Monday, 17 June 2019

Nurul Hardy Berlin, Germany 2018


Ini la keadaan tunggu bas jam 230am, bas London yang merah tu, ngantuk ya amaat masa ni. Sabo je la. Solat Subuh ditunaikan dalam train/bas sahaja. Solat subuh dalam tidur agak nya.

Dalam bas dalam train Lenaaa, On board je Lena, tau tau da landing. Tiket ke Berlin ni beli masa kat Cork, masa tengah packing barang n review semula our intinerary. Seach tengok ada tiket 9 euro memang beli terus la.

Ni la keadaan kul 230am, sejuk ya amaat. Sabo tunggu bas dalam bas da ad heater.



Taraaaaaaaaaaa.. Berlin Germany.Kalau kat Malaysia yang have have je drive Mercedez kan. Hamek kat Germany , taxi semua Mercedez, dah kata kereta buatan Germany ye dop.
Pilih je Mercedez apa korang nak. Mercedz ni macam ala-ala proton je kot.



Kenapa pilih Berlin, sebab dulu arwah atok pernah menetap di sini. And also during my lawschool subject Jurisprudence law memang ada study pasal Berlin wall n bla bla dan segala mak nenek Nazi dll, disebabkan tak berapa nk menjiwai subjek tu, maka i tak faham la apa yang jadi Berlin wall ni. Lantak, la yang penting exam da pass. Hahhaha.

One more , Germany is my Favourite football team during FIFA World Cup, zaman-zaman Miroslave Klose dengan Khan memang rajin follow.


So we check in, the 1st day gagal untuk keluar. Dihabiskan masa tidur dalam bilik sampai waktu berbuka.

Alhamdulillah dapat tunaikan solat teraweh di koridor bilik. Udara nyang nyawan dan meyejukkan. Merasa la solat pakai coat bagai. Gambar tak de sebab orang lain da tidur. Memang recharge habis.

Di german kita ambil bilik 5 orang terus. Jimat dan mudah. Masa ni da tak sempat nak cari apartment ke apa ke, janji ada tilam bantal toilet da ok da.

2nd day activity

Uniknya stesen keretapi mereka tiada sebarang pagar atau guard ye. Tapi semua orang automatik akan ke machine ticket tuk beli tiket, ni menggambarkan tahap kejujuran mereka yang sangat bagus untuk dicontohi. Insaaaf.




Sini dia boleh beli gropu tiket so lebih murah, dan tiket tu boleh guna ikut zone dia. Beli di Machine di stesen keratapi. Disarankan tuk bawa debit/credit card sahaja.

1st destination p tengok rupa Berlin Wall tu, Memang tebal betul ikut sejarah mereka terpisah dari wall tu, siapa yang cuba panjat terus kena bunuh dan dan tu juga. Keinsafan terasa sikit masa tu.

( boleh la p google pasa kisah Berlin Wall ni )




Ni la keadaan Berlin wall nya.

Note : Train Liverpool Station - Stansted Airport RM288 untuk 5 orang.









Nurul Hardy London Part 3 June 2018 : Oxford street , Malaysian Hall

Disebabkan bulan June 2018 tu ialah bulan puasa, jadi malam tu kami dapat invitation dari DR Borhan dan DR Zainab berbuka puasa di rumah mereka. DR Borhan ni orang Temerloh, kenalan parents aku. Mereka memang da menetap di LONDON dan da beli rumah di sana.





Alhamdulillah selesai berbuka siap dapat bungkus lagi. Nikmat nya dapat makan proper homecook and nasi. Kalau tak makan nasi dengan lauk-lauk instant je.

Gambar memang tak sempat ambil, almaklum bila puasa 19 jam rasa macam semua nak ngap. huhuh.

The next day tu baru dapat tahu yang we have to stay in LONDON for one more night tapi booking tak cukup sehari. Stress pulak nak cari bilik lain. Finally manage to find bilik 5 orang satu bilik. Ambil je terus sebab by 2am da nak kena move ke Airport.

Bilik tu murah je cuma 25.92GBP sahaja = RM140.85 ok la tu 5 orang dan nk transit sekejap je. Hotel ni ada sharing kitchen.

 The next day after checkout and check in to new room. ( huru hara juga la naik turun tukar bas heret luggage) da siap check in kami sambung jalan ke Oxfor Street, kata nya terkenal dengan tempat membeli belah.
Memang design kat sana wooow. but no space for shopping, cuci-cuci mata sahaja.


Coach Outlet 
Memang awesome
price pun awesome
( the price memang murah dari outlet Malaysia and design tak de kat Malaysia )


Lamchamp outlet



Oxford street




Malam tu bersiap-siap ke Malaysian Hall sebab dapat invitation dari Pegawai yang jaga pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tu pun kenalan mak aku. Kira nya datang London ni ada sesi ziarah dan erat silaturahim.

Dapat lagi merasa masakan asli Melayu and proper homecook. Alhamdulillah, siap bungkus buat bekalan di masa hadapan.huhuh.










After da selesai jemaah dan taraweh balik bilik packing 2am nk kena gerak ke Liverpool station untuk ke Stansferd Airport and we take BERLIN GERMANY as our next destination.

fuuuh jauh lagi perjalanan



Wednesday, 12 June 2019

Nurul Hardy Trip Kota London Part 2 : Big Ben, London Bridge, Madame Tussaud dll

Assalamualaikum. Sambung balik entrty London Day 2.


Kitorang pergi planing sendiri je tak de pakai pakej or tour guide. Memang 100% tergantung pada google maps and manual maps.


 Masa kat bilik da sesiap buat route nak lalu mana.





Aku pun tak tahu pun benda alah Big Ben ni. Masa ni tengah construction kat belakang tu




Berlatar belakang kan Big Ben ( under construction, spoil sikit view dia )




Eye on London, sebab dia London so kena la bergambar juga en. Sebelah Big Ben tu, jalan jalan nanti jumpa.



Ni pulak dekat Buckingham Palace, Konon bajet dalam kepala nak bergambar depan pagar dia yang gah tu. Rupa nya ada "Changing guard Ceremony" yang macam korang tengok dalam citer Mr Bean tu.

Ramai ya amaat orang, tak tahu la wat time dorang sampai dan beratur.


Boleh la tengok-tengok dari jauh masa ni.






Next kita pergi Tower of London ( ni kalau orang kita panggil London Bridge )





Dalam castle belakang tu boleh masuk kalau nak tengok dalam, tak sure tiket masuk berapa.


Tower Of London





Jalan jalan sampai Trafagar square London.  Kata nya ada laungan azan kat sini baru baru ni (2019 )

Kat sini juga la famous tempat burung merpati kalau ada tengok cerita lama lama, macam citer hindustan yang SRK berlakon tu. Tapi now Merpati nya da tak banyak, dah tak meriah.






Next nak sangat pergi Madame Tussauds ni, bukan ada apa sangat, Muzium patung Lilin je dalam ni. now kat mana mana pun ada. Tapi disebakan dia London. Hhahaha.

Tiket dia memang agak tercekik jugak la.

70 GBP untuk 2 orang  = RM 380

kalau siapa yang tak de bajet tak recomended la datang sini setakat nak tengok tu je kan, RM 380 boleh la buat jalan jalan kat lain.

Dah datang sini beli juga satu key chain RM22 ( sekadar  buat kenangan )




Kat sini tak de apa sangat nk disclose bajet sebab semua da guna Oyster card yang dah ada credit dalam tu untuk naik bas dan train.

End of Day 2 London.







Nurul Hardy Trip Ke London 2018 Part 1



Assalamualaikum. Lama betul nak sambung balik. Now we take London after Italy. Kita arrived di Stansted Airpot London. Dalam satu jam juga ambil masa tuk refresh dan cari tarnsport nak ke tempat penginapan. Kami ambil bas, dalam satu jam setengah juga nak sampai Kota London. Kita stop di Victoria Station. Kata nya London tak boleh pay and tap, kena beli osyster card tu, macam Touch n Go. Satu kad tu harga 10  Pound, belum masuk topup lagi, so beli la 5 , da lepas bayar baru baca notis yang boleh je guna credit card/debit card pay n tap. Benda tu baru juga la implement. So after this siapa nak pergi da tak perlu beli osyter card lagi.



So kami naik train sampai ke stesen Vauxhall London. Di Vauxhall ni ada station bas juga. So tempat penginapan ni di area Vauxhall. After check in, refresh sikit, so terus gerak ke Hyde Park, Hyde Park ni besar dan banyak entrance, depends masuk dari mana so berbeza experience. Dan excited jugak nak naik bas merah 2 tingkat London tu. Hahha.




Check - in  London Stay, sumber Airbnb. Nice stay



Here Hyde Park

Hyde Park ni macam tempat wajib for Malaysian traveller, tapi park ni biasa biasa je bagi kitorang. Kalau tak pergi pun ok je. Cuma kalau nk tengok Duck & Swan tu ok la.





 












Next is Harrods, orang kata da sampai London ni wajib la sampai Harrods ni. Orang kata laaa. Harrods Ni dia macam shopping mall mewah ala ala pavillion gitu. Semua barang branded ratusan Ribu ada la kat sini. Jejak je la kaki kat sini, tak sempat nak explore. Bila orang story pasal Harrods tak la Jakun sangat nanti. Tapi Harrods ni level2 hi class la. Kebetulan that day kita decide untuk puasa. Just "touch and go" sahaja, beli la choc Harrods tu. Tips nak beli kena tanya without alcohol or for vegetarian.

Sekadar merasa sahaja





Dah beberapa hari makan makanan bekal dari Malaysia sekadar nya. Jadi hari ni memang plan nk beli dinner total 25 pound kebab and ayam goreng. Sedap ya amaat. Ok la puasa pun dari 330am-930pm. Celebrate la sat.

Before sleep check fon dulu maksure ofis kat Malaysia da buka ke belum sebab sebelum tidur jam di Malaysia 8am staff semua da masuk so kita pun sleep.

Good night day 1 end.


Travel Calculation untuk 5 Dewasa.

1.  Penginapan 2 malam 40 £ airbnb

2. 1 unit Oyster card 10  £ - RM 54.34

topup 20  £ - RM 108.68 ( untuk satu kad )

3. Food 29  £