Wednesday 22 November 2017

Program Cuti Sekolah Di Melaka.


Assalamualaikum.

Beberapa hari lagi dah nak cuti sekolah. Apa perancangan kita untuk anak-anak. Mngkin ada yang bercadang nak berehat sahaja di rumah sebab dah penat belajar, dan macam macam aktiviti lagi.

Di Arif Education Studio di Melaka ada menyediakan program untuk cuti sekolah. Jadi kita boleh cadangkan untuk sertai program cuti sekolah yang bermula 27hb November sehingga 23 Disember 2017.

PERKARA MENARIK DALAM PROGRAM CUTI SEKOLAH 2017 DI ARIF EDUCATION STUDIO.

1. Terletak di Lorong Pandan, Tengkera Melaka, mudah diakses oleh penduduk sekitar melaka, dalam perjalanan tidak kurang dari 45 minit. Tempat yang berkonsepkan ciri-ciri baru dan baru sahaja diubahsuai untuk ketenangan dan keselesaan peserta.

2. Mengadakan Program intensif dan Revisi. Program ini bertujuan untuk membantu adik-adik yang ketinggalan dan kurang faham topik-topik tertentu di sekolah atau memang adik-adik dah "stuck" dengan topik tersebut ARIF EDUCATION STUDIO akan membantu,

3.  Kelas macam VVIP . Dijalankan dalam kumpulan yang kecil iaitu 4-5 orang pelajar dalam satu kumpulan dan satu guru. Pendekatan bimbingan dalam kumpulamn kecil mewujudkan penerangan yang lebih khusus dan pelajar dipandu  satu-persatu sampai faham.

4.Tutor professional dan berpengalaman. Adik-adik pelajar akan dibimbing oleh tutor-tutor yang berpengalaman. Pembelajaran berorentasikan KBAT dan aktiviti interaktif.

5. Terdapat Pakej Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC )

6. Harga yang lebih murah dan berpatutan untuk servis "Kelas Private Coaching" berbanding kawasan LEMBAH KLANG dan SEREMBAN.







Untuk yang berminat da mahu isi masa pada cuti sekolah boleh buat pendaftaran segera.

Terima kasih




No comments:

Post a Comment