Wednesday 10 June 2015

Nota Dari Jeddah ( Tip-tip pesanan Umrah )


Assalam

NH nak habiskan story last day di Haram. Seronok, sedih, tak puas, semua perasaan ada. Ok as usual, Bila kita di Haram ( Makkah ) of course la sebelum subuh da berlaju-laju ke masjid. Kami decide nak wida' ( tawaf selamat tinggal ) selepas Subuh. Masa itu tiba- tiba rasa tak nak tinggalan masjid, tengok kaabah, dalam hati doa semoga allah sampaikan kami ke sini lagi. Tak puas tengok kaabah. Tengok je pun da dapat pahala tau? tapi walau macam mana pun perpisahan tetap terjadi. Till we meet again Haramain. ( tanah haram ).



Lepas wida' kami plan nak ke rumak ibu saudara di Jeddah, Asal-asal aunty janji nak ke Makkah, Umrah sama-sama, tapi tak diizinkan. Kami berkemas-kemas dan meninggalkan jemaah lain dan berjanji jumpa di airport sahaja nanti. 

Kata orang, tak baik tinggalkan Jemaah, tapi niat berziarah ke rumah ibu saudara sudah dari kecil lagi. Ibu saudara memang sudah menetap di Makkah/Jeddah sejak dari NH kecil kerana suami nya bertugas di sana dan sudah mendapat PR di sana atau mungkin memang rakyat sana saya kurang pasti. Untung kan rezeki dia menetap di sana. Beliau juga ada sebuah rumah di Makkah, sebelum zam-zam tower dan hotel-hotel mewah dibina di sekitar masjid, rumah nya hanya lebih kurang 1km dari atas bukit ke Kaabah. Masya-Allah, nikmat nya yang allah berikan pada beliau. Semoga allah merahmati kita juga.

Kami ke Jeddah naik 'teksi sapu' kot. Innova tambang seorang 10 Riyal, tapi kena penuh kan keta baru dia gerak.Dapat tau pasal ni pun dari seorang Indonesian yang bekerja di sana, terima kasih Bang Suhail.( terlupa nk minta profile FB ) Klau tak terkial-kial la kami nk ke Jeddah dan mungkin da kena pau beratus-ratus.

Alhamdulillah selamat sampai di hadapan pintu rumah mak chik, mengantuk tu memang la tapi seronok nya berbual sebab dah lama tak berjumpa, macam-macam la kami bualkan, seronok betul.

Esok nya dah nak berangkat ke airport, sebelum tu singgah di Masjid terapung Jeddah, Subhanallah pemandangan nya. Sempat la kami berkelah-kelah makan nasi arab bersama-sama di sana sebelum berangkat pulang dan tak lupa solat sunat di masjid. Bila anda di sana, keadaan nya memang begitu, berlumba-lumba dan tak lepaskan peluang untuk solat sunat di setiap masjid yang anda siggah. Moga-moga dapat dipraktiskan di tanah air.




bersama 'tuan rumah' Achik Nora


Keindahan






Bersama Keluarga Kecik di Jeddah


Sekitar kawasan Perumahan Jeddah




Orang sopim kurma, kami sopim roti bawa balik untuk saudara di Malaysia
Sedap kot roti ni perisa chocolate





Alhamdulillah sampai di sini sahaja perjalanan Umrah saya bersama suami, walaupun di dalam hati tak berasa begitu puas, mungkin dek kerana pertama kali dan sedikit keletihan, tetapi NH tak putus berdoa supaya dapat megerjakan Haji dalam masa terdekat dan Umrah lagi. Satu hajat yang tak kesampaian mendaki Gua Hira. ~ hurmmm.. Too bad. in sya allah soon. 



Sekian
Selamat umrah buat bakal-bakal umrah sekalian

No comments:

Post a Comment