Wednesday 10 June 2015

Tip dan pesanan untuk Jemaah Umrah

Assalam


Alhamdulillah sampai di sini sahaja perjalanan Umrah saya bersama suami, walaupun di dalam hati tak berasa begitu puas, mungkin dek kerana pertama kali dan sedikit keletihan, tetapi NH tak putus berdoa supaya dapat megerjakan Haji dalam masa terdekat dan Umrah lagi. Satu hajat yang tak kesampaian mendaki Gua Hira. ~ hurmmm.. Too bad. in sya allah soon. 



Tip-tip beribadat semasa di Tanah Haram

1- Jaga diri, jaga harta benda, hati-hati di jalan raya.



2-Tak perlu packing barang terlalu banyak, cukup la dua tiga helai jubah kerana anda pasti tergoda dengan abaya yang cantik di sana dan ad juga yang murah, beli pakai terus. ( jika mampu ) bawa sedikit sabun basuh nanti basuh baju jemur esok da kering.

3-Pergi masjid awal dan solatlah di dalam masjid. Jangan terikut sesetengah bangsa lain yang suka solat di dataran masjid. Pahala solat adalah di dalam masjid lebih berat.

4- tawaf la sebanyak semana mampu yang boleh kerana ibadat ini hanya boleh dilakukan di Masjid Haram sahaja. Solat sunat anda boleh lakukan bila-bila masa sahaja.



5-Banyakkan waktu di masjid, mengaji, tawaf, iktikaf, bukan berlama-lama di hotel atau sopim. Bukan tak boleh sopim tapi beringatlah mana kepentingan kita di sana.

6- Bagi yang muda, ambil la kesempatan sihat ini untuk beribadah lebih, dan bantu la memudahkn urusan mereka yang memerlukan di samping anda.

7-berdoa la sebanyak-banyak nya. In sya allah doa anda dimakbulkan
8- Siapa yang berhajat untuk umrah dan nak ke Tanaim untuk ambil niat, tawarlah dengan teksi harga berpatutan, tanya mutawif anda. Dah sampai destinasi baru bayar, Jangan bayar dulu, selalu nya arab akan bermanis-manis mulut minta anda bayar lebih-lebih
9-semasa naik teksi lelaki naik dulu, semasa keluar perempuan naik dulu.
INGAT!!


Tip membeli belah
1.peruntukkan hanya sedikit sahaja masa untuk membeli belah, contoh di Madinah NH cuma ambil masa satu hari, itu pun selepas solat subuh dan sekali selepas waktu zohor. CUKUP!!! begitu juga di Makkah, hanya selepas isya semasa jalan balik ke hotel. CUKUP!!!

2- Ada peluang beli dan makan buah buahan di sana, kerana segar dan sedap, tapi anda harus pandai menawar.

Sekian







No comments:

Post a Comment