tahniah pada anda yang berjaya menghadiri kursus tersebut diharap banyak manfaat dan dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku.

In sya Allah di masa-masa akan datan,  akan berusaha untuk menganjurkan program-program sebegini.







Till we meet again.



No comments:

Post a Comment